Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday 27 February 2011

Baby, one more time

Assalamualaikum bloggers! :D


Entry ni tade niat nak buat siapa-siapa menyampah. Bukan jugak nak paksa u terus klik alt + f4 tu. Bukan semua lahh. Cuma nak mengadu nasib. Yang ta berapa nak malang =.=" Kalau minat teruskan baca, ta minat nak buat macam mana. Ok, ini intro penyedap rasa sikit-sikit suda.





Selama hampir 3 bulan i kenal u ni.

Eh bukan, u kenal i. Kan?

I dapat rasa u baik sangat.

U ta pernah sekali sakitkan hati i.

Memang u ta pernah buat i ketawa macam dia pernah buat.

Tapi u ta pernah lagi buat i nangis macam dia buat.

Mungkin sebab kita masih baru lagi.

Dan mintak maaf kalau apa yang i pernah cakap kat u.

U sangat terasa dan touching.

Bukan apa lahh u.

I cuma tanak u terus suka kat i.

I bukan lah perempuan yang baik.

I jugak bukan perempuan yang ala comel-comel gitu.

Tape lah, kita cuba trial period dulu ok.

Kita tengok lagi 2-3 bulan.

Kalau ta puas hati boleh pulangkan balik hati.

Kalau u masih lagi sweet macam selalu, ok lahh.

Kita teruskan ok.

Tapi i ta berani nak janji sikit pun.




But frankly speak, i masih tunggu dia.

Minta maaf u.. =.="






Kalau Britney Spears ni kakak i lah, mau mak i tanak mengaku anak kot =.="


p/s- tajuk nak semangat walhal entry macam hampeh tett.





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday 26 February 2011

Ya habibi ya maulana. Bukan Maulana AF tu lahh.

Assalamualaikum Bloggers! :D


Entry ni bukan nak cerita pasal Maulana AF7 tu ok? Bukan nak cerita yang dia tu dulu student DIDE kat UITM Kedah ni jugak. Dan bukan nak cakap yang dia tu sama batch dengan boyfriend kawan i masa study kat UITM ni ye. Bukan nak cakap yang dia pernah couple dengan satu Sabahan yang famous dengan panggilan "Stacy" kat UITM ni. Bukan lagi nak bagi tau yang dia tu orang johor. Bukan jugak nak dok canang kat orang yang tu suka pakai spek besar bingkai putih. Bukan lagi nak mention yang dia memang tempat ke-4 masa AF tu lahh. Bukan semua bukan sangat!

Hah! Ini Maulana, tapi bukan i punya habibi yau. Tettt!


Entry ni cerita pasal something~ Scary kan? Huhuhu. Scary. Lah sangat. Annoying! Ni ha, entry sebelum ni i ada cakap pasal something. Erm, penggunaan perkataan "SALAM". I ada cakap nak bagitau link mana yang dok sebut explain pasal salam salam ni. Mari baca sini dan buatlah assumption dan pendapat masing-masing ok :)



p/s - Maulana ni dulu main gitar nyanyi lagu I'm Yours kat pasar malam dalam UITM. Member dok cerita, i ta kenal pun dia ni.


credit to : Nurul Fifi Amalina






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Creative!

Assalamualaikum bloggers! :D


Sebelum ni dok i asyik "Salam Peeps! :D" ja kan? And i just know that, salam is not allowed! Hah?! Ingatkan Akum, Semekom je ta boleh pakai. Nak explain, panjang lebar sangat. So, nanti karang kalau i ada masa lebih i akan bagi link why salam can't be used. Ok? :D


This entry, i nak share something special. Nak cakap dia ni superb pun, boleh la jugak. Sangat kreatif. Sangat lemah gemalai punya jari. Dengar kata, dia ni cikgu sekolah. Erm, i mean "bakal" cikgu sekolah melukis. Roomate i yang suggest dia ni kat i. Ehem, malu lah u. *blushing* Mari tengok apa yang dia da kerjakan.


Dia suka melukis dan mewarna, photography, edit gambar dan makan (kot). Woh woh, i tau segalanya pasal dia lah. Hebat kan hebat kan?



Nama dia Paan. Nama betul tatau apa entah. Ta silap Mohd Nazri Farhan. Something like that lah. =.=" Biarlah nama apa sekalipun kan, yang penting sekarang ni. I adore u damn much! Nak adore dia jugak? Klik sini untuk Facebook dia, sini untuk Facebook Page dia, dan sini pulak untuk website dia. Oh oh, malam ni macam nak mimpi dia lah.. :D


paanartcreative




Jangan lah ta percaya ye, dia lukis segala ni pakai photoshop la weh! Tade lukis tangan then scan masuk laptop then upload kat facebook. Bukan bukan bukan sama sekali dua kali! Paan ni student kat Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan, Kuala Lipis, Pahang. Kos : PENDIDIKAN SENI VISUAL (MAJOR). Nak tunggu apa lagi, cepatlah klik! Cepatlah, tamau klik kang i kentut depan u. Bahaha :D Nak tau dia lagi, sila lah berkenal-kenal sendiri. I tamau lah jadik orang tengah, malu pulak.Cepat klik facebook, faceebook page dan blog dia tau. Ta menyesal. Cuci lah mata u tu :)



p/s - Paan, u lukislah gambar i. Ngee~ :)





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 25 February 2011

Blog Review Mania Farzana Farzanto!

Salam peeps! :D




Ta payah nak taip entry panjang-panjang. Boleh prefer samada nak letak banner blog atau tamau. Boleh follow kalau mau. Then, letak u punya link kat blog Cik Farzana ni. Cepat. Mesra. Betul. Heh, da macam abang polis pulak :)




| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Umur da 21, so da layak lah mengundi

Salam peeps! :)



Da lama sebenarnya i nak buat entry ni. Election day kat UITM Merbok. Tapi almaklum jelah kan, asyik dok busy ja. Sangat ta sempat. So, pasal hari ni terlebih rajin so nak update banyak-banyak lah. :)



Rasanya semua kampus universiti kat Malaysia tengah dok hangat-hangat cerita pasal election for the new MPP kan? MPP tu apa? Erm, Majlis Perwakilan Pelajar, Untuk sesi 2011/2012 kan? Yang tade tercalon jadik MPP ni pun dok menyibuk jugak lah terasa kebahangan kan? Temasuk lah i. Ta silap election ni hari selasa lepas. Lepas kelas lecture, terus dok ramai-ramai pakat serbu dewan serbaguna nak undi. Ecxited lah kan, first time ever dapat undi. Pasal sebelum-sebelum, fakulti i; Fakulti Pengurusan Maklumat selalunya menang tanpa bertanding. Terus automatically dapat kerusi dengan jayanya. Tapi sem ni, rezeki kami kot. Dapat jugak merasa.


Malas lah nak taip banyak-banyak, tengoklah jelah gambar-gambar ni. Lets the photos tell everything right? :D




Ni hah muka excited first time dapat mengundi. Annoying kan? =.="



Yang dia ni dok kalut "nama aku start huruf apa entah." Pasal tiap fakulti tu ada letak 3 meja. Tiap meja ada alphabet sendiri-sendiri. A sampai I, J sampai N.




E-Voting weh! Da maju lah hah!


Sorang pun i ta kenal. So, tick jelah mana satu idaman kalbu.




Paling syok undi-undi ni, dapat kupon makan free. Dapat 2 ringgit pun jadiklah kan? Kat kampus u pulak macam mana? :) Ehem ehem. I jadik Masek untuk MPP sesi 2010/2011 tau. Hah! Belagak dan sangat annoying! =.=" Nasib baiklah kat UITM ni tade kes rusuhan macam dekat UPM tu.




p/s - Kalau ada, i nak serah diri je lah. Mana tau dapat masuk paper macam calon MPP kat mana tu, UM kan? Untung-untung dapat famous sekelip mata.




| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 23 February 2011

My little sweetheart ♥

Salam peeps! :D



Lama kan tade update blog. Da banyak sangat benda yang ta sempat nak ambil tahu. Entah apa yang jadik pun, tatau lah. Busy lah sangat. On laptop tapi tade online. Sangat ta sempat. Assignment punya dateline sangat dekat. So, siapkan assignment dan baru boleh online. Conclusion yang sangat senang. Kan? :)


Hari ni saja curi-curi masam nak update jugak blog. Konon nak jadik blogger sejati kan. Pirahh! =.=" Erm, nak announce ni! Hye orang-orang kampung, hari ni hari ulang tahun ketua kampung kita lah. Siapa? Tok Ketua lah. Eh, bukan bukan bukan. Hari ni birthday adik i. Nama dia Ujang. Nama manja Sayang. Panggil lah dia Sayang cepat! Hah, tu pasal i pun suka orang panggil i, sayang. Indah kan? :) Hari ni kan 25 Febuari. Birthday Ujang yang ke-5. Da besar adik kakak ni kan..



Ni lah boyfriend baru i. Handsome kan? So jangan lah ada hati nak rebut dia dari i. Sila langkah mayat kucing masing-masing sebelum berfikiran yang jahat-jahat tu. Ok? So, my ex jangan lah jeles pasal i dapat yang lagi kacak dari u :p


Tadi sempat jugak called ujang. Konon nak wish lah kan. Nak kiss, macam jauh sangat je kan. So, wished dalam phone je lah. Nak video call, kat rumah i tade coverage untuk 3G. Mama pun pakai phone biasa ja. Panjang kan explanation i? Menyampah kat diri sendiri pulak. Budak kecik ni mintak hadiah la pulak. Nak BOLA?! Dengan buku NGAJI?! Adoi, kopak lah kakak kau yang papa kedana ni. Kenapa ta mintak Merc sebijik ja?


Gambar lagi. Haip! Tade niat pun nak expose kan boyfriend baru lah u, bukan nak menunjuk lah, cuma nak tunjuk ja. Hah! Tade gigi pulak. Makan ayam nyumm nyumm. Sanggup nangis tu, pasal kakak tanak bawak dia pergi KFC. Da pakai smart, bedak pun da tepek kat muka. Rambut da pacak, ada hati kakak nak cancel tanak bawak pergi makan ayam goreng upin ipin? Memang da pecah lah empang mata tu ha. Walhal saja berlakon. Haish! Nasib baik lah adik. Padan muka kakak, berjanji lah lagi.


Ujang, jadik anak yang selalu ikut cakap ayah mama tau. Rajin-rajin pergi sekolah. Biar selalu jadik orang first sampai sekolah. Walhal tadika depan rumah ja. Cepat besar, sekolah pandai-pandai. Besar karang, jadik PILOT ye. Boleh bawak ayah mama naik kapal terbang, FREE! Pilot kena kacak kan, pilot kena playboy kan? =.=" Jangan tau nak berlakon ja, sampai kakak pun kau nak ajak jadik heroin jugak. Ta payah nak bosan-bosan. Kau ngadap ja tv, tengok Upin Ipin tu. Kang kakak balik, kau control la laptop ni. Main lah game apa pun, sampai mama, abang dengan sis pun da muncung-muncung tade time nak main. Tape lah, kakak kan sayang ujang..


Nanti cuti kakak balik, kakak bawak kan hadiah ujang ek? Nak bola dengan buku ngaji kan? Ok, tunggu kakak balik tau :) I love you! Nah ni kakak *kios banyak-banyak! :face19:





p/s - kios tu the combination of kiss and cium. How come?! Cuba u sebut kiss dan cium dalam satu sebutan. Jadik apa?
p/s/s - muka kitorang sama kan kan kan? Cakap lah sama, sekarang!





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 20 February 2011

Bila terasa rindu

Salam peeps! :D


Ni simple update sahaja tau..


Lama betul kan tade update blog. Tade nak online facebook. Tade nak approve friend request. Eceh, macam lah ada yang nak add facebook kau kan, Fara Jomblo! Haip! Bila da 3 hari ni, bila da on laptop terus dengan segera lah Fara cucuk berukband, ops silap. Broadband. Connect internet. Bukak blogger dashboard! Dan dan dan dan! Tengok lah blogger mana yang da update. Hah! Sekali tu berkoyan-koyan semua da dok update. Tiap hari lah depa update. Aku ja yang tade update. Padia ni?! Fara pun skrol skrol skrol. Tengok macam-macam update. Paling banyak blogger dok update pasal FaceBlog. FaceBlog? Apa bendanya ni pulak da..? =.="

Nak gamba besar, klik lah. Sorry, tade pakai Astro Byond.


Ni baru sikit ja fenomena FaceBlog. Yang tersorok-sorok tu siapa tau kan? Ok lah, nanti kalau ada masa Fara story mori lagi ek. Nak baca banyak-banyak macam tade masa ja. Nak buat assignment ni. Karang group member muncung panjang sangkut hanger. Hehehe. Ok, busy. Fullstop! :)






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 17 February 2011

Exposed yourself!

Salam peeps! :)


Entry ni saja copy dari blog Cik Shazie. Eh, Fara da mintak izin nak copy tau. Tade lah mengamalkan unsur COPYCAT ni. Pasal tade siapa yang nak TAG Fara, so dengan rela hati lah nak tag diri sendiri. Tape kan..?


Nama korang yang comel-comel yang handsome-handsome.

Nama, ayah mama bagi Fara Farhana. Kat rumah adik-adik panggil kakak. Bukan kaka ok! Semua sedara mara panggil Are-are a.k.a A'A. Kawan-kawan sekolah panggil Fara. Kawan-kawan kat UiTM ni panggil Far, kadang-kadang Fafa. Ada jugak member panggil Ana. Tapi sikit lah yang panggil Farhana, panggil Fahana pun ada. Tapi kalau panggil sayang, lagi lah suka :D


Asal orang mana?

Asal memang asli kat Sabak Bernam. Bukan orang asli. Boleh cakap bahasa jawa tau. Jangan main-main. Sekali keluar jawa, tung tang tung tang alexander. Ta ramai pun yang tau Sabak Bernam tu kat mana kan? Yang kat hujung Selangor tu, sempadan dengan Perak. Dulu duduk kat Puchong sampai umur 4 tahun. Sekarang memang da melekat kat Sabak Bernam, Sungai Air Tawar. Alamat rumah? Nanti-nanti lah Fara cerita ek? :)


Sekarang korang semua study or dah kerja?

Masih lagi study. Tahun & sem akhir kat UiTM Kedah. Ambil jurusan Pengurusan Maklumat. Bukan Teknologi Maklumat. Harap maklum.


Kerja apa?

Belum kerja lagi. Study la kan? Tapi sebelum sambung belajar ni, pernah jugak kerja kat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), kat foodcourt. PSIS tu dekat ja dengan rumah Fara. Selain tu, ta pernah ada experience kerja yang lain.


Korang suka nombor berapa?

Erm, selalu dok sebut 14, 14, 14. Nah ambik 14 batang cungkil gigi. Nah ni dia 14 bijik gula. Ni 14 kali da keluar masuk toilet. So, suka nombor 14 kot.


Warna kegemaran korang, warna apa?

Dulu zaman sekolah suka warna pink. Maklum je lah kan, budak sekolah baru nak up. Zaman sekolah menengah, suka warna merah. Sampai tali kasut pun warna merah. Masuk UiTM, gila addicted kat warna oren & coklat. Lama sikit suka warna ungu pulak. Sampai sekarang, oren & ungu jadik pujaan hatiku. :)


Sekarang korang dekat mana?

Specifically kat Kolej Mahsuri UiTM Kedah. Bilik nombor F3-02-**.


Adakah korang yang comel-comel yang hensem-hensem ni baik hati?

Baik hati kot. Hehehe :) Kenapa ye?


Kalau baik hati, tagkan 2 orang rakan.

Oh, suruh tag member? Boleh sahaja. Ermm, nak tag siapa ya? Mari kita lihat siapa yang kena!
1) Amalina Rahim
2) Lavender Harum Wangi
3) Mr. Swift


Senyum setelah menjawab soalan.


:D








| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Kalau da tuan pun comel, barang pun mestilah comel jugak kan.

Salam Peeps! :D


Tadi kelas ETR. Apa ETR? Entrepreneurship. Tengok tengok! Da pandai eja lah. Entrepreneurship. Entrepreneurship. Haish =.=" Satu-satunya kelas yang dok mengira. Mengaku je lah ye, sepanjang 3 tahun belajar diploma kat UiTM Kedah ni, tade satu pun subjek yang mengira. Kesian? Huh! Ta payah lah. Pasal da lama jugak lah tade mengira, tadi dok kira darab bahagi peratusan pun, failed! Hancus la kira-kira Fara. Tadi belajar Market Share. Kos Fara sem ni ; ETR, nak kena buat satu proposal untuk develop a business. Dia punya silibus memang ada kaitan dengan business punya kos lah. So, anyone yang ambil kos business tu, sila-sila lah kongsi ilmu ek :) Lepas ni, boleh lah kalau ada siapa-siapa yang minat nak join venture dengan Fara, ke nak ajak Fara jadik business partner, halo halo je lah ye.


Pasal kes mengira-ngira ni lah, tadi nak tanak kena jugak keluar pergi beli kalkulator. Tatau kalkulator tu apa?



Kalkulator tu mesin kira-kira.



Tatau jugak, sempoa. Tatau lagi?


Calculator


Masih tatau? Lu pikir la sendiri! Bukan tu semua yang nak dibelagak kan. Bukan! Bukan! Nak tengok benda paling comel?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nak tengok?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Skrol lagi sikit

.
.
.
.
.
.
.


Ok, da annoying lah tu. Yela weh, nak tunjuk lah ni. Muka senyum lah sikit :D





Tara! Limited edition punya kalkulator. Oren pulak kan. Lagi lah dalam hati ada taman rashidah utama ni ha. Beli kat kedai Popular Sungai Petani. Beli semata-mata untuk kelas ETR. Tape, da habis sem kang simpan taruk dalam frame. Ta pun, encapsulation je kalkulator ni. :)




p/s - Macam Pokemom kan? Lepas ni, habis lah segala benda Fara dok nak kira. Excited lah konon kan.


Ni yang Fara jumpa bila type "Mesin kira-kira" kat Google.





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 16 February 2011

Hey peeps! Jangan kecewa kan hati orang

Salam peeps! :)


Salah ke kalau kita tunggu orang yang memang kita betul-betul cinta dan sayang. (Ok, intro entry ni yang agak jiwang-jiwang dan cintan-cintun). Kalau rasa macam nak terkeluar muntah hijau, silalah dengan hormatnya klik sign [X] atas tu ek :) Mintak maaf awal-awal ye.


Adat lah bersayang-sayang ni kan, mesti ada yang kecewa. Putus cinta lah bagai. Merajuk nak mintak dipujuk. Bila da kecewa tu, ada segelintir yang cepat sangat jumpa pasangan baru. Konon macam nak menunjuk dekat ex kan. Ecewah! Yela, nak fight siapa yang laku dulu lepas clash. Ahh! Persetan tu semua! Ni Fara nak bagi tips, cara-cara nak mintak putus paling mujarab. Mujarab ke? Nak tau berkesan ke tak, boleh lah try in error. Heh, macam lah bercinta ni main baling guli zaman kecik-kecik dulu kan. Aku pantang ni. Pantang jumpa!



Muka merajuk nak mintak pelempang.




1. Bagi tau yang anda minat kaum sejenis. Bawa pasangan yang anda da ta berapa nak sayang tu, pergi jumpa "pasangan" baru anda. Jadik anak wayang sekejap. Bergesel lah, bermanja lah bagai dengan "pasangan" baru anda. Gerenti "pasangan yang da ta berapa nak sayang tu" geli geleman, menggelabah, memekik tengok aksi songsang anda. Cuba lah! :)

2. Cakap kat pasangan yang da ta berapa nak sayang tu, anda ada penyakit kronik yang sangat bahaya. Tinggal tunggu time nak ke'ok ja. Da macam bunyi ayam mati kena sembelih je kan.Ke'ok. Tunjuk la kat dia yang anda punya X-Ray result tu. Berlakon dengan over; batuk-batuk, ta boleh bernafas. Biar bagi dia gerun banyak. Walhal dalam hati mesti dia cakap "cepat lah sikit kau mam***". Gila kejam kan? Siapa? Kau orang lah.

3. Hantar kad kahwin palsu. Letak lah nama anda dengan siapa-siapa ja nama pasangan kahwin tu. Lepas tu cakap ta bersanding kat Malaysia. Lepas nikah terus berambus pergi luar negara. Bantai jela mana negara pun. Letak lah negara yang vogue gitu. Baru lah nampak macam kaya kan.




Nak lagi tips lain? Try dulu tips kat atas ni. Kalau berjaya, nanti Fara bagi tips lain ek :) Jangan lupa bagi respon tau? Taruk kat comment ka, taruk kat cbox sebelah ni kan. Ye.. Tups ni cilok sikit-sikit dari sini.




p/s - Malam=malam macam ni lapar pulak. Haish! =.="







| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 15 February 2011

Banyak kan lah berselawat

Salam Maulud Nabi :)



Alhamdulillah sampai hari ni, I masih lagi di bagi peluang sedut udara yang Allah pinjamkan.I masih lagi dibagi peluang tengok segala warna-warna kat bumi Allah ni.selama hampir 21 tahun I hidup kat muka bumi ni, da macam-macam yang I da buat.kesalahan.kebaikan.weh!padia ni.entry ni pasal Maulud Nabi la!haip! :)


Hari ni 12 Rabiul Awal.hari kelahiran Nabi Muhammad.nabi yang diutuskan untuk bimbing umat islam seluruh dunia.seluruh dunia.ok.punya lah hebat nabi kita ni.umat manusia seluruh dunia.kita yang manusia biasa ni, nak pimpin satu kelas pun ta terpimpin.tu lah bezanya kita manusia biasa dengan Nabi Muhammad ni.bersyukur lah dengan apa yang ada kan.


Selawat nabi ni.yang I dok nak share dengan awak.dulu sekolah, ada ustaz I cakap.kalau nak doa kita sampai ke langit teratas, kena baca sekali selawat nabi.



Kalau dalam majlis ilmu ni, si penceramah tu ada yang sebut Nabi Muhammad Sallaullahu Alaihi Wassalam.kita yang dengar ni pun kena sambut and sebut jugak Sallaullahu Alaihi Wassalam.tapi kalau penceramah tu dok ulang-ulang sebut Nabi Muhammad Sallaullahu Alaihi Wassalam, ta payah la kita tiap kali tu jugak sambut.cukuplah sekali.kan islam ajar umatnya bersederhana.betul kan? :)


Lagi, kalau majlis cukur jambul baby tu.mesti la ada marhaban, baca selawat nabi, doa kesyukuran.semua tu bukan sebab adat sahaja.tapi untuk bersyukur dan ingat dengan segala pemberian dan anugerah yang kita da dapat.kalau sekali kita berselawat, beribu kali nabi bagi syafaat kat kita.berselawat tu kira macam kita ingat kat nabi.lagi pun, berita baik kan kena diraikan.dengan bersederhana dan berpada-pada.



Ada jugak pendekatan dengan lagu.macam kumpulan Raihan tu.ingat lagi kan.dulu kecik-kecik.dok hafal lah segala lagu Raihan ni.mama pun dulu rajin jugaklah beli tape lagu Raihan ni.yang siap ada lirik lagu tu sekali.kat sekolah pun ada jugak kumpulan nasyid yang nyanyi lagu Raihan.lagu selawat tu.ada jugak yang nyanyi lagu kumpulan Hijjaz.


Tapi sekarang ni, da kurangkan lagu nasyid yang macam Raihan, Hijjaz tu.senang cerita, sekarang da tade kumpulan nasyid kan.yang banyak penyanyi yang entah macam-macam fesyen.mm.da akhir zaman la kot kan.berselawatlah selalu.bukan hari ni sahaja.banyak ganjaran yang kita dapat.at least, dapat jugak hapus dosa-dosa kecik yang kita ta sedar da buat.





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Monday 14 February 2011

Love note untuk awak

Assalamualaikum :)


U sihat hari ni?hari-hari yang semalam-semalam pun u mesti sihat jugak kan?baguslah u.senang hati i kalau u sihat, u happy.da lama kita tade contact kan?dekat seminggu jugak.i tamau la selalu contact u hari-hari.kang u rimas pulak kan.kan u cepat bosan.i ingat tau, seminggu tade contact u.u ingat?tape lah, i da tau jawapan u.lagipun kan u cakap kita kawan.so ta boleh la kalau i nak selalu dok mesej u.nak call u pun i ta berani.mana lah tau kan, u sibuk dengan member-member u.kan dorang yang boleh buat u happy.u kan happy dengan dorang semua, lebih happy dari u dengan i.


Sepanjang kita da "jauh" ni, i rasa sakit sangat tau.sepanjang 5 bulan 1 hari ni, i masih lagi ingat u.ta pernah lupa i walau seminit.eceh, ayat jiwang la bagaikan.alah, kan u tau.tu hari i punya la confess segala kat u.punyalah i kasi terbang segala kemaluan i.i sanggup hilangkan kejantanan i.i turunkan segala ego i.i da cukup gentle bagitau segalanya yang i rasa kat u.tapi u, masih jugak macam u yang dulu.suka nak ambil benda serius tu macam hal kecik kan.tu pasal i pun rasa kecik hati.dari dulu sampai sekarang, sama je.tape lah, i yang kena effect tu.u masih jugak tenang, cool.macam selalu.macam mana tu?smile always?:face75:




Dulu.i memang suka bebel.i memang suka cakap banyak.pasal i nak u tau yang i memang sangat care of u.sangat!tape lah, u mengaku yang u suka i bebel-bebel.orang da suka kan, so teruskan jela.masa kita tengah bahagia-bahagia dulu, u ada pernah bagi i LOVE NOTE.i terharu sangat u.i ingat lagi hari tu.i tengah nak sidai baju.ta sangka pulak u tiba-tiba romantik macam tu.pernah jugak satu hari tu, u tiba-tiba bagi i mesej yang macam KEUIWLOCMSGAQ.hati ni bukan je tsunami, tsumawi pun ada.i ingat lagi tau u, semua memori-memori tu.tatau la kalau u da lupa.i da agak.sampai hari ni, hati i ta pernah terbukak untuk lelaki lain.ni kita berdua je tau jela ye.jangan pi habaq kat orang lain nohh!malu =.="


U ingat lagi?malam tu, syawal ke-4 tahun lepas.13 september.i da ta boleh sangat tahan hati.i wish birthday u yang ke-19.then, i tanya lah u.dan i da agak, u memang nak cakap macam tu.i ta sangka, sebab perempuan tu u tamau kan i.u tau apa yang i rasa?ok fine!banyak hari i pujuk u tapi hati u kebal.ke waterproof ha?i pun tatau la.pasal i kan tade peluang nak kenal u dengan sangat.so, bila kita da "jauh" i kena lah faham.dan i cubalah nak kenalkan u dengan perempuan-perempuan yang sangat bagus.niat i baik tau.tade niat jahat tau.agak-agak u tau ta macam mana perasaan i?agak da, u tatau.


Dulu masa mula-mula kita ada sikit gaduh, u hilangkan diri.hampir 2 minggu jugak i carik u.i call u tade angkat.i mesej u tade angkat.u kena kidnap kot.nohh?!i suruh kawan u tanyakan u macam mana.i mintak kawan u korek-korek apa jadik.sampai i yang jadik perigi carik timba.u tolonglah ingat ni, i mesej u mintak u ambil i kat CC.alasan i, sepupu i makan dengan member dia, and i tamau susahkan dia.tapi sebenarnya i nak jumpa u.nak explanation u, kenapa u diam diri.pernah jugak sampai nak balas dendam kat u.memang i marah sangat.tapi ta sampai hati.ta baik kan buat macam tu.i takan la buat macam tu.i bukan gila.maybe sebab u rasa syak kat i kot, yang buat u tamau da kawan dengan i.u takut i betul balas dendam kan?i takan buat lah!


Sampai sekarang, i masih tunggu u.tapi tatau la sampai bila kan?walaupun u selalu ignore i.u selalu hancurkan hati i.u selalu jugak abaikan hati i.tapi tape lah.betul orang cakap, mencintai bukan bermakna memiliki.i masih lagi dalam proses untuk lupakan u.i suka bila u LIKE status i kat facebook tu.at least, i tau u masih ingat kat i.walaupun bukan tu sebenarnya kan?u rasa annoying kan?tape lah u.





p/s - pecah kaca pecah gelas, suda baca harap maaf.sori tulisan ta cantik.




| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 13 February 2011

Contest Kempen Tak Nak Buang Bayi

Salam readers! :)


This is a special entry ok! :) kena perhati betul-betul apa yang I nak share kat semua readers.entry ni pakej sekali dengan contest yang Mr. Syah anjurkan.nama contest ni Contest Kempen Tak Nak Buang Bayi.


Macam biasa lah kan, kalau da nama pun contest mestilah ada syarat-syarat.so, syarat-syarat untuk contest kali ni :


Syaratnya :

1. Letakkan header blog Syah dalam entry anda dan linkkan ke blog Syah.

pembuangan bayi, contest kempen kesedaran, qurratuaini, langkah mengatasi
2. Meletakkan dalam entry dan di siderbar blog anda banner contest di bawah ni dengan link contest.
3. Diharuskan menjadi followers untuk mengetahui perkembangan contest ni.
4. Jemput rakan-rakan blog anda sekurang-kurangnya 5 orang (harap mereka taulah).
5. Diwajibkan menjawab 1 soalan mudah.
Cadangkan 3 langkah terbaik untuk mengatasi masalah pembuangan bayi.
6. Pemenang dinilai berdasarkan jawapan terbaik dan kreativiti dalam penulisan entry.
7. Tarikh tutup pada 28 Februari 2011.
8. Hanya 2 blogger akan dinobatkan sebagai pemenang dan hadiah yang ditawarkan berbentuk buku.





Ok, this is it!

Soalan : Cadangkan 3 langkah terbaik untuk mengatasi masalah pembuangan bayi.


Sekarang ni banyak kes buang bayi kan.ada yang bayi kena tinggal dalam semak, ada yang flush bayi dalam toilet, ada yang bayi dimakan binatang liar, ada yang bakar, ada yang buang dalam tong sampah.ada jugak yang buat cara macam ni.cakap je macam mana cara, semua ada.ta rasa kesian ke kat bayi yang dorang da kandung tu?9 bulan pulak..manusia kan.


So, I nak kongsikan pendapat sikit.cara terbaik nak mengatasi ataupun kurangkan masalah pembuangan bayi.


Firstly, jangan terlalu ikutkan nafsu.memang lah kan, kalau bercinta tu atas dasar suka sama suka.kalau da suka sama suka, lepas tu berdua pulak kat tempat sunyi mestilah akan terjadik something.kalau da nama pun bercinta, paling koman pun akan pegang tangan kan?ok.mula-mula pegang tangan, lama-lama pegang apa ye?then, masa tu da ta ingat apapun dan nafsu pun mula la nak membuak.syaitan berpesta, 2 manusia da bergelumang maksiat.nauzibillah.so, nak elak kan daripada berjumpa atau "dating" dekat tempat yang sunyi , dan kalau nak berjumpa lepaskan rindu, jumpalah dekat tempat yang ramai orang.dekat public.ta pun, bawa sekali orang tua.selagi pasangan ni belun shake hand @ berjabat tangan sah nikah, janganlah nak berjumpa sakan bagai.pastikan ada yang di'limit'kan.


Secondly, kawal hubungan dengan jantina yang berlainan jenis.faham kan apa yang I cuba nak diterangkan kat sini?maksudnya, jangan lah terlalu melayan.terutama kaum hawa.biarlah orang cakap jual mahal.abaikan je apa orang nak cakap.kalau awak tu berkawan dengan lelaki jangan lah senang hati melayan dorang.bahaya sangat.lagi lah kalau ada yang sampai bagi harapan.dibuatnya dia ambil serius dengan apa yang awak harapkan tu, naya cik kak oi.lagi satu, kalau baru kenal seseorang tu, kenal lah dengan sebaik-baiknya.jangan lah sebab sayang kan dia, sanggup buat apa sahaja.walaupun baru kenal 2 -3 bulan.apa yang dia mintak, senang hati bagi.maklumlah kan, kalau da sayang tu sanggup buat apa sahaja.jadi, pastikan kalau berkawan tu tolonglah kawal hubungan awak.jangan terlalu sangat atau bahasa kasarnya "over".so, dengan cara ni kita dapat elak kan hubungan yang ta sihat.dan sekali gus dapat kurang masalah hamil luar nikah dan jugak pembuangan bayi.nampak kaitannya kan?kalau ta nampak, tanyalah ye, nanti I terangkan.


Thirdly, jangan sesekali buang bayi yang awak kandungkan.kalau awak (kaum hawa) mengandung anak luar nikah, tolonglah jangan buang dan simpanlah anak tu.tau kan anak yang dikandungkan tu walaupun luar nikah, tetap ta bersalah dan berdosa.lahirkan bayi itu dengan sebaiknya.kalau tamau terus jaga, jangan dibuang atau dibunuh.bagilah bayi tu kepada orang yang nak menjaganya.kan banyak rumah kebajikan kat luar sana.I bukanlah menggalakkan awak mengandung anak luar nikah dan bagi bayi tu kat orang.bukan sama sekali.mencegah lebih baik dari mengubati kan?jadik, sebelum lagi banyak kes buang bayi ni.jangan lah mengamalkan seks sebelum nikah.sebab apa?paling utama, berdosa besar.berzina tu.tengok apa yang jadik kat luar, sikit sangat bilangan pasangan yang berzina ni tidak mengandung.kalau nafsu tu da ta terkawal, kahwinlah lah.halalkan hubungan.bincang sebaiknya dengan keluarga.fikir semasak-masaknya.janganlah terlalu ikutkan sangat kata hati tu.takan ke mana pun.


Tag :
Nina
Naim
Chuck
Ainie
Miena



p/s- Sambil-sambil join contest, sekali pakej bagi tazkirah sikit.





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |