Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday 18 April 2011

Maaf yang sangat berharga

Assalamualaikum :)




Ye i sedar memang banyak salah yang i da buat. Tapi bukan sengaja lah. Masa ta bagi izin untuk semua ni. Hoh! Lama sangat kan tade update blog ni. Ok sekarang da tade istilah blog bersawang berhabuk semua. Menipu je semua tu. Ok lah, i admit yang i memang sangat malas nak update blog ni. Sangat! Even i on laptop, sign in facebook. Tapi sumpah memang malas nak menaip blog.


Baru-baru ni, phone i accident. Hoh hampeh. I nampak dengan mata kepala lutut sendiri fon kena langgar bas lori kereta basikal motor. =.=" Terkedu terkesima sampai langsung tade rasa nak menangis. Makin gelak ada lah. Stupid me. Dengan banyak gila gambar & lagu tade transfer dalam laptop lagi. Oh sumpah menyesal. Sigh.


Ni pagi tadi keluar bilik nak mandi, tengok kat rak kasut. Oh kasut crocs oren pirate aku hilang! Damn suck. I beli 20 ringgit kot. Letak tidbits Ben10 harga seringgit. Crocs yang da buruk kotor macam tu pun ada jugak yang nak menciloknya. Tinggi jugak nilai estetika kasut aku tu. Ok, tape lah. I halalkan.


10hb lepas, fakulti i ada buat malam dinner. Konon sempena sambutan 10 tahun Fakulti Pengurusan Maklumat. Siang pulak ada program apa entah, bertemu pelanggan ke apa. Nak tengok gambar, mari klik sini dan sini. Tapi dengan syarat, add facebook i dulu ok. Tu lah nak tunjuk i mekap melaram gila tapi gambar dalam fon. Yang ada ni gambar ihksan dari DSLR member gua. Bila entah aku nak ada DSLR ni? Mama! :'(


Lupa nak bagi tau, naib canselor UITM ada datang kampus i. Konon macam luahan dari hati ke hati. I agak mau beribu riban uitm kedah salurkan duit semata-mata nak sambut Dato' Sahol ni. Gambar? =.="


Paling yang tak tersangka ni ha, tu hari ada lah manusia ni. Sampai sanggup merayu mintak maaf dari i. Ye, i memang bukan lah manusia mulia. Ye memang betul sedangkan nabi pun ampunkan umat. Tapi entah lah, maybe belum sampai waktu lagi i nak bukak hati untuk maafkan dia. Someday, hopefully. Doa kan jelah hati i terbukak ye :)


Dan lagi satu, lepas penat lelah semput asma kurang lebih sem ni. Semalam akhirnya VIVA untuk subjek ETR settled! U know what is butterfly? U know what the feel of the butterfly when it fly fly over on your stomach? Ayat macam haram kan. Tunggang langgang. Nak tunjuk gambar, tade pulak. Faham-faham jelah manusia yang pakai fon cikai macam i ni. Menumpang kasih sayang fon orang yang berkamera je lah gamaknya. Btw, millions thanks to my group members. Yang bagi full cooperations, even there's someone between us gave some of her efforts. Urgh!


Ye i tau, nak habis da ni. Tolong lah doa kan i lulus untuk exam ye. Lusa da start exam. Dengan gap sehari dua hari je. Memang kena pulunlah. Dan insyaallah i maybe tade update blog ni, sampai betul-betul i free. Huh! Banyak nak kena study ni. Ok, till then. See ya! :D





p/s - Banyak sangat lah pulak benda jadik kan. Tulah lain kali peram lagi lama ye.
p/s/s - Punya lah lama nak tunggu gambar upload. Nanti karang ada masa, i edit balik post ni. Taruk gambar banyak-banyak.








Lots of love;


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 3 April 2011

Terima kasih tu indah

Assalamualaikum :D


Nama facebook dia Black Dahlia. Add dia cepat, gerenti approve, kot lah. Tapi apa-apa pun terima kasih sangat-sangat pasal sanggup klik button Follow tu dan jadik follower yang ke-100. Apppreciate sangat-sangat ni. Oh oh oh, hari ni banyak-banyak benda yang buat hati i berbunga-bunga. Ni taman bunga tengah subur kembang mewangi dalam hati. Indah =.="


Dia ni datang dari Sabak Bernam, eh sama lah kita :D


Nama blog dia Beloger Gall. Tapi dia da ada buah hati pengarang jantung pisang pulak.


Ni ada sikit souvenoir untuk awak lah. Amek lah, kita bagi ikhlas sangat-sangat ni awak. Simpan baik-baik tau. Da lama kita buat ni :) Ecewah, kita lah sangat kan. Btw, thanks followed me. Really appreciate it. Teruskan ikut perkembangan i punya blog busuk ni tau. Touch and go eh, keep in touch ok :D







Love,


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Buat baik, balasan pun baik lah jugak

Assalamualaikum anda-anda semua. Ni ha, i nak story mory banyak lah ye. Tamau lah nak cerita sikit sangat. Tamau jugak nak taip banyak-banyak panjang-panjang. Ni i baru online, tengok kat profile facebook (kliklah, add sekali ok) ada notification baru. Apa dia?

Klik kalau nak cepat besar


Sumpah sumpah sesumpah pah pah. I sangat appreciate dengan apa yang Paan ni buat. Walaupun tade lah besar mana pun penghargaan yang dia buat tapi terima kasih banyak-banyak lah berjuta lemon sangat. Sudi jugak singgah blog busuk ni. Da tu post pulak kat wall dia. Naik jugak lah trafik sebelah ni. Ada jugak yang sudi follow kan. Yang ke-100. Kejap lagi i buat entry ok.


Actually, sebelum ni da banyak hari lah i ada buat satu entry pasal dia ni. Nak baca lagi banyak information, klik Creative ni. Pasal i adore sangat cara dia mencontiang contiang ni. Menconteng lah. Orang dok sebut contiang. Eh, baca lah sendiri kat sini ye. Cepat, i paksa sangat ni. Add facebook dia sekali tau tau.






Love;


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Cantik tu subjektif

Assalamualaikum w.b.h :D



Ye, i memang sangat busy. Tadi i baru lepas satu mid-term test. Alhamdulillah sangat. Boleh lah jawab jugak walaupun study sehari sebelum test. Bagus kan, last minutes punya kerja =.=" Ok, jangan kawan dengan i. Perosak rakan sebaya.


Tu hari i ada beli barang online. Mekap artis lah, sangat kan. I punya lah klik sana-sini tup tup jumpa facebook ni yang jual alat-alat mekap. Pallete, compact powder, brushes, celak, span, naturactor. Macam-macam lah. Nak tengok? Mari klik Naturactor & Cosmetic. Harga dia pun boleh tahan jugak lah. Yang murah pun ada, sesuai lah dengan i yang baru nak bermanja-manja mekap kan orang ni. I da order brush, 1 set RM16. Tatau lah mahal ke murah ke. Tape, mencuba ta salah kan.
Brush RM16/set



Ni jap lagi nak order pallete pulak. Yang atas ni RM35/set. Hujung minggu ni ada jugak lah yang da book i untuk mekap kan dorang. Dinner kan, haruslah vogeh semua.


Hah, yang gadis-gadis tu nak tunggu apa lagi? Cepat lah klik sini. Cepat!! Nak tau lagi banyak information, klik lah ye. Insyaallah, kalau kita niat baik, semua yang kita buat akan dapat nikmatnya.





p/s - Erm, student uitm kedah yang rasa nak transform tu. Marilah datang bilik i. Kita boleh kawtim nak conteng apa kaler kat muka korang. Harga sangat murah. :D
p/s/s - Cantik tu indah. Dan subjektif. Auww Lutfhi, i adore u! ;)





Love,


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 1 April 2011

Short UPDATE!

As-salam bloggers and readers!



Mintak maaf banyak-banyak lah. I memang sangat busy banyak hari ni. Dengan deadline, yang makin dekat, presentations, quizzes, viva. Oh, sangat sibuk. Otak pun da pening apa nak bantai ayat untuk assignments tu. Nanti i ada masa banyak-banyak milion dolar, i update selalu ok. Kalau i online pun tengok sekejap-kejap je. Curik masa sikit.


Doakan i punya viva 17 April ni sukses tau. Tade lah tergagap stacy kang. Amin. :D





p/s - Jangan lupa LIKE Ohh Fara Lalala, ADD sekali Fara Farhana tau.





Love;


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |