Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday 27 March 2011

Lagi cerita si Fasha Sendat. Ops! Fasha Sandha.

Assalamualaikum dear friends! Yang sudi baca, terima kasih. Yang tengok je pun, terima kasih jugak. Naikkan trafik sebelah ni. Btw, tu hari i check emel. Sekali tengok hah amek kau, lebih 20k emel! Lepas da berlama-lamaan tade cek. Pasal i ingatkan emel tu untuk orang bercinta-cinta zaman dulukala je. Dok beremel lah bagai kan. So i anggap tade siapa lah yang nak emel i, pasal i tade partnership nak bercinta. Macam ta laku sangat pulak =.="


Ok, tutup cerita pasal emel. Kita bukak cerita baru. Benda yang lepas usah dikenang. Haip! Sentap mak! Ni ha tadi ada baca suratkhabar Metro hari ni dak? Kalau tade beli, ni meh baca [Metro online] punya. Ta payah nak keluar duit kan. Free. Cuma kena bayar berukben hampa lah tiap bulan noh.


Ni nak tanyalah, hampa kenai ka perempuan nama Fasha Sandha yang sangat berkontroversi. Haish cakap jela padia gosip. Gerenti dia yang tercalon. Calon itu, ini lah. Ish ish ish. * Geleng kepala mak i. Ni dia, tajuk menarik yang i dok carik bila da bayar paper tadi;


"Pinggul Fasha menggoda"
(hMetro.com.my)



Hah tudia. Fasha ni hebat, korang mampu? 5 Artis Paling Seksi. Top 5 wanita terseksi Malaysia. Hah sampai tara tu noh? Si Marsha yang bukan Islam tu pun jatuh nombor 10. Hebat penangan si Fasha ni. Pinggul menarik gitu. Si janda meletup, Rozita Che Wan boleh dikalahkan dengan senang-senang klik jari je. Lain-lain pencalonan yang ditumpaskan mudah Si Fasha ni; Zila Bakarin, Jue Aziz, Nur Fazura, Rebecca Nur Al Islam, Zarina An Julie, Ayu Raudhah dan Nora Danish.


Haish. Sampai macam tu sekali. Ni lah roommate i dok hingaq, orang yang bukan islam pun boleh kalah jatuh kedebak kedebuk keseksiannya dengan orang islam. Macam mana ni? =.=" I pun bukanlah baik sangat, alim pakai tuduh labuh tutup aurat tapi makin pelik dengan manusia zaman sekarang yang perempuan-perempuan ni. Baju depa makin, haish tatau la nak panggil apa. Nak berfesyen pun kan, patut lah weh. Nauzubillah, mintak lah i tade sampai jadik lagu tu. Mintak simpang jugak lah, family i adik-adik i tade buat macam tu.





p/s - Insaf ni, insaf! Ok, no komen.
p/s - Awat hang ingat hang Fasha Sandha ka dok no komen?!







| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday 26 March 2011

U tanya, i jawab.

Assalamualaikum.. :D




Dengan ini, i mengistiharkan bahawasanya... I suda ada FORMSPRING ok?! Ok ye. So nak tunggu apa lagi tu hah dok terkebil-kebil lagi. Cepatlah tanya banyak-banyak. Tengah kumpual air liur nak menjawab ni. Pakai tudung periuk bagi elak semburan air liur i tau :D


p/s - macam mana nak pakai menatang ni entah =.="





Tanyalah cepat, nak jawab ni!






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 25 March 2011

Tatau nak puji apa lagi dah

Assalamualaikum habang-habang, hakak-hakak, hadik-hadik! Sorry lah, time macam ni i ta reti mengeja. Tengah melagha dengan roommate, tengok macam-macam jenis video kat Youtube ni. Ni nak tunjuk satu video yang kira seasoned in the sun lah. Kalau ada siapa-siapa yang pernah tengok sebelum ni, mari tengok lagi sekali. Enjoy! :D








Sangat gila comel lah! Sampai tersenget-senget mulut nak menyebut patah-patah tu. Siap dengan tangan tu ha. Mata terjengil-jengil. Ohohoh adik comel, kakak nak mintak nombor fon boleh kan kan kan? Haish! Comel gila punya lahh! Penat tercungap pun boleh lagi sambung nyanyi. Da jatuh cinta ni ha. Memang peminat Anuar Zain lah budak comel ni. Superb!


Nak tunggu apa lagi, cepat bukak Youtube, tengok lagi video adik comel ni. Dari bayi sampai da besar sekolah tu. Cepat lahh!






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 24 March 2011

Teguran tu boleh, tapi...

Assalamualaikum dear friends! :D


First of all, thanks lah pasal sudi lagi sekali dua kali berkali-kali jenguk dan baca blog i yang entah macam apa ni kan. Thanks sangat! I memang hargai, dan dengan itu i akan pastikan yang i akan komen dan jenguk balik blog korang. Pinky promise nih! Ayat memang sangat skema kan =.="


Sebenarnya ayat ni saja nak ubatkan hati yang tengah luka parah sangat. Yang da mula nak menyampah muntah hijau tu, tahan lah dulu. Nanti karang-karang baru muntah ek. Baca lah dulu entry ni. Kita kongsi sedih sama-sama ek :'(


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Sedih tu perlu bila hati tersentuh.
Parah hati bila pisau bibir yang menghiris.
Bukan aku pinta sentuhan indah.
Ayat manikam kalbu juga bukan.
Hanya tutur yang manis bila diungkap.
Usah menegur jika kau pun khilaf.
Aturkan jalan untuk hatimu yang gelap.
Biarkan aku pilih lorong itu.
Jangan kau luahkan bila kau pun tersasar.






I pernah bercinta, semua pernah bercita. I pernah kecewa, angkara dia. Sampai sekarang hati i separuh kat dia. Tatau lah macam mana nak ambil balik hati i. Nak dibiarkan, makin jadik barah. Sampaikan member dia ada tegur i tadi, maybe teguran dia dengan nada yang baik. Tapi i susah nak terima pasal dia pun bukanlah orang yang good good gitu. Dan lagi, kenapa bukan dia je yang bagi tau sendiri kat i. Kenapa perlu cerita dengan member? Ok, kawan sehidup semati? Huh, matilah dengan dia. Tettt. Hilang mood. Blogwalking tapi dengan muka tade perasaan. Ohoh hati. Sembuhlah cepat.




p/s - Siapa-siapa ada silotip, minta satu. Nak silotip hati ni. Da berdarah-darah sangat ni.




Nah ambil baldi merah ni, sila lah muntah hijau tu sekarang.







| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 22 March 2011

Tips : Tanda-tanda si gadis bagi GREEN LIGHT

Assalamuaikum dear friends! :D


Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk ayang pandai, abang bagi hati. Hahaha. Macam adik-adik pulak, eh macam bercinta-cinta pulak :) Actually, ni entry untuk yang baru nak mengenal hati budi. Konon macam baru nak flirt lah gitu. Ecewah, macam lah i ni becinta kan nak bagi tips kat orang. =.="


Bukan lah bercinta sangat pun, saja nak bagi sang lelaki macam mana nak tau yang si gadis suka kan awak tu. Baca baik-baik tau.




1. Masa kamu (teruna) keluar dengan dia (gadis), gadis ni akan tiba-tiba main-main rambut dia (kalau free-hair), pintal-pintal tudung, main hujung straw. Kenapa? Pasal dia nak goda awak lah. Nak tarik perhatian awak. Konon macam "seducing".


Image from google


2. Masa berjalan ke duduk sebelah ke, mesti si gadis ni akan bersentuhan tubuh dengan awak. Bukanlah touch gitu. Tersentuh. Faham tersentuh tu macam mana? Bahu tersentuh bahu lah cenggitu.

3. Gadis punya senyuman ni hamboi, lain macam dari biasa. Lagi meleret, lagi tersengih-sengih. Senang cerita, lebih lebar dari biasa lah.

4. Walaupun masa tu awak buat lawak lah bagai nak rak, tapi ta lawak pun. Annoying ada lah. Tapi gadis ni gelak lah, punya lah macam benda tu yang paling lawak pernah dia dengar. Kenapa, nak tunjuk yang dia betul-betul bagi perhatian dengan apa yang awak cakapkan. *Walaupun, BORING!


Image from google


5. Gadis ni akan mulakan hubungan. Once she got your number, she'll initiate to text you. Lagi satu, dia punya mesej akan lagi panjang daripada awak. Kira kalau baca tu penat jugak lah kan.

Image from google


6. Kalau awak tade respon, dia akan text awak lagi.

7. Gadis ni akan selalu ada dengan awak, ta kira mana tempat awak pergi. Bukan lah time awak berak pun dia ikut kan. Maknanya dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa awak, walaupun cuma 5 minit je. Hebatkan pengorbanan gadis tu?

8. Dia punya kelip-kelip tu kerap sangat. Masa tengah bersembang dengan awak, satu saat tu 4 -5 kali dia dok kelip bijik mata. Tu pun namanya macam "seducing" jugak lah. Tapi, bukan itu maksudnya! Jangan anggap gadis tu gatal merenyam ok?!






Kalau ada 2 ke 3 daripada yang atas tu, hah, bewar lah ye. Gadis tu memang da jatuh hati jatuh suka kat awak. so, jangan biarkan dia tepuk sebelah tangan. Senang cerita, be a gentleman. Propose her. Ok guys? :D


Kenapa i cakap macam ni? Pasal i perempuan, pernah lah jugak suka kat lelaki. Dan, cuma perempuan je yang kenal perempuan. Betul kan? :D






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Mahal dan berbaloi :D

Assalamualaikum ya habibi! :D


Merbok sekarang ni tengah hujan. Hujan yang kejap datang kejap hilang. Tape lah, sejuk kan. Ni entry i yang ketiga hari ni, rajin sesangat nak update blog. Ganti balik seminggu punya ta online.


I ni jenis yang memang suka mekap lah gitu. Tade lah secara over taruk eyeshadow, blusher, foundation, concealer, lipstick. Sikit-sikit tu adalah kan. Tapi yang paling penting, i mesti pakai eyeliner dan lipstik. Pasal kalau i tinggal 2 benda penting tu, muka i da macam ta mandi seminggu. Pucat habis lah. Mata pun nampak entah macam apa lah tatau.


So, pasal eyeliner i da kehabisan stok, dan pasal i da lama usha satu eyeliner yang nampak macam gorgeous ni. So, lepas da kira duit cukup-cukup, i pun pergi Watsons kat CS Sungai Petani. Minggu lepas ok. Minggu lepas.



Tuuu diaaa. SimplySiti Eyeliner. Harga dia RM29.90. Tapi masa tu Watsons tengah bagi 25% promotion untuk produk ni. So i bayar dengan harga RM22.90. Berbaloi lah kan. Yang lain-lain tu saja nak menyemak jugak, masuk blog owner =.=" Dan i punya stok mekap semua yang biasa-biasa je, murah sangat. Yang ada tanda * tu, i ta sure harga dia. Agak-agak je lah


So, nak tunggu apa lagi. Try lah eyeliner ni. Senang pakai, tinggal tarik je. Nak hilang pun senang. Nak ambil wudu' pun ta perlu nak sental dengan baby oil, bersihkan dengan air je pun da tanggal. Cuba lah, gerenti ta menyesal punya.








| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Menolong tu kan baik

Assalamualaikum dear readers! :D


How's your day? Gembira lah tu. Senyum selalu, tunjuk gigi walaupun gigi u kuning. Tape, yang penting senyum tu apa? Senyum tu sedekah. Pandai! :)


Act, entry kali ni i nak share hasil kerja tangan i yang entah langsung ta menjadik kot. Almaklum jelah, bakat tarak. Yellek! Btw, i buat kerja ni ta silap 2 minggu lepas kot. Pasal minggu lepas i cuti seminggu, seminggu sebelum tu i buat. Hah, pusing kona kiri kanan explanation i kan? I pun ta berapa nak faham. 2 minggu lepas, kalau ta silap lah kan dalam hari sabtu cenggitu. My classmate; Atiqah Anuar nama dia. Mintak i make-up kan dia untuk dinner event. Wallaweh! I kena jadik tukang mekap kejadah ni. Hadoi =.="

Muka sememeh macam ni suruk make-up kan orang?


Er, da member mintak tolong kan, i dengan rela hati campur nervous pun terimalah dengan redha. Bukan dia sorang, sekali dengan roommate, hah lagi lah mampus. Tape lah fara, kita cuba dulu. Huh, penat explain panjang-panjang cenggini. Walaupun hasil macam NUTSFQOIJADG! Hampeh!


Atiqah ni i transform muka dia yang ala-ala chinese sepet-sepet gitu, tenyeh mata dengan kaler black and red. Tengok tu. Dengan blue mascara.


Yang roommate dia, Lydia. I transform mata dia ala-ala barbie cute cute lah kononnya. Pink and green. Lagipun baju die tema kaler macam tu kan. Nampak kan separuh hijau, separuh pink tu.



*Sorry lah, gambar ta berapa nak clear pasal malam. Camera phone i pun biasa-biasa aje. Ta boleh taruk gambar muka, privacy. Mata je tape kan.



So, your comment please....! =.=" Komen untuk improve kan i punya kerja halus ni.









p/s - Make-up muka sendiri boleh lah, tu pun tenyeh-tenyeh je apa yang nampak macam best kan.
p/s/s - Teringin nak jadik macam Vee, the superb make-up artist ke? Dia punya kerja, memang menangis air mata tengok. Transformer habis tu.







| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sekarang ni da boleh kentut kuat-kuat!

Assalamualaikum!


Hah, da baca entry lembu sebelum ni? Dasar lembu kan, hahaha. Sakit lah perut bila ingat balik. Bengong lah bengong. Lepas kena soalan yang macam peluru dok letup-letup tu. Penat i nak menjawabnya.

Saja nak update saja-saja. Nak tunjuk ni, i da tukar header baru lah! Sebelum ni header yang kentut-kentut tu. Sekarang da boleh kentut depan muka. Hahaha :)


Tapi make sure korang ta salah nama i ok, nama i FARA FARHANA tau. Bukan FARAH atau pun FARA FAUZANA. Ok? :D




p/s - Boleh lagi kan cakap terima kasih dekat member yang wish baik-baik sayang kat i? THANKS MY DEAR FRIENDS! :D muahmuah!






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Monday 21 March 2011

Rezeki jangan ditolak

Assalamualaikum readers! :D


Punya lah dok perah-perah jus otak ni, apa yang i nak update kan. Blogwalking sana sini. Tengok Heartbeat punya account, tengok Nuffnang. Selama da lebih kurang setahun jagung lebih ni kan. Alhamdulillah, rezeki i kot lah kan. Ada jugak yang murah hati.





Klik kalau nak tengok berapa earning yang i dapat dapat ok :D Tapi kalau lagi baik hati tu, marilah klik lagi banyak-banyak sini ok. :)








p/s - Thanks a lot! :)





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Lembu oh lembu =.="

Assalamualaikum readers!


Hoh hoh. Excited sangat ni nak menaip. Banyak sangat benda yang nak disembangkan. Seminggu i saja hilangkan diri. Rindu? Ecewah, malu nak mengaku. F I N E! Fine! Eh, sudah lah. Ni nak dok habaq banyak kat korang. Awat i lama da tade update blog. Kat fb pun senyap je. Sampaikan Si Melly (bantai jelah nama kau) tanya kenapa lama sangat i ta jenguk kan kepala kat KakiBloogers ni? Nak tau apa pasalnya? Ni ha lah nak cecite cecite sangat ni.


Lihat lihat lihat! Oh oh jatuh lah saham gua =.="
(Abaikan segala jerawat kat pipi tu. Annoying sangat!)


Minggu lepas jadik ni, hari ahad. Hari yang takan i lupa kann. Kira memori hari-hari terakhir kat kedah lah ni. Berlanggar dengan LEMBU! Hah, jangan nak sorok kau punya gelak tu, lepas jelah. I ta heran lah kalau ada yang nak berguling gelak sakan pun. Erm, gelak lah *angkat kening ta puas hati* Dengan mulut terjuih Jolie pun agak-agak sipi-sipi nak kalah. Pipi pun da tercalar balar macam gitu. Ohoh seksa sangat masa tu.


I dok belah lembu kat tepi jalan, eh bukan. Lembu tu yang saja langgar kitorang; i dengan roomate. Elok-elok je da plan nak buat kona baring, lembu tu dok hentam kami pulak. Apa lagi, kasi langgar sama itu lembu. Harharhar. Lembu ta cedera, i yang berdarah-darah. Hampeh =.="


Seminggu jugak i merajuk balik rumah, merayu-rayu kat ayah. Konon sakit sangat, menangis minta simpati. Walhal ta balik pun tape kan. Eh sukati lah. Rindu ni, rindu!




Untuk member-member yang pesan suruh cepat sihat, makan ubat, rehat cukup-cukup, langgarlah lembu lagi =.=", terima kasih lah banyak-banyak. I appreciate sangat. Macam nak peluk kau ketat-ketat tau :D Sekarang da sihat ok. Da boleh tonyoh lipstik merah menyala lagi gitu tau..







| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 11 March 2011

Take this or you'll be regret! - Filem review

Assalamualaikum readers! :)


Tajuk entry tu macam nak ugut pulak kan? Hahaha. Tade ugut pun lah, saja nak tarik u baca entry ni. Nak bagi satu iklan ke promotion entah ye. Erm, baca je lah sampai habis ok :D By the way, i update ni pakai laptop roommate. Laptop i merajuk, tamau hidup. Tatau lah pasal apa entah =.="


Tadi i pergi tengok cerita MERONG MAHAWANGSA! Oh sangat superb lah. Sumpah tade tipu punya. Ni kali ke berapa entah i dok promote kat orang. Kat facebook, kat KakiBloggers, kat member-member, waima kat dia pun i cakap macam ni. 4 bintang setengah i bagi. Ada entry sebelum ni i letak trailer MERONG MAHAWANGSA ni kan? Hah, ok u lupa! Nak review filem lah konon-konon ni.


Ni lah antara filem Malaysia yang paling syok i pernah tengok, selain serita arahan Khabir Bhatia. Cerita Sepi dengan drama Nur Kasih tu. Tau kan ni KRU Production yang bikin. Telan 8 juta untuk semua kos.


Merong Mahawangsa ni nama Stephen handsome gila tu, dia ni ada sikit darah Iskandar Zulkarnain. Merong ni kerjanya dok belayar dan mesti akan dihalau bila da sampai satu tempat tu. In the same time, the Roman prince; Marcus apa nama entah tu kena kahwin dengan Princess dari Cina. Konon macam nak kembangkan dinasti lah bagai kan. Zaman dulu kan. Maklum je lah. Marcus jumpa Merong masa dorang sampai Goa, mintak Merong jadik penunjuk arah sampai ke puteri cina tu. Dan dari situ lah mula aksi gaduh, bercinta sakan, kelakar, tikam-tikam.


Nak tau lagi banyak, tengok sendiri ok :D



I pergi tengok kat Sungai Petani; Central Square. Ta silap GSC kot tapi dapat harga student. 5 ringgit wa cakap lu. Murah kan murah kan kat sini? Pergi dengan Hana, Tinah, Naz, Acap dan Arif. Dalam panggung jumpa pulak Aman, Tasha dengan Yana. Dia punya skrip memang ta bosan langsung. Kelakar pun ada dengan ayat spontan Si Merong tu ha. Dok speaking pun kelakar jugak. Yang Si Marcus tu pulak ngok ngek nak marah-marah pasal ta faham apa yang Si Merong dengan Si Laksamana tu dok sembang bahasa cina.


Paling-paling yang ta boleh blah tu masa Si Mawas ke apa entah nama tu nak ehem-ehem dengan Si Puteri cina tu. Ayat dia lebih kurang ni "kalau empangan da penuh, ta boleh tahan". Adoi lah, nak explain pun macam panjang sangat. Senang cerita u tengok lah sendiri. Sure takan rugi lah. Pergi lah tengok sekarang! Eh, esok. Tengok tau. Sangat enjoy!


Muka puas hati gila ni! :D


p/s - Nak three thumbs up boleh kan? Pinjam u punya ibu jari satu ek :D






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 8 March 2011

Students Part 6 UITM, take notes!

Assalamualaikum dear readers and bloggers! :D


Tadi petang pakat dengan roomate nak pergi BSN, beli no pin untuk intake degree sem depan. Sekali 15 helai i isi, untuk classmates sekali lah. Gila nak beli banyak-banyak, buat apa kejadahnya? Excited lah ni, nak minta sambung apa. Siap ayah called tadi, suruh itu ini. I mintak tukar kos tapi ayah cakap karang lama sangat, nanti mengeluh lah apa lah kan. Tapi dalam hati ni kan, nafsu muda. Mesti lah nak ikut hati je. So ayah izinkan jugak tapi bersyarat! Bersyarat ok, bukan senang-senang je. Ayah cakap jangan nanti karang mengeluh lama sangat nak habis lah, susah lah, ta boleh nak bawak lah. Hah! Itu je lah syaratnya tapi... Adoi lah hai =.="


Sooo... I nak share lah jugak sikit apa yang i da buat ni. First step u kena lah beli no pin kat BSN tu. Cakap kat banker tu, nak beli no pin untuk penerapan (kalau diploma uitm lah). Kalau U lain, i tatau. Sorry.. Alah, mesti tau kan, macam nak apply UPU lepas SPM dulu tu. Ok, pandai!


Then kat slip bank tu ada satu website : online.uitm.edu.my (ni untuk student diploma dari uitm sahaja tau!) Lepas tu akan keluar macam ni.

Klik kat yang bulat hitam tu. Akan keluar yang macam ni pulak.


Klik lagi yang bulat tu. Keluar yang ni.


Isi form tu dan akan ke student portal. Tau kan kan kan?



Klik kat Application for Continuation of Studies tu.


Nampak yang i petak kan tu, nak nampak semua java pakai lah browser IE ok. I ta suka IE sangat, lebih prefer Mozilla.


Masukkan no pin BSN dan tekan "MASUK". Then akan keluar macam bawah ni. Isi semua form dengan u punya information. Make sure tade salah information tau, kalau tipu kena reject lah ye.

Step 1) Letak your 4 choices. Contoh:


Step 2) Information information!


Step 3) Your parents information dan klik kat "SETERUSNYA"




Ni semua separuh je dari yang i buat. Next entry i akan tunjuk step seterusnya. Ke ta payah tunjuk? Mesti u tau buat kan? Erm.. Tengok lah macam mana nanti ek? Nak tunjuk sekali semua, banyak sangat lah pulak gambar kan. I tengok pun da berpinar biji mata =.="


Nak tengok circular yang kata da boleh kita apply degree? Hah mari klik sini.

Yang ni pulak syarat-syarat kelayakan untuk apply degree. Maksudnya, kalau lah nak tukar kos atau ambik kos yang sama kan, semua ada kat sini. Semua fakulti dalam uitm ada. Gerenti lahh. :)

Good luck! :D



to be continued...



p/s - Agak-agak Hanis Zalikha da apply ke belum ye :)








| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Monday 7 March 2011

My first vlog

Assalamualaikum readers! :D


Sekarang jam kat laptop ni pukul 4:06 am. And i baru je lepas siapkan assignment yang kena hantar pagi karang lah. Tu lah kan, buat assignment last minutes ni lah jadik ya =.="


Erm, entry kali ni i nak share syomething. Hah! Tengok lah ejaan something tu jadik rosak. Hahaha. Kenapa? Tengok jelah video bawah ni. My first vlog. Btw, lama da nak share vlog ni tapi asyik tatau lah nape ta boleh upload. Lepas dapat penunjuk ecewah petunjuk lah sangat kan. Nak share bakat weh bakat! Video ni masa i part 3, kelas BEL311 ta silap lah. Enjoy ok? :D





Pronunciation habis hancur. Grammar macam tett! Muka tahan gelak tatau lah nak kata apa. Control ayu terkenyit-kenyit mata. Dengan tergedik-gedik lagi. Sumpah annoying gila dan sangat memalukan *tsk tsk*


I dengan rela hati nak expose kan keterbelitan lidah speaking new york ni. Dengar baik-baik tau apa pelakon-pelakon handalan tu dok hingaq. Berkerut-kerutlah kening dok nak cover takut salah cakap. Dah lah muka gila confident walhal berterabur. Part yang "exclusyive shyoes" tu tersyasyul-syasyul nak menyebut. Failed! Part yang "I must go, i must go to this audition, i must go!" Adeh, sumpah memalukan =.="


Yang mummy tu pulak boleh tanya anak dia "You wanna be a model?" Hahaha. Da macam Tyra Banks pulak kan. Gila lawak lah :D Dan ta pasal jugak 3 classmates i paksa untuk jadik pelakon extra. Dengan muka bulat sangat sangat sangat, beza kan muka fara dulu dengan fara sekarang. Adoi lah, sakit perut bila tengok balik video ni.


Da la, malu lah macam ni. Kalau rasa nak tengok, teruskan lepas tu janji terus klik [X] atas tu tau. Kalau nak ctrl + F4 pun sangat dialu-alukan. 2 minggu i malu tamau post entry ni.



Credit to : Arif - The "urgh!" jury. Erin - the "i know i know i know" jury. Mummy - mak yang ta sporting langsung lah. Pelakon extra, Wani, Zila dan Sean. The lecturer, Madam 'apaentahlupanama'. Thanks a lot! Dan video ni menang keseluruhan weh. I dapat award best actress dan arif dapat best actor. hebat kan? U mampu? Hahaha. Gila bongkak! :D






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 6 March 2011

Susah benar lah nak fikir tajuk

Assalamualaikum dear bloggers! :D


Entry sebelum ni i ada cakap nak story mory pasal yang pergi research tu kan kan kan? Hah, ok u lupa lah tu. Dan entry kali ni pulak nak tunjuk sipi-sipi cerita je. Kira da bau-bau jugak lah ye. Cukup lah tu. Next entry i'll tell u lah punn. Ok :D


Ok, ni muka tengah bermekap bagai. Bedak pun masih tebal, bibir merah kejung, perfume masih wangi piau, blusher pink sokmo. NURATI tu bukan nama i ok. Pinjam baju orang =.=" Baju i habis da luntur turun warna penangan clorox terhebat.



Tau lapar tu macam mana? Hah macam ni lah orang lapar, tamak gila lah, tengok roti tu. Tett! Time ni kat depan uitm tunggu kereta sewa. 3 jam tunggu! 3 jam kau!! =.=" Ok masih boleh tersenyum lagi :D


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Satu hari berjalan dari Taiping ke Penang. Thanks Aman bagi kitorang berlima tumpang tidur. Terbaik lah mama Aman. Pukul 8 lebih da ketuk pintu dan i masih lagi terbongkang atas katil zaman dulu yang tiang tinggi tu. Alamak! Baru sekarang menyesal pasal tade snap gambar kat rumah tok Aman. =.="


Balik tu naik feri. Feri weh! Feri! Ok sangat show-off.


Nampak angin yang da senget bengetkan tudung tu. Angin jugak yang salah pasal buat muka i gila punya bulat bulat lat. Muka excited naik feri for the SECOND time. Second time je. U mesti da berbanyak time naik feri kan =.="



Driver and the passenger. Sampai kejang kaki i dok main clutch, gear 1 gear 2 kat depan Gurney. Adeh..



Insyaallah, next next punya entry i akan story mory our journey kat muzium, taman apa entah nama dengan zoo. Sekali pakej dengan binatang peliharaan kami ok :D






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Da nampak laut, lupa darat lah pulak

Assalamualaikum bloggers and readers and stalkers :D


Ya memang i mengaku da banyak hari memang malas nak update. Eh, bukan malas lah. Sangat tade masa. Kalau online pun sekejap sangat. Nak menaip entry pun alahai.. Lama sangat nak menaip ni. Maklum jelah, idea ni macam cendawan kembang di kebun cendawan. Bahaha. Ok ta lawak =.=" Kelmarin i baru balik dari research kat Perak. Muzium Perak. Singgah sekali Zoo Taiping, melawat kawan u tu lah. Ecewah, malu kucing pulak. Hah, kucing pun ada. Dia kirim salam kat u :D


Entry ni bukan cerita research ke apa kejadah tu. Nanti next entry i story mory ok :)


Tadi terajin nak tengok apa da jadik kat blog ta famous sangat ni. Tengok dashboard. Tengok blog. Alhamdulillah, da makin bertambah followers. Thanks a lot ok! And i already followed u back! Dan banyak jugaklah yang tinggalkan jejak kat shoutbox sebelah ni. Yang ada link tu i da jenguk blog u all dan siap follow sekali. Dan dan dan ada jugak yang tade letak followers punya box. So, i ta dapat nak follow ok. Sorry sangat2! By the way, i do appreciate all those things! Ada jugak yang ajak i join contest tapi mintak maaf ek. Buat masa ni i sangat busy nak join segala contest. Nanti da free, i join ok :)


Dan lagi satu yang buat i appreciate sangat ialah! Jeng jeng jeng! Si Nina Cadburry ni ha, member KakiBloggers ada buat satu segmen bologreview dan dia dan iklankan blog i. Oh oh oh. Thanks sayang! :) Nanti beli cadburry dan makan banyak-banyak tau.






Thanks Nina! :) Muahmuah!






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 1 March 2011

Filem pecah panggung, mungkin?

Assalamualaikum Bloggers! :D



Ye, memang sumpah i agak sangat busy 2, 3, 4 hari ni. Tatau lah nape kan yang penting memang assignment yang buat i sangat busy. Pagi tadi i baru je lepas satu mid-term test. Dan memang nak mengaku sangat lah, baca notes last minutes =.=" Ta agak lah kan, bagus punya student. Semalam da buat satu lagi rekod baru, tade online lah! Tade Facebook, tade jugak KakiBloggers. Hah, i hebat. U mampu? :D





Entry kali ni nak cerita yang santai je. Nak relaks kan otak lah konon kan. Walhal. Ok, kelmarin hari ahad kelas ETR. Well, kedah kan memang lah ada kelas hari ahad. Ok u tau ni. My lecturer ada tunjuk kat kitorang semua satu movie trailer. Yang memang sumpah sangat superb gorgeous marvelous! Sangat! Trailer apa weh apa weh? Merong Mahawangsa. Oh oh, da jatuh cinta lagi sekali ni. Ta sabar nak tunggu keluar panggung. Gerenti meletup tiptop pecah panggung punya lah. Pecah kepala pun boleh jugak. :D






Keluar panggung katanya 10 March ni kan? Member i yang dok gembar gembur *ecewah gempar gembur* kan, tapi tatau lah bila kan? Ta puas hati, mari klik sini lah punn cepat. Hancur i punya bahasa melayu. Sikit hari lagi bahasa eewww pulak lah yang i dok pakai ni.


So nak tunggu apa lagi. Nanti da keluar panggung, jangan lah buat-buat lupa i. Beli tiket extra satu. Eh dua, lagi satu roomate i punya. Boleh kan? :)






| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |