Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, 6 March 2013

Our new baby boy :D

Assalamualaikum wbh



Tak jawab dosa, kalau jawab gatal. Hehehe :) Kabare? Alhamdulillah, waras semua kan. Gitu, tiba2 sawan jawa datang pulak. Ikut hati memang nak buat entri dalam bahasa jawa, tapi kang ada antara korang yang ikut jadik sawan pasal tak faham, aku jugak yang dipersalahkan, Tak gitu? Kita bergurau jela, jangan sawan2 tau. Tak cantik. Siapa cakap perempuan cantik tak pandai masakkkk. Tiba2 teringat Che' Lah dalam Masterchef tu ha. Tergoda pulak rasanya. Puiiiih!

Ada berita gembira paling gembira di alam semesta raya ini. Mama kita. dapat offer. baik punya. paling maveles. ohsem. seronok beronok2. jaga. jadik babysitter. baby boy. ala tomey2. *huh perangai tak serupa wanita matang berusia 23 tahun. 

Sebenarnya dah lama mama jaga baby ni, awal tahun. Tapi memang sengaja kan diri melambatkan perkongsian gambar yang buat rasa lapar. Hah kanibal pulak tengok baby rasa nak makan. Gambar ni ambek masa nak pergi kenduri kat rumah sedara pakcik. Tau pulak yang kitorang semua dah siap2 cantik2, baby pun sibuk merengek takut sangat kena tinggal.



Rasa macam nak gigit kunyah2 budak ni


Memperkenalkannnnnnn! Baby boy baru. Anasssssss. Mak baby ni kerja nurse kat klinik rakyat dekat2 dengan rumah aku. Pasal mak baby ni semedang lah busy tak hingat, so takde lah siapa yang nak jaga baby. Sampaikan sabtu ahad pun asyik on-call je. Kalah abang2 doktor yang segak tampan bergaya pulak kan. Kebetulan pulak, masa kakak sepupu ipar aku ni tengah pregnant, offer kat mama baby ni yang mak aku pernah lah jugak jaga budak. Korang ingat Ammar Hamzah? Tak ingat, memang dah agak sangat. SILA BACA ENTRI SEBELUM SEBELUM. SORRY TERSENGAJA CAPSLOCK LA. 




p/s - Kalau rasa moody, cuba tengok gambar2 yang cantik. In sha Allah kurang sikit rasa sakit hati kan. Takpun, baca je ayat kursi.

p/p/s - Kalau lah, dapat suami macho gini. Tak payah tutup lampu pun takpe. Gatal gatal!

p/p/p/s - Nak siap2 pergi kelas petang. Enthusiasm tengah melambung tinggi kan. Daaaaa ;)


xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday, 23 February 2013

Cuti semester yang harus dikorbankan :)

Assalamualaikum wbh :)


Selamat pagi korang. Memang sepatutnya pagi lah pasal aku post entri ni pagi. Kalau korang baca malam ke petang ke, kira cincailah selamat petang & selamat malam. Boleh gitu? Kasi cincailah brader.

Aku ada cakap kat korang ada nak kongsi info kan pasal 3p. Taktau? Tula pasalnya tak baca entri awal2. Meh skroll bawah2, baca bagi ingat baru boleh tengok entri yang ni. Baca cepat, BACA CEPAT SKROLL ENTRI BAWAH NI. EHH TERCAPSLOCK PULAK :)

Btw, aku join program 3p by Prestariang ni masa korang student degree semua sedap2 bercuti2 malaysia. Bergomol dengan ketiak mak ayah korang kan. Fyi, dari apa yang aku tau, kalau kita ada extra sijil dari program ni in sha Allah  kerja nanti, gaji kita akan dapat extra 300 - 400. Katanya lah. Takpe, rezeki ada kat mana2 kan yang penting kita dah usaha. Setakat yang aku tau jugaklah kan, ada 6 kursus yang Prestariang ni offer. Aku pilih EPM & ITIL. Berita baiknya, EPM aku boleh score weh. Yang berita buruknya pulak, ITIL aku failed. Homaigot homaigot. Pasal banyak sangat main2, hamek lah kau. Ni makan dia!

Aku join program ni dari 29 Januari sampai 20 Febuari. Wow dekat sebulan lah jugak aku menetap dekat Puncak Perdana. Memang sunyi sepi, seram je. Pasal masa tu, student diploma je yang ada, tu pun berapa keratlah sangat kan. Memang sunyi meremang lah. Kalau malam nak stay up lama2 sikit pun dah terfikir macam2.

Sebenarnya bukan nak promote sangat pun 3p ni, cuma nak share perangai diri sendiri yang entah pape ni. SELCA! Padahal bantai phone member, Samsung Galaxy Note 3 kot. Sape lah yang tak batak nak amek gambar banyak2 tak hingat dunia. Aku lah tu, perempuan jawa toqtoq ni ha. Ni baru sikit, berlambak lagi saja takmau tunjuk. Karang ada yang berbulu bijik mata pulak nengok kan.

Hamboi perangai. Mintak ampunnnn =.="


So lepas ni, kalau kampus korang ada buat program 3p ni jangan lah sayang sangat masa cuti korang. Digalakkan lah sangat untuk korang join sekali. Dapat pengalaman baru, dapat member baru, dapat ilmu baru dan yang paling penting dapat souvenir ok. Kitorang dapat pendrive, 4GB pulak. Memang jimat lah BB1M aku kan. Buat beli benda lain. Gitu.






xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday, 10 February 2013

Membaca jambatan ilmu, bukan jambatan Pulau Pinang tau

Assalamualaikum wbh


So macam mana hidup korang hari ni? Ada baik ka? Harap semua baik2 lah ye. Ohh ye sebelum aku nak borak panjang2 melalut ke laut, baik aku terus straight to the point. Telah ku belanjakan BB1M ku dengan rakusnya. Lokasi : The Mines. Ala yang ada tasik siap bot dalam mall tu. *ceh belagak mentang2 da pergi kan Batak la jugak pertama kali seumur hidup jejak kaki kat situ sampai terlajak2 masuk hotel mana entah yang kitorang bajet The Mines la sangat tu. Sekali tu tak memasal kena bayar parking yang kitorang langsung tak park pun, siap kena hon free dari abang bas yang kekwat. Puihh!

Tengok tengok, The Mines banjir lah! Macam IOI Mall pulak

Ritu lepas je kelas terus kitorang cabut dari kampus kesayangan kitorang dekat Puncak Perdana yang penuh dengan bukit ni. Tengok kanan bukit, depan bukit, tepi bukit. Nampak orang kat sini pun da macam nampak bukit semua. Pufff!

Muka orang kaya


Lepas da ronda2 dan makan Kenny Roogers pasal bajet orang banyak duit tu kan. Aku paksa dorang bawak aku pergi kedai buku dalam The Mines tu, nak jugak spend my voucher on that day, jugak! Pilih itu ini, siap called mama tanya nak buku resipi apa, ayah nak buku motivasi macam mana, nak belikan adik2 buku apa. Gila ahh, anak dan kakak yang sangat baik kan. *blushing* Dannn inilah hasilnya, khusyuk tawaduk sangat membaca kan. 

Shopping reading material pun sampai berabih RM150. Melampau =.="


Fyi, kita boleh jugak pakai discount card plus voucher untuk beli apa jenis material dekat bookstore dan dapat 10% up to 12% excluding material non-book. Tempat femes boleh redeem baucer ni etc : MPH, Popular, Kinokuniya, Pustaka Chiew... Tapi member ada cakap, material kat Kinokuniya, harga tinggi sikit lah. Standard lah kan, KLCC mana ada barang murah. McD pun dah paling murah dah tu. Motif berjalan ni saja nak cuci mata tapi sebab feeling-feeling macam banyak sangat duit, lunch pun layan Kenny Roogers je kan. Tak pandang langsung Ayam Penyet yang boleh dapat 3 bungkus.


I banyak duit kan, banyak sangat
p/s - Use your voucher wisely

p/p/s - Kalau kerajan dah bagi, awak dah terima, jangan lah banyak songeh cakap kerajaan itu ini. Kalau tak suka kerajaan, jangan lah ambek. Senang cerita. Oppss! Terpolitikus pulak




xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |