Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday 30 July 2010

Sambil menyelam, kita berenang

lama suda ta update ini blog.suda banyak sarang labah-labah.suda penuh habuk.haaccuuumm!haish sampai bersin pulak.kenapa?ta payah tanya.ta payah tau.sebab kalau nak masuk je web blog ni,ta habis-habis nak loading je kerja.saja ta bagi aku membebel panjang kan.


itu hari kan aku balik kampung kejap.3 hari je.sempat la makan kenduri.tapi tade *nasi ambeng.kenduri arwah.sempat jugak aku berjalan pergi sabak.meronggeng ke sungai besar.sempat jugak ngedate sama cowok. :) woh2!kesempatan weh.terbaik!tamau taruk gambar kami.nanti ada orang dengki.copy paste gambar aku,taruk dekat blog dia.taruk dekat facebook dia.saja nak bagi malu aku.mungkin manusia tu tengah ambil phD kot.penyakit hasad dengki (-__-") oh2.biarkan dia.


bila suda sampai kedah ni.ahad isnin je kelas.1 kelas pulak tu.start petang isnin yang aman damai,tade da kelas.kelas hari selasa cancel.ok.satu hari aku duduk rumah.dapat lagi berita.rabu tade kelas.haish.24/7 melekat dalam rumah. dan dapat lagi mesej.kelas hari khamis cancel.pukul 10-12 je.tu pon pergi library.tade belajar pon.ish!kalau ku tahu..memang sekarang ni aku ta jejak lagi kedah.memerap jadi ayam perap la aku kat rumah.kalau ku tahu... :'( sabar lah hati.


ok.mulakan hari ceria anda.ok2.hilangkan rasa menyesal anda.dan bersukaria pergi tanjung dawai.2 hari berturut weh.1st day,dengan hana.next day dengan housemate.sangat syiok!mereka sangat best.saya sayang mereka.








ok.mari pulang. :) selamat tinggal tanjung dawai.


dan lagi.discover the new website for photo editing.sambil edit gambar.boleh piknik.walaweh! :)
mari sini dan edit la banyak mana pun gambar yang kau orang nak.sangat simple dimple pimple.just upload selected photos.edit font.frame.sticker.itu ini.dan tadaa!siap.save and uollz boleh upload gambar tu kat facebook ke,myspace ke,blog ke. :)






lagi2!itu hari pergi survey hotel.untuk event dinner lepas raya yang part 5 memang perlu organize.hotel park avenue, sungai petani.sangat besar.dan dijamin event dinner kami akan gempak.tunggu lepas raya nanti ok.dan doakan jela event kami tu succes! :) lagi pulak aku kena handle bahagian props.woh2!sangat susa ini kerja ma.sangat berat.tapi aku ada kawan-kawan yang selalu ada untuk tolong.hopefully interior design ala kampung tu menjadi la ye.aminn.wish luck for us!



*nasi ambeng - ada nasi yang dicetak dengan besen,potong empat.ada mee goreng.sayur campur (tempe,soon.kentang,kacang tanah,etc),ayam masak kicap,keropok ikan,rempeyek. (sangat sedap.yummy!)








bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Monday 19 July 2010

Hoho ta sabar mau pulang.

suda 3 minggu jadi penduduk tetap kat kedah ni ha.ok.lagi specifik la.taman lembah bujang yang indah.fasa 4.kenapa bujang dan indah?sebab student-student ramai jadi non-resident kat sini.dan mereka semua bujang.serta indah-indah belaka.back to main topic.aku memang suka mengarut.mencarut.cencorot. :)


semalam aku called mama.ops.called sekejap.then macam selalu.pakai skrip biasa.


mama.call balik ye :)


heh.boleh pulak cakap macam tu keluar smiley.hah tipu.mama called and mulalah aku nak buat ayat touching menusuk kalbu menikam jiwa hati nurani (-__-") yang konon nak minta kesian nak balik rumah.suda rindu la sangatkan.walhal poyos ahaks je lebih.ok.pujuk punya pujuk.ayat bagi manis.lidah bagi lembut.dan akhirnya permintaan dikabulkan.ngee~~ :) oh.begini rasanya.hatiku gembira.mama suruh beli tiket dengan segera.aku tunaikan impian mama.ecewah.walhal aku yang nak-nak sangat balik.dengan penuh excited esoknya jugak aku ajak hana temankan merempit dengan sopan pergi sungai petani beli tiket bas.2 tiket sekali aku beli.


#1 sungai petani - teluk intan.
22/07/2010.4.15 ptg.

#2 teluk intan - sungai petani.
25/07/2010.8 pagi.


hah.tengoklah.nak balik punya pasalkan.balik rumah 3 hari pun jadi lah.duit ptptn dah end pun aku rela.sanggup.rindu punya pasal.rindu ujang.dalam kurungan rindu ehemm. :p opps! bukan la.rumah *wak aku mau kenduri.kenduri arwah *kakik & nenek.oh.tiba-tiba terasa mau rindu mereka pulak.sobsob :'(


dan housemates ku semua.jangan lah kau orang semua buat parti liar dan parti bogel kat rumah ni ye.tengok-tengok kan lah motor intan payung aku tu.nak pinjam motor?boleh saja.aslkan kau orang isi minyak.almaklumlah kan.aku ni duit da tade.asek nak main jutaria je.hutang berlambak ta bayar lagi.haish.tunggu aku da senang sikit ye :)


sebab pitih-pitih da end (ptptn).aku mau puasa seminggu ni.puasa bulan syaaban.mama pun ada cakap student ni kena selalu puasa.bila puasa ta banyak benda masuk dalam perut senang nak terima pelajaran.sambil-sambil tu praktis untuk puasa ramadan kang.on the same time dapat jimat duit.eceh.da macam ustazah pulak bagi tazkirah kan.tape.kongsi ilmu. :p


ok.mau mandi.suda belengas belenjan petang tadi main volleyball.hana dengan tinah pun da bising suruh mandi tadi.oh.jangan bagi tau ayah ok.ayah ta bagi.tapi kan anak dia sorang ni memang degil keras kepala batu lesung.





mari belajar bahasa jawa
*wak - pakcik/makcik
*kakik - atuk








bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday 17 July 2010

Kenapa perlu nak menipu?

seronok ke kalau asyik-asyik nak menipu?tamau bagitau orang benda yang betul.of course la bukan semua benda kita ta boleh nak expose.takan semua benda nak bagitau orang kan.hilang la privacy kalau macam tu.dan kalau semua nak bagitau macam kentut.


eh.tadi aku kentut.


melampau la kan.ta boleh jugak kalau semua benda kita nak sorok dan mesti tipu untuk cover kekurangan diri.aku ada terbaca satu information.apa dia cakap?


kebanyakan manusia akan menipu untuk kepentingan sendiri.dan 99% daripada mereka buat macam tu untuk menyelamatkan diri


oh.sebab aku da agak besar dan dewasa.ehemm.matang kot.tidak pulak.watsoevah la kan.da macam-macam fe'el orang aku jumpa.orang yang patut dipanggil kawan menipu kawan sendiri.sanggup menipu pointer exam.tipu tahun lahir.konon-konon nak jadi muda setahun.tipu ta ambil barang roomate sendiri.walhal dah habis barang yang dia kebas tu.songlap duit kelas.pura-pura baik suara lemah lembut tapi diri sebenar..haish!nauzibillah..


bila sekarang bila da terkantoi fe'el sebenar kau.da tade yang nak berkawan dengan kau.hah barulah kau nak terhegeh-hegeh.kadang-kadang kau kesian sangat kat kau.tade da teman nak berjalan sama.tade yang nak sembang mesra dengan kau.tade yang nak inform kau kelas postpone.aku cuba jugak nak bersembang dengan kau macam sem-sem lepas tapi ta boleh.minta maaf ok.kau yang sebabkan kami semua buat kau macam ni.kalau dulu kau ta khianat kami semua.ta tipu kami.kami takan buat kau macam sekarang.


insaf ok.aku masih anggap kau kawan.selagi kau ta khianat aku.ta tikan belakang aku.dan janganlah kau nak teruskan lagi perangai macam tu.family kau dari family baik-baik.aku tau.insaf.







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Memang sangat indah bila berfuya-fuya.kan? :)

semalam.pergi alor setar.rumah hana.hajat hati konon-konon cuma nak hantar duit sewa rumah kat rumah hana je.tapi rupa-rupanya.tersasar jauh.haish! (-__-") kami terlajak pulak.TERpergi pacific kat alor setar tu.syok ah! :) oh.mama saya tahu ok.saya dah taubat tamau lagi tipu-tipu mama saya lagi.ngee~

kami sewa dua kereta.


peserta yang join rombongan?of course la aku peserta pertama kan...


nazirah (driver utama)
acap (co-pilot yang tade lesen)
farhana
fara
fatinah
azlan
aimi
aman


mula-mula pergi GIANT sungai petani.aman be;anja kami semua makan kat uncle john.maveles!i like :) da alang-alang orang belanja kan.apa lagi.order jela yang mahal-mahal kan.





sangat indahkan makanan-makanan tu.almaklum lah kan.orang belanja. :)

da kenyang makan-makan.start gerak pergi alor setar.lebih kurang pukul 2 lebih,kami sampai rumah hana.mama dia suda masak.sangat sedap jugak.haish.memang ketat seluar aku.i like!




tumpang makan.tumpang sembahyang.tumpang cuci mata.rumah hana terbaik lah!dah macam rumah aku.dengan ayam bergerak bebas.kucing ala comel-comel.itik gembo-gembo.pokok rambutan.sungai belakang rumah.memang terbaik sangat!macam-macam aktiviti kami langsungkan.wah!langsungkan.ahaks.

makan.


petik rambutan.


miaw-miaw.




jadik model


lagi satu yang unik.kreatif.ta pernah jumpa kat rumah hana.burung enggang. (-__-")


ok.da kenyang makan.kami minta izin mau pulang.ops!pulang ke pacific alor setar :)


kami berfuya-fuya.main game.karaoke.cadang mau layan wayang.cerita mantra.tapi.. :( tape la.lain kali je kan.ok.bersiar-siar.bercuci mata.berjalan.dan pulang.

penat kan.aku tidur.biar naz sorang yang drive.yang penting aku sedap memproses taik mata. :)


driver terbaik!








bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 9 July 2010

Oh memang indahnya :)

itu hari aku ada cakap nak tunjuk gambar rumah sewa kesayangan yang tersayang kan.ha.ini hari pulak memang aku nak tunjuk gambar rumah la ni.mari dekat.mari dekat.tengok la rumah sewa saya. :)


ini jela gambar yang aku mampu nak tunjuk.kang aku pergi tunjuk banyak-banyak.ramai pulak yang menyinggah rumah aku.almaklumlah kan.dalam rumah ni semua pandai-pandai masak.tiptop la wa cakap sama lu.cakap je mau makan apa.western?masak kampung?masak bandar?semua expertise.hahaha.lalala~hah.tengok tu.memang jauh gila la nak berjalan.dari hujung ke hujung dah berapa jauh.haish.kurus la aku macam ni..ngee~ (-__-")


oh.itu hari kitorang masak beramai-ramai.eh.walhal masak merempat berempat je.aku,tinah,hana dan tiqah.wah2!gadis-gadis gorgeous mereka semua.including aku la kan.paling vogeh.wah gitu.ops!tergedik pulak ;) dan.kami masak nasi putih-telur masak kicap-sayur tumis.walaweh.memang terbaik la.tambah nasi memang bernasi-nasi aku telan.hah telan lagi.sedap bro!siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.angkat bakul masuk sendiri. :)


pengalaman la kan.eceh.tiba-tiba pulak nak cerita pengalaman pahit maung manis suka duka dalam rumah sewa ni.walhal ta sampai seminggu pun.ah!gedik-gedik kau fara.beza woo duduk dalam kolej dengan rumah sewa.banyak baik buruk yang memang banyak extravaganza la.apa yang best dan ta berapa nak best duduk dalam kolej?dan apa pulak yang best gila dengan ta best sangat duduk luar?


| kolej |

KESELAMATAN TERJAMIN.pakgad dengan makgad memang tersangat rajin la nak round-round satu uitm.tersangat rajin.kang kejap-kejap dengar la bunyi motor besar dorang.lagi satu ni ha,kalau da pukul 11 malam memang tade la couple nak berdating-dating lagi.especially yang dok berembun dekat foodcourt.memang sah-sah la nak kena halau dengan pakgad yang mementingkan keselamatan dan keamanan dalam uitm tu.hahaha. :)



| rumah sewa |

TERBEBAS.bila dah duduk luar.tade siapa nak control.eh kau jangan pergi situ.bahaya weh pergi sana.balik lambat kang kau kena tulis nama.oh.semua tu tade la dalam diari kehidupan aku sejak banyak menjak ni aku jadik student yang berstatus non-resident ni kan.nak keluar malam balik esok pagi pon macam tade hal je kan.haish.ni kalau mak ayah aku tahu aku bersuka ria bermaharajalela buat semua benda ni.mau dorang tarik balik ego intan payong tu.sure cap jempol dorang suruh aku duduk dalam balik ni.memang very the sure la.

dan lagi satu.nak kelaur suka hati je.dengan housemates la u.ta kan i nak keluar dengan lelaki pulak u.haish.i setia tau u.ngee~bukti nak ke?eh.aku keluar dengan perempuan tau.kalau yang dengan lelaki tu diam-diam sudah la.kita-kita aje.

hah tengok.dengan perempuan kan.the gorgeous hana.sayang hana ketat lah!oh.yang lain-lain menyibukkan diri bershopping sakan,almaklumlah kan.ptptn dorang berlambak lagi.aku ni jadik mak turut je.itu pon nafsu nak membeli itu ini membuak-buak.insaf lah. (-__-")


DUIT SEWA RUMAH.hah!ni yang aku sengal sangatkan ni.memang bila duduk luar duit dengan pantas dan efisyen nak mengalir je.dan dengan pantas dan segera jugaklah ptptn aku mula nak menyurut.hadoi.memang la kena berikat-ikatan la wahai kau perut yang membuncit.dah tade lagi nak pergi koop beli coki-coki makan kunyah dengan sesuka hati aku je kan.mesti lah kan.nak kena pandai bajet duit berapa nak bayar rumah sewa tiap bulan.mana nak topap lagi.nak bayar bil api bil air.biasa lah kan orang bujang yang indah-indah belaka.



dan banyak la lagi benda-benda yang terpaksa diconsiderkan sebagai benda yang memang apa entah yang aku nak cakapkan ni.mengarut lebih. haish.kesimpulan.duduk dalam memang banyak yang baik.duduk luar pon terbaik apa.boleh keluar round-round taman pukul 12 malam.hehehe.cuci mata tengok lampu rumah orang. :)









bye!
| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 4 July 2010

UITM sampah..?hamboi mulut!

ok.maybe aku memang da tertinggal bas.memang lambat tau story ni.tau ni pun lepas gatal tangan klik oh! tidak.


ada ke patut?ta patut langsung..haish!hah!malas aku nak membebel banyak.mari klik sini kalau nak tau apa cerita.dan klik sini untuk jadik fan club.kalau anda berhati panas kerana uitm anda dipandang laluan serong.ada ke patut dia cakap uitm ni sampah!haish.2 tahun aku membelajarkan diri kat uitm kedah ni.ok.walaupun bukan main campus tapi tetap uitm kan..aku ta rasa pun macam sampah.belajar mana pun tapi kalau hati gelap macam belakang periuk hangus.tetap gak ta pandai la der.lu bikin wa panas plak.bapak wa cakap,kalau lu belajar sampai seberang laut tapi kalau hati lu warna da lain macam.lu yang lagi whatthefake.haish.jangan cakap orang ok.mengucap..


dan memang yuran uitm ta semahal bombastic u lain kan.ta semestinya yuran murah,student pun ta berharga.student uitm semua valuable ok.contoh?ramai la der..muqorrobin,farid kamil,hanis zalikha.eh.terhanis plak.ngee~ :) ta jadik nak marah.


ta kisah awak tu student UM ke UKM ke wateva la kan.awak pun student juga.saya pun student jugak.orabn tua pesan;cakap siang pandang-pandang,cakap malam lempang-lempang.mana-mana universiti pun sama.yang penting cara student tu bawak diri.haish.kan aku da bertazkirah.kan..


dan sekarang da tutup kes.orang tu dah minta maaf.dan dia da sedar apa salah dia.jangan buat lagi.ok.


insaf ok.mak awak sedih kalau dia tau awak mengutuk orang macam ni tau..




bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Kami memang sangat bujang dan indah.

dengan ini diisytiharkan..!fara farhana dan kawan-kawan sudah sampai di kedah.or more specifically..taman lembah bujang indah fasa 2,merbok.kedah.walaweh.aku non-resident la pulak sem ni.heh.duduk rumah sewa.dan dengan bangganya..ok.anda menyampah.dengan segera klik-klik pangkah yang kat atas sebelah kanan anda.ha.yang itu la anda.klik sekarang!


dengan barang penuh satu bilik.nak letak 1 tilam dengan 2 toto pon berebut tempat.haish.gemuk la kau fara!kipas dua bijik.meja dua bijik.almari thailand 3 bijik.tupperware baju saya?sumbat la mana anda suka.ok.plug n play yang berselirat dengan segala kejadah wayar+charger fon-laptop+soket triple action active power+selipar baru+bantal yang bertompok-tompok dan segala mala yang macam-macam ada :)


siapa housemates bertuah saya?main room - TIQAH,AIMI ,2nd room - SHAKILA ,NAZIRAH ,3rd room - TINAH,HANA dan yang paling menyemak sekali FARA FARHANA adol razzak.haish.tu pasal la bilik saya jadi sempit.fara yang barang banyak tu yang menyemak. (-__-")


saya minta maaf roomates.saya ta pandai nak mengemas.saya ta pandai nak menyapu.saya suka tidur dan bangun lambat.saya suka menguler menghasilkan tahi mata.saya suka sendawa kuat-kuat.saya ta pandai MENYAPU.saya suka online sampai larut malam.saya mungkin mengigau masa tidur.saya terkentut merata.saya saya tidur ganas dan ta mustahil bangun pagi kaki aku kat kepala kau orang.minta maaf awal-awal ok. ;)


tapi housematas saya,saya akan mengenyangkan anda.saya akan buat anda semua naik berat berkilo-kilo extravaganza sem ni.percaya lah.saya pandai masak tau.awak nak makan apa?telur dadar mari-mari makan telur dadar dengan mayonis ladies choices sheila rosli.ikan apa jenis sekalipun masak macam-macam rasa sampai hilang deria rasa kau orang semua sebab memang aku masak special untuk kau orang.ayam masak kicap pedas dengan lada yang aku blend sampai hancur lumat dengan kentang dan bawang yang dijamin lembut walaupun kau orang makan ta guna gigi.nasi putih yang lembut dan gebu enak dimakan begitu sahaja.ayam/ikan/daging/itik masak merah yang pedas tapi manis dihias dengan cili merah yang segar harum di taman idaman.sardin berkuah dengan kentang yang dipotong 4 mahligai syahdu impiana.sambal bilis+kentang yang digoreng memang pekat-lazat-melekat-padat.dan apa jenis masakan kampung yang kau orang mengidam,aku gerenti boleh masakkan untuk kau orang semua.sebab aku sayang housemates aku!wallah!!aku jamin confirm housemates aku memang akan gemuk mendadak dengan jayanya.


eh.kawan yang duduk rumah berjiran,kalau nak berparty dengan ta ingat dunia kepala goyang-goyang karok.hah.aku lah yang perlu didahulukan ok.ingat aku dalam doa mu.mimpi aku dalam tidurmu.kenang aku dalam memori mu.hutang aku kau ta bayar lagi.terima kasih.


dan berita gembira lagi.saya bawa binatang yang kecik2-comel2-merah-bombastik-sopan-bontot besar-ego.eh.bukan aku la.oh mentang-mentang yang bontot dan besar tu,memang mesti aku la kan..?haish.bukan!nanti aku kenalkan kau orang dengan binatang aku tu ye.kita panggil dia.. "intan payong". :)


family saya tidur 1 malam kat rumah sewa ni.ayah+mama+boy+baby+ujang.temankan aku.kang malam aku nangis nak minta peluk mama. ;] terima kasih family saya.sudah berjalan jauh hantar ke kedah.sudah bawak beli barang rumah.sudah tolong kemas rumah.sudah pasangkan penyangkut tuala+telekung.sudah bersusah payah terpaksa tahan lapar tunggu makanan order sampai 1 jam.sebab kedai makan tu macam hampeh.lembab-lambat-menyampah-sakit hati aku.kesian adik-adik muka dah toya ngantuk+lapar.haish!dan sudah buat macam-macam untuk saya.i love my family.


kenapa mesti bujang dan indah?haish.suka hati saya lah mahu letak apa tajuk sekalipun.kenapa awak nak tanya-tanya ni..?


sebab aku tinggal kat perumahan yang lokasi kat taman lembah bujang indah.kan bujang dan indah tu.sangat indah..ok.selamat bayar sewa rumah dengan duit ptptn yang dah mula nak menyurut.


dan selamat pulang ke negara sendiri argentina.bye!awak sudah hampakan saya,messi!dan portugal pon.jangan cari saya lagi,ronaldo! :'(








bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 2 July 2010

Cinta hati baru

yo!!esok aku bergerak kembali ke kedah.yeah!memang sangat ta sabar mahu pulang ke pangkuan pakgad dan makgad yang sangat merindui aku. (-__-") ke aku yang rindukan kertas saman mereka?


oh.tunggu kepulangan saya ok.sekejap lagi saya datang.jumpa kembali kelas-kelas yang aku selalu mencarik ilmu.jumpa kembali makcik foodcourt.jumpa lagi bangunan-bangunan yang besar dan tinggi-tinggi belaka.jumpa kembali padang yang rumput menghijau dan segar bugar.dan jumpa kembali semua student uitm kedah yang pasti dah ta ingat lagi siapa saya ok.saya pasti anda semua mesti ternanti-nantikan kepulangan saya ok. :)


dan berita gembira lagi.part 5 ni aku duduk rumah sewa.dekat lembah bujang.dengan kawan-kawan kesayangan saya semuanya.saya sayang awak semua.






bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |