Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday 6 March 2013

Our new baby boy :D

Assalamualaikum wbh



Tak jawab dosa, kalau jawab gatal. Hehehe :) Kabare? Alhamdulillah, waras semua kan. Gitu, tiba2 sawan jawa datang pulak. Ikut hati memang nak buat entri dalam bahasa jawa, tapi kang ada antara korang yang ikut jadik sawan pasal tak faham, aku jugak yang dipersalahkan, Tak gitu? Kita bergurau jela, jangan sawan2 tau. Tak cantik. Siapa cakap perempuan cantik tak pandai masakkkk. Tiba2 teringat Che' Lah dalam Masterchef tu ha. Tergoda pulak rasanya. Puiiiih!

Ada berita gembira paling gembira di alam semesta raya ini. Mama kita. dapat offer. baik punya. paling maveles. ohsem. seronok beronok2. jaga. jadik babysitter. baby boy. ala tomey2. *huh perangai tak serupa wanita matang berusia 23 tahun. 

Sebenarnya dah lama mama jaga baby ni, awal tahun. Tapi memang sengaja kan diri melambatkan perkongsian gambar yang buat rasa lapar. Hah kanibal pulak tengok baby rasa nak makan. Gambar ni ambek masa nak pergi kenduri kat rumah sedara pakcik. Tau pulak yang kitorang semua dah siap2 cantik2, baby pun sibuk merengek takut sangat kena tinggal.



Rasa macam nak gigit kunyah2 budak ni


Memperkenalkannnnnnn! Baby boy baru. Anasssssss. Mak baby ni kerja nurse kat klinik rakyat dekat2 dengan rumah aku. Pasal mak baby ni semedang lah busy tak hingat, so takde lah siapa yang nak jaga baby. Sampaikan sabtu ahad pun asyik on-call je. Kalah abang2 doktor yang segak tampan bergaya pulak kan. Kebetulan pulak, masa kakak sepupu ipar aku ni tengah pregnant, offer kat mama baby ni yang mak aku pernah lah jugak jaga budak. Korang ingat Ammar Hamzah? Tak ingat, memang dah agak sangat. SILA BACA ENTRI SEBELUM SEBELUM. SORRY TERSENGAJA CAPSLOCK LA. 




p/s - Kalau rasa moody, cuba tengok gambar2 yang cantik. In sha Allah kurang sikit rasa sakit hati kan. Takpun, baca je ayat kursi.

p/p/s - Kalau lah, dapat suami macho gini. Tak payah tutup lampu pun takpe. Gatal gatal!

p/p/p/s - Nak siap2 pergi kelas petang. Enthusiasm tengah melambung tinggi kan. Daaaaa ;)


xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday 23 February 2013

Cuti semester yang harus dikorbankan :)

Assalamualaikum wbh :)


Selamat pagi korang. Memang sepatutnya pagi lah pasal aku post entri ni pagi. Kalau korang baca malam ke petang ke, kira cincailah selamat petang & selamat malam. Boleh gitu? Kasi cincailah brader.

Aku ada cakap kat korang ada nak kongsi info kan pasal 3p. Taktau? Tula pasalnya tak baca entri awal2. Meh skroll bawah2, baca bagi ingat baru boleh tengok entri yang ni. Baca cepat, BACA CEPAT SKROLL ENTRI BAWAH NI. EHH TERCAPSLOCK PULAK :)

Btw, aku join program 3p by Prestariang ni masa korang student degree semua sedap2 bercuti2 malaysia. Bergomol dengan ketiak mak ayah korang kan. Fyi, dari apa yang aku tau, kalau kita ada extra sijil dari program ni in sha Allah  kerja nanti, gaji kita akan dapat extra 300 - 400. Katanya lah. Takpe, rezeki ada kat mana2 kan yang penting kita dah usaha. Setakat yang aku tau jugaklah kan, ada 6 kursus yang Prestariang ni offer. Aku pilih EPM & ITIL. Berita baiknya, EPM aku boleh score weh. Yang berita buruknya pulak, ITIL aku failed. Homaigot homaigot. Pasal banyak sangat main2, hamek lah kau. Ni makan dia!

Aku join program ni dari 29 Januari sampai 20 Febuari. Wow dekat sebulan lah jugak aku menetap dekat Puncak Perdana. Memang sunyi sepi, seram je. Pasal masa tu, student diploma je yang ada, tu pun berapa keratlah sangat kan. Memang sunyi meremang lah. Kalau malam nak stay up lama2 sikit pun dah terfikir macam2.

Sebenarnya bukan nak promote sangat pun 3p ni, cuma nak share perangai diri sendiri yang entah pape ni. SELCA! Padahal bantai phone member, Samsung Galaxy Note 3 kot. Sape lah yang tak batak nak amek gambar banyak2 tak hingat dunia. Aku lah tu, perempuan jawa toqtoq ni ha. Ni baru sikit, berlambak lagi saja takmau tunjuk. Karang ada yang berbulu bijik mata pulak nengok kan.

Hamboi perangai. Mintak ampunnnn =.="


So lepas ni, kalau kampus korang ada buat program 3p ni jangan lah sayang sangat masa cuti korang. Digalakkan lah sangat untuk korang join sekali. Dapat pengalaman baru, dapat member baru, dapat ilmu baru dan yang paling penting dapat souvenir ok. Kitorang dapat pendrive, 4GB pulak. Memang jimat lah BB1M aku kan. Buat beli benda lain. Gitu.






xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 10 February 2013

Membaca jambatan ilmu, bukan jambatan Pulau Pinang tau

Assalamualaikum wbh


So macam mana hidup korang hari ni? Ada baik ka? Harap semua baik2 lah ye. Ohh ye sebelum aku nak borak panjang2 melalut ke laut, baik aku terus straight to the point. Telah ku belanjakan BB1M ku dengan rakusnya. Lokasi : The Mines. Ala yang ada tasik siap bot dalam mall tu. *ceh belagak mentang2 da pergi kan Batak la jugak pertama kali seumur hidup jejak kaki kat situ sampai terlajak2 masuk hotel mana entah yang kitorang bajet The Mines la sangat tu. Sekali tu tak memasal kena bayar parking yang kitorang langsung tak park pun, siap kena hon free dari abang bas yang kekwat. Puihh!

Tengok tengok, The Mines banjir lah! Macam IOI Mall pulak

Ritu lepas je kelas terus kitorang cabut dari kampus kesayangan kitorang dekat Puncak Perdana yang penuh dengan bukit ni. Tengok kanan bukit, depan bukit, tepi bukit. Nampak orang kat sini pun da macam nampak bukit semua. Pufff!

Muka orang kaya


Lepas da ronda2 dan makan Kenny Roogers pasal bajet orang banyak duit tu kan. Aku paksa dorang bawak aku pergi kedai buku dalam The Mines tu, nak jugak spend my voucher on that day, jugak! Pilih itu ini, siap called mama tanya nak buku resipi apa, ayah nak buku motivasi macam mana, nak belikan adik2 buku apa. Gila ahh, anak dan kakak yang sangat baik kan. *blushing* Dannn inilah hasilnya, khusyuk tawaduk sangat membaca kan. 

Shopping reading material pun sampai berabih RM150. Melampau =.="


Fyi, kita boleh jugak pakai discount card plus voucher untuk beli apa jenis material dekat bookstore dan dapat 10% up to 12% excluding material non-book. Tempat femes boleh redeem baucer ni etc : MPH, Popular, Kinokuniya, Pustaka Chiew... Tapi member ada cakap, material kat Kinokuniya, harga tinggi sikit lah. Standard lah kan, KLCC mana ada barang murah. McD pun dah paling murah dah tu. Motif berjalan ni saja nak cuci mata tapi sebab feeling-feeling macam banyak sangat duit, lunch pun layan Kenny Roogers je kan. Tak pandang langsung Ayam Penyet yang boleh dapat 3 bungkus.


I banyak duit kan, banyak sangat
p/s - Use your voucher wisely

p/p/s - Kalau kerajan dah bagi, awak dah terima, jangan lah banyak songeh cakap kerajaan itu ini. Kalau tak suka kerajaan, jangan lah ambek. Senang cerita. Oppss! Terpolitikus pulak




xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 6 February 2013

BB1M terakhir kita

Assalamualaikum wbh


Berita gembira berita gembira! Aku dah ambek BB1M yang sangat ku cintai. Yeay! Boleh shoppingggg! Buku =.=" Pun boleh. Teruja nak ambek sampai sanggup beratur panjang. Walhal break cuma 15 minit je. Sanggup beratur sampai 30 minit. Eh, senior memang gini, bajet bagus kan.

Lepas dah ambek baucer ni, terus list kan semua novel yang menarik di hati sanubariku. Ecehh. Dannn. Mari kita shopping! Nanti aku post entri lain kat mana lokasi aku habiskan baucer kesayangan hamba ni. Ok! Adiossss :)

Yeay! Boleh g makan kat Seoul Garden =.="

p/s - So, korang dah ambek BB1M ke belum? Meh la belanja aku, buku 2 3 kotak ke :)



xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 24 January 2013

Rasa teruja yang paksa insomia muncul :)

Asalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia

Hah tiba2 teringat pulak lagu nasyid, tu yang panjang sangat assalamualaikum. Tak jawab dosa tauuu. Ni la, dulu masa sekolah rendah aku ada masuk persembahan nasyid, lead bawak lagu Rabbani. Lama punya cerita lah, ini semua poyooooo! Hehehe. Korang mesti tengok Maharaja Lawak Mega kan? Rambut sama tapi bukan.... dia. Hehehe. Congrates Jozan, takpe tetap nak wish walaupun dah lambat sangat kan.

Oh btw, kali ni aku nak share cerita ritu yang hantar segala khazanah nabilah (roomate) kat rumah kakak sepupu dia. Kat Taman Saujana Utama, Puchong. Gini ceritanya..

Malam lepas habis final paper dah siap kemas2, kitorang gerak dekat pukul 11. Singgah kejap kat Kedai Burger Bakar Abang Burn dekat Seksyen 7, dekat2 dengan deretan 7e. Korang mesti ada yang pernah singgah tempat tu kan. Harga burger? Adoii, boleh tahan lah mahalnya. Tapi maybe pasal Abang Burn punya burger tebal dan besar kot, tu yang harga pun besar. Kitorang order burger dengan extra sosej, 3 = RM1.50. Yang rasa bestnya pasal patties, bun, sauce semua buat sendiri kot. Servis pun kejap je dah siap, memang laju lah pasal ramai gila kot crew burger burn ni. Pasal lain macam rasa, tak macam burger2 lain. Tapi almaklum jela pasal besar sangat kan, TAK HABIS DAN MEMBAZIR. Teringin nak pergi? Kalau korang dok area Shah Alam, ada dekat Seksyen 13 dekat2 dengan Giant, Seksyen 7 seberang jalan kedai Jakel yang besar ya amat. Bila lah aku nak rembat kain kat Jakel *tsktsk*. Nak lagi info? Ni klik link bawah ni.





Sambung balik cerita nak pergi Taman Saujana Utama yang memang aku tak pernah dengar dan tak tau pun tempat tu wujud, aku mula lah pusing2 Shah Alam sampai masuk Seksyen 17, pusing balik jumpa Seksyen 7, masuk pulak highway hala KL, pusing balik fly-over masuk keluar tol semua. Adeh, memang aku fail kalau jalan selain balik kampung dan Shah Alam. FAILED! Terus roomate aku ni called kakak sepupu dia mintak tunjuk jalan, rupanya lalu jalan Batu 3 yang kilang gula CSR tu. Ghupenye.. Adeh adeh. Tak sampai setengah jam, kitorang dah sampai pun urmah kakak tu. Punye lah kan. Huhuhu. Transfer barang semua, kitorang mintak diri nak balik. Kakak tu siap hidang air, offer suruh tidur rumah dia pasal waktu tu dah pukul 2 pagi lebih, gila bahaya drive kan. Takpe, memang tak nak susah kan orang. Dah lah datang rumah orang awal pagi, kacau waktu tidur orang kan. So dah lepas transfer semua khazanah, kitorang gerak balik Shah Alam pasal ada niat lain. Ehemmm2 :)

Muka lemau pukul 5 pagi

Akibatnya, kitorang takde tempat tidur! Merempat dalam kereta sampai pukul 6 pagi. Konon nak layan Running Man kat KFC Seksyen 7, tapi badan da penat gila. Kitorang tunggu je gate UiTM bukak. Pastu cabut tuju Masjid UiTM tu, tapi bukan panggil masjid sangat pun. Panggil Pusat Islam (PI). Bersihkan badan yang dah melekit2, tukar baju wangi2, solat dan tidurrrr. Tidur dalam PI. Kroooh krooooh. Indahnya :)

Yeay, selamat pagi muka segar dah tidur :D

Awal2 pagi, hantar roommate aku ni pergi cari tiket kat Seksyen 17. Bye Nabilah. Jumpa nanti 28hb untuk Program 3p kita k. C ya!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 20 January 2013

Good bye semester 5. Like seriously, BYE!

Assalamualaikum Malaysian :)

Wah akhirnya dapat jugak aku habiskan final paper untuk sem ni. Alhamdulillah, tinggal satu sem je lagi tempoh nak kutip ilmu banyak2 kat UiTM Puncak Perdana ni. Walaupun suka sangat lah aku study last minutes kan, tapi soalan boleh tahan lah jugak. Harap2 lah pointer boleh naik. Target degree ni, aku nak grad dengan pointer at least 3.5 boleh gitu? Hehehe. Doakan yang terbaik untuk aku :)

Btw, aku punya final exam start 4hb sampai lah 20hb januari. Dengan 5 paper yang mengharu kelabukan study week aku. Lalala. Walhal semua subjek ni aku memang bajet study last minutes semua. Bagus terbaikkk. Bajet otak geliga kan. Huh tapi nasib baik lah rezeki dengan suksesnya boleh jawab jugak walaupun jawapan tu tentu lagi betul ke tak. Ish, doa yang baik2 jela. Ni muka eksaitet nak jawap exam, bangun pagi2 dengan semangat yang berkobar. Enthusiasim tinggi sangat orang kata :D



Baik, sebab final exam sem ni da selamat, aku nak mula mengemas barang ni. Dok rumah seminggu je, lepas tu ada pulak Program 3p. Nak tau mende pulak dengan 3p ni? Jap aku bagi link. Korang survey sendiri k. Dari info yang aku dapat, 3p collaborate dengan Prestariang & MOHE. Takpe nanti aku update lagi mende pulak 3p ni k. Sekarang nak sambung mengemas pasal malam ni nak bergerak balik. Eh takde lah sangat pun, nabilah (roomate) mintak tolang hantarkan segala khazanah dia kat rumah kakak sepupu kat Taman Saujana Utama? Ke hape entah nama tempat tu. Sokay, nanti aku update lain ok korang. Happy holiday :D

xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 9 January 2013

2012 Part 2

Assalamualaikum korang :)

Hoore hooree hip2 hoore. Ohh dengar2 cerita drama Duri dah habis ek? Lahai, tak sempat nak tengok. Kat Puncak ni ha, mana ada tv dengan channel Astro. Kalau ada pun, tak boleh pakai dah. Nape lah entahnye pun hadoi. Nak tau nape aku minat pulak cerita tu? Haruslah pasal ada Izzue Islam. Eceh mustahil lah kalau korang tak kenal mamat ni kan. Nak laki sorang macam Izzue ni lah. Bukan nak Izzue, faham tak? Nak macam. Nampak tak perkataan "MACAM"? Hah bagus. Ada member kat Puncak ni, kawan baik a.k.a classmate si Izzue ni. Budak FFTA. Katanya Izzue dah tukar phone number, dah tak pakai number zaman belum femes tu. Tak tau lah guane ceritanye.
Ni Izzue kita. Awak ciptaan Allah yang terindah :D *Google
Eh bukan nak cerita sangat pun mamat ni, saja nak naikkan trafik. Hahaha :) Btw, moh sini aku nak sambung cerita 2012 yang tak habis ritu.

September
Yeayy kereta dah balik rumah. Cantik berkilat macam baru keluar plastik. Walhal masa eksiden ritu penyek depan belakang. Dah macam ayam penyet pulak. Ehh sedapnya ayam penyet kat seksyen 7. Teringin pulak kita. Ohh bulan baru, sem baru untuk sem 5 ni. Tak sangka cepat je masa, dah final year kat Puncak ni. Walaupun hakikatnya macam tempat jin bertendang, orang kata bukan aku yang kata tau. Boleh tahan lah subjek semua, lingkup. Masa awal2 sem, aku dah rasa macam down gila. Rasa macam nak extend pulak. Yela, banyak gila benda nak kena uruskan itu ini. Adoyaiii.

Oktober
Ohh ye. Jumpa abang AA tau. Bukan azwan ali lah. Hadoi. AARON AZIZ ok! Kat Anugerah Blockbuster. Gambar, haruslah ada. Tapi dia dah naik kereta nak cepat pergi mana entah. Tak caya? Ok jap baca habis dulu tau. Ohh nora yang bagi tiket free, last minutes plan. Tak sangka pulak kan, siap dapat offer untuk buat shoutout plak. Kan ada keluar kat Astro Citra ritu. Aku yang tagline "ISNIN". Hampeh suara budak2 sangat. Huhuhu.

Ni dia bukti kejadian, walaupun gambar tak best =,="


November
Kan aku dah cakap, shoutout Aaron Aziz keluar kat Astro Citra tu ha. Video? Kat Youtube ada. Member aku yang "JUMAAT" siap menjerit2 pukul 4 pagi lepas jumpa video tu. 4 pagi kot, nasib lah felo kolej ni tak mengamuk. Mama cakap muka aku penuh jerawat, memang hakikatnye pun. So, percaya dah kan? :) Ohh sekarang tengah heaven lagi, tak banyak sangat kerja untuk sem ni. So, boleh bersukaria lagi lah nampaknya kita. Lalala. Yang paling best, kena saman dengan MBSA. Kitorang pergi buat research sikit kat MSU, park dekat deretan kedai sebelah Les Copaque', tak perasan lah pulak nak kena ada parking ticket. Sekali tengok, hambek kau saman RM30. Nasib kitorang terus pergi bayar, dapat lah diskaun samapi RM9 je. Lega :)


Disember
Finally, end of the year. End of this month, my belated birthday. Jenuh menunggu setahun kan :) Ohh, bulan yang sangat busy mencekik urat. Tidur 4 5 pagi siapkan projek. Kelas pulak tiap hari pukul 8. Hamek kau hamek kau! Tapi naseb lah jugak, aku dengan suksesnya dapat siapkan semua kerja yang lecturer2 bagi. Alhamdulillah. Tahun depan pulak exam. Biase bro! Ohh aku dapat offer jdk MUA member aku ni ha. Tema, color block. Aku lah jadik fashion advisor, aku lah jugak MUA. Venue : Taman Tasik Perdana. Alah belakang Bukit Aman tu ha. Jap gambar :)

Nampak mata dia tu? Nampak kan nampak kan :)
Dan dan dan, 29 disember is my birthday. Siap suruh ayah belikan kek lagi ha. Mama dengan baik hatinya bawak aku pilih kek. Yeayy! Tapi aku lagi prefer gingerbread ni, nyum nyum. Sedap baq hang! Silakan2 :)

Happy birthday 22nd to me. Finally :D


So, ni je sebahagian cerita aku sepanjang 2012. Alhamdulillah, 2012 sangat baik pada aku. Harapnya, 2013 pun akan jadik tahun terbaik dalam hidup aku. In shaa Allah :) 




xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 8 January 2013

2012 Part 1

Assalamualaikum :)


Eh ada entri baru lah. Kan aku dah kata ritu, tahun ni nak selalu update blog. Janji ditepati kan. Kita 1 Malaysia maaaa. Eh ritu aku ada kata nak share cerita sepanjang 2012 kan. Nak tau, teruskan baca. Takmau baca, takpe lah. Sila skimming je entri. Ehh aku tak suruh pun korang tekan ctrl f4 tu. Ehh jangan!! Ye takde da bebel banyak, nak letak gambar je ni ha.

Januari
Exam. Tak sangka pulak belajar 2011, periksa 2012. Pengalaman ni pengalaman katanya. Sebab aku sambung degree kos yang sama masa diploma dulu, so aku terus lah masuk part 3. Takde dah nak part 1 part2 semua ni, takde dah koko semua. Tak layan. Hahaha. Cukuplah dulu diploma. Berapa paper? Tak ingat lah pulak. Malas nak ingat pun. Ok, habis exam cuti panjang 2 bulan. Duduk rumah goyang perut. Oh btw mama ada jaga baby. Babysitter kononnya. Mak baby ni lecturer kat Poli belakang rumah. Tak tau PSIS, hah tu yang kita carik. Nama baby ni, Ammar Hamzah. Hamboi comel bukan main. Memang tak main2 punya lah. Jap2  letak gambar.

Kan betul aku tak tipu. Comel :)

Februari
Cuti sem lagi lah dek nonnn. Membela badan. Masih jaga budak gemuk Ammar. Aktiviti harian? Buat tempahan felt. Ehh kan aku ada buat bisnes tu lah. Tak tau ek? Patutlah pun. Sekarang, da kureng sikit. Jap2 gambar lagi. Alhamdulillah tempahan boleh tahan banyak lah jugak. Income pun niceee. Untuk yang pernah jadik customer aku, terima kasih tau. Awak memang superb! Most of the orders, aku amek dari member2 sekolah adik aku. Biasa lah budak sekolah kan. Tapi yang tak bestnya, ada yang amek produk tapi buat2 lupa nak bayar. Adehhh. Bukan budak sekolah je, orang yang dah patut pangkat mak budak pun ada yang perangai gitu. Nak mintak? Uishh malu lah pulak. 
Hah tu tengok ada company sendiri tau. FF Closet gitu

March
Semester kedua aku kat UiTM Puncak Perdana. Kat mana Puncak Perdana? Tak pernah dengar. Silalah google ye. Malas aku nak cerita panjang lebar. Awal bulan dah start sem baru. Sem 4. Boleh tahan lah result aku dapat ritu. Terima kasih Allah. Sebab kurniakan aku pensyarah2 yang baik hati murah ilmu, keluarga yang sangat awesome & kawan2 yang selalu ada susah senang. Gituuuu. Ok teruskan belajar sampai tua.

April
Parents belikan aku kereta sebijik. Satria. Alhamdulillah, rezeki keluarga. Bukan pakai sendiri. Pakai sama2. Ayah kata senang nak balik kampung. Tak payah dah susah2 tunggu bas yang tentu lagi cepat le lambatnya tu. Seronok lah derr dapat kereta kot. Hah bila dah dapat, berjalan pun tak hingat lah. Berdesup je tak nampak kiri kanan. Last2... Hamek kau! 
Yeay boipreng baru :)
Mei
Kereta eksiden. Berlanggar keceper dengan Honda. Kat trafic light Parit 1, Tanjung Karang. Depan sekolah agama. Hah hamek kau. Aku langgar honda, belakang aku kancil kena langgar lagi dengan kelisa. 4 kereta sekali. Menangis aku kat tepi parit tu ha. Kecut perut makk. Jadik kes polis lah, itu ini urusan blablabla. Siap kena saman lagi. Hampagas punya jammed. Tak memasal =.=" Bulan 9 baru kereta siap operate semua. Ohh, kelas aku ada organize satu program ni, siap masuk surat khabar. Kelas kau jahhh. Surat khabar kosmo je pun. Jap gambar


Jun
Dah start bulan busy. Dengan assignment test kuiz itu ini. Almaklum jela kan, kalau dah hujung2 sem memang semua tak menyempat. Nasib lah sem ni semua assignment, lecturer bagi awal2. Kurang lah sikit kesibukan. Housemate punya bersengkang urat buat final projek, aku bersengkang mata tidur. Hahaha. Gila kentang. Dah hujung2 bulan, sibuk jadik pelakon plak. Aku amek third language Bahasa Arab, so assessment kena buat satu video. Alah, tak kan nak explain jugak. Korang mesti tau lah kan. Cukup masa, tercabarlah Maya Karin kan. Pelakon gagap terbaru. Kitorang! :)


Julai
Bulan bersengkang mata. Kerja harian, bergomol dengan notes. Nasib lah paper ada 3 je. Tapi azabnya, kita2 je yang tahu. Hah. Takpe, jap lagi cuti sem datang. Soooo, tora datang lagi :) Ohh ye lupa nak bagi tau, mama dah tak jaga Ammar. Mak dia mintak transfer kat KPTM kot lebih kurang gitu lah. Menangis aku dengar mama bagitau berita ni. Ammar kot, rindu lew kittew tat awok. Yeayyy, cuti sem! Selamat berpuasa di rumah untuk diri sendiri. Bulan depan raya!!!

Ogos
Bulan raya! Hah gembira lah kita di hari raya. Walaupun dah tua, duit raya still dapat collect lagi wehh. Kureng lah jugak nak dibandingkan dengan zaman budak dulu. Macam biasa, sebab ayah orang Johor kan. Haruslah balik kampung ayah menginap kat sana 3 hari gitu. Walaupun suasana kat sana tak semeriah kat rumah kan. Tapi takpe la, kena ikut cakap ayah :) Pastu, pergi beraya dengan kawan sekolah menengah. Dah besar2 dorang. Hahaha. Aku pun makin membesar. 

Muka semua sepesen je. Acuan sama, siap ada cop SIRIM
Ni kawan besar sama2. Semua masih belajar lagi. Bagusss :)

September
Bersambung...



xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 6 January 2013

Azam tahun 2012 tercapai jugak

Assalamualaikum wahai pencinta blogger sekalian :)


Wah akhirnye lepas setahun aku menyepikan diri, muncul jugak. Sebenarnya bukan hape, ni lah azam tahun 2012 aku. Takmau update blog untuk setahun. Dannn akhirnye tercapai. Satu-satunya azam yang berjaya. Yeay! Eh betul lah bukan saja buat alasan bengong bohong. Betul lah, baik korang caye.

Hah walaupun lama jugak aku menyepikan diri, konon menyorok lah sangat kan. Tak sangka ada lah jugak yang menghendap blog yang dah berkulat. Jap lagi aku cuci semua sarang tebuan sarang lebah pakai clorox. Lepas ni takmau la dah nak berazam takmau update blog setahun lagi. Hahaha, azam paling malas pernah aku ada. Tahun ni punya azam bukan nak carik boipreng nama Azam tau. Azam 2013 ni, takmau makan nasik setahun. Ahah amacam ada bran? Mama yang suruh. Katanya teringin nak tengok aku kurus. Nak buat guane, ikut jela. Takmau jadik anak derhaka kononnya. Kita tengok berapa lama boleh tahan dengan godaan nasik :)

Nak tau apa stori aku sepanjang 2012? Nak tau ke takmau. Ahh nak ke tak nak ke, kesah pulak aku. Aku nak share jugak dengan korang. Tunggu next entri tau. Tungguuuu :)

Eh haii Mas Azam ayat-ayat cinta :)

xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |