Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday 20 September 2010

A...P, Q, R, S, T, U, V, W, X, why, Z

kenapa jadi semua ni?
kenapa kau nak buat hubungan ni sedangkan kau tahu satu hari nanti kau mesti nak tinggalkan aku?
kenapa kau ta pernah sikit pun nak jaga hati aku?
kenapa kau mainkan perasaan aku?
kenapa kau ta boleh cuba?
kenapa dengan senang-senang je kau boleh berubah?
kenapa kau tanak bertanggungjawab?
kenapa kau ta boleh setia?
kenapa kau buat aku macam perempuan hina?
kenapa kau anggap aku perempuan jahat?
kenapa kau boleh jadi tade perasaan?
kenapa kau buat aku ni macam tade perasaan?
kenapa kau ta pernah faham aku?
kenapa kau masih pilih aku dulu sedangkan aku da tanya kau betul ke serius?
kenapa kau ta pernah hargai semua pengorbanan yang aku da buat untuk kau?
kenapa kau lebih pentingkan kawan-kawan kau yang bukannya betul-betul anggap kau macam kawan?
kenapa kau terlalu agung-agungkan kawan-kawan kau?
kenapa kau cakap kau lagi bahagia dengan kawan-kawan kau?
kenapa kau cakap kau ta bahagia dengan aku?
kenapa masa kau masih sayang aku dulu kau bagi janji-janji?
kenapa masa kau masih sayangkan aku dulu kau sangat indah?
kenapa dulu kau cakap kat aku "you are my only one i want"?
kenapa dulu kau cakap kat aku "you are perfect for me, dear"?
kenapa dulu kau bagi aku love letter?
kenapa dulu kau cakap kau sayang aku?
kenapa dulu kau cakap kau bahagia dengan aku?
kenapa dulu kau flirt aku?
kenapa dulu kau buat aku sayang kan kau?
kenapa tu semua dulu?
mesti kau da lupa dengan "alert and grab" kan?





oh.patutlah semua ni jadik.sebab..
kau tade da text aku.
kau tade da nak call aku.
kau tade nak panggil aku sayang macam selalu.
kau tade da nak care aku lagi.
kau tade da beriya-iya cakap rindu-rindu.
kau tade lagi nak dengar aku cakap banyak-banyak.
kau da malas layan aku.
kau da tade masa lagi untuk aku.
kau ta pernah tanya aku banyak-banyak.
kau tade bagitau apa yang kau buat.
kau tade da cakap lembut-lembut dengan aku.
kau ta layan aku macam copule sepatutnya dilayan.
kau ta faham aku.
kau ta lagi nak tahu mana aku pergi.
kau ta lagi nak tanya aku da makan ke belum.
kau ta lagi tanya khabar aku.
kau ta lagi nak sembang panjang-panjang dengan aku.
kau da berubah 100%.
kau da ta macam kau yang aku kenal dulu.
kau salahkan aku.
kau cakap kau perempuan gedik.
kau cakap aku perempuan mengada.
kau cakap kau ta suka aku da.
kau cakap sayang kau kat aku da makin kurang.
kau cakap kau ada kenal seorang perempuan.. :'(
dan kau cakap perempuan tu yang selalu ada bila kau sunyi.....





walhal kau tahu kan..
ke buat tatau?
aku selalu ajak kau text.
tapi kau tanak.
alasan kau?
ta suka text sebab tatau apa benda yang nak disembangkan.
ok.
aku faham dan terima.
mungkin betul.
kau nak spend masa dengan kawan-kawan,family.
lepas tu mesti kau sunyi kan.
then perempuan tu datang.
aku pulak kau lupakan.
betulkan?




tape la kan.terima kasih banyak-banyak buat aku macam ni.satu je pesan aku.what goes around comes around.kawan baik kau sendiri cakap.karma.someday,kau akan menyesal and cari aku balik.kawan baik kau sendiri yang cakap macam tu ok.dan jangan terkejut,kawan baik kau jugak yang cakap.kau playboy.kau ta boleh dipercayai.kau banyak perempuan.kawan baik yang kau agungkan tu yang bagi tau aku.tapi kau masih lagi percaya kan kawan baik kau.dan kau terus tinggalkan aku...




aku tade la sampai down yang teramat bila kau pergi.tapi aku sedih.tapi tade guna aku nak terus sedih sebab kau.terus nangis sebab lelaki macam kau.walhal kau sibuk bergembira dan suda makin lupakan aku,lupakan semua yang kita pernah buat sama-sama.




selamat tinggal.terima kasih bagi aku kenal kau.walaupun kau da lupa hari tu.28 mei 2009.lokasi pusat koko sabak bernam.kau pakai baju t-shirt pink.aku masih ingat semua.tapi kau da lupakan semua tu.aku tau..







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Berita gembira semua!especially girls..

dengan rasa bangganya,aku nak announce kat semua gadis yang comel-comel,ta gedik sikit pun,ta mengada walau seciput,mata besar-besar,rasa diri tu lagi better dari aku..sila AMBIL PERHATIAN di sini ok!dan pastikan kau orang semua berminat untuk terima tawaran aku.kalau da awal-awal tamau sila klik pangkah kat atas tu ha.dengan segera.oh by the way,tawaran aku ni perlukan syarat-syarat kelayakan aku.atas tu cuma sikit je syarat-syaratnya.


1- single
2- berminat untuk bercouple
3- tahan hati dengan ketidakperhatian
4- sanggup berkongsi
5- sedia untuk menjadi mangsa


apa tawaran aku?tawaran aku ni juga terbuka kepada perempuan-perempuan yang memang gilakan lelaki la***** tu dan suka nak main tackle dia sepanjang dia dengan aku.tape lah.sekarang kau orang da ta payah rebut-rebut lagi ok.aku bagi dengan senang hati.tapi dengan syarat,kau orang kena la kuat semangat.sebab dia ni lelaki mata bola keranjang.ops!tergedik suda :p


aku tahu ada antara kau orang yang baca blog ni memang selalu nak attack aku kan.ok.thanks atas perhatian kau orang yang selalu nak ambil tahu pasal aku.aku hargai sangat-sangat.and by the way,silalah tackle lelaki pujaan kau orang tu.dia sekarang da single and solo-molo gitu.tapi tatau kalau kau orang perlu untuk berebut juga dengan seorang gadis yang digelar dayah.student kolej komuniti.tinggal kat sungai buluh.ok.ta banyak info yang aku boleh sampaikan.


jadi..ada yang berminat?silalah singgah facebook dia.gambar?aku ta sediakan.dan tertera nombor phone dia kat facebook tu.emel pun disertakan.rasanya ta perlulah aku nak bagi tahu apa nama facebook dia.dan ta perlulah aku nak sertakan no. phone dia.amboi.semua aku nak suapkan.then..silalah! :D


kalau ada yang terasa tu,jangan la pulak nak cop aku ni perempuan gedik,mengada.then cakap ta suka aku,ta sayang aku lagi.terima kasih la banyak-banyak ok untuk semua.delete semua gambar aku yang tertag kat facebook kau.delete segala komen aku.terima kasih banyak-banyak.alasan bodoh kau tu memang sesuai dengan orang macam kau!


good luck girls!






bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 3 September 2010

Nak raya da ek? :D

sikit hari lagi la suda mau raya.suda hari ke 23 ramadan.raya raya raya.selamat hari raya.aku nak puasa penuh ok.PUASA PENUH! :p


mungkin rasa nak raya da sebab macam lama sangat ta update blog kan.dan mungkin juga sebab aku da lama ta baca blog-blog yang di update mereka-mereka.sibuk.sibuk dengan FACEBOOK.walaweh!yibba! :p facebook memang sangat indah.


tiba-tiba pulak teringat kenangan puasa masa kecik-kecik dulu.masa tengah adik-adik comel-comel gemuk gebu.saya malu (-__-")da la gemuk gedempol.makan banyak pulak kan.gemuk macam mana?ta payah la tau.malu gilak babeh!haish.tengahari lepas balik sekolah,mama tade sebab pergi latihan memandu kereta.aku dok kenyit-kenyit freezer.ulang tayang balik air apa aku minum buka semalam.jalan dekat freezer.usha line.line clear!jadik james bond.(background music lagu pink panther.hahaha)yeah time tu drink bebeh!gluk gluk.hah!lega.tinggal separuh air tu.tenuk!teruk!dan yang paling penting mama tatau!pandai kan pandai kan..


tapi jangan risau kawan-kawan.ana suda jadik baik sekarang.suda tidak mencurik minum itu air itu dalam punya freezer.ana suda taubat la.suda insaf.minta maaf kat tuhan sekarang!


teringat lagi.beli baju raya.tudung raya.kasut raya.beg raya.dapat duit raya.jalan kat jalan raya.main bunga raya.eh.bunga api.mercun.meriam.meletop-letop.almaklum lah kan.kampung.kalau tade bunyi babom-babom memang sah confirm sure ta meriah langsung la.


sampai ada satu hari dalam bulan puasa jugak.aku ta sure tahun bila entah.tengahari pulak tu.rumah aku ada cipta meriam paip.paip je weh.haram punya tau illegal :p datang pulak pakcik polis 2 orang.depa p pijak-pijak meriam illegal kami tu.habis meletop.eh.hancur la meriam tu.ta kan nak bunyi babom pulak.aku dengan adik-adik plus mama pon join jugak tengok drama mari pijak meriam bersama pakcik polis.hampa gila hati kami.ta boleh da main meriam lagi.ta boleh da nak main letop-letop walhal kadang-kadang bunyi macam kentut je.puss.. (-__-") sedih sangat.sampai hati pakcik pijak meriam kami? :'(


tu semua zama kecik-kecik secoit je.sekarang da besar panjang kembang.dulu adik-adik kecik-kecik je.sekarang adik-adik lagi besar dari kakak.sekarang da kurang masa nak main mercun dengan adik-adik.yela.kakak kan jarang balik rumah bulan puasa ni.balik tu hari je,awal ramadan.5 hari.ni nak balik lagi hujung bulan puasa.pakej balik sekali dengan raya punya.kakak jauh kan.kat kedah.so,ta boleh selalu balik jumpa adik-adik.eh.ok.buat ayat touching.nak sedih.nak nangis.ah!suda2!nanti kakak balik kita kasi pecah itu kampung.kita kasi letop itu kampung.main segala bapak meriam batang kelapa.kasi gegar punya! :D oh2!ta sabar mau balik kampung.jumpa family.saudara.jiran.


esok pukul 9.15 malam aku start meninggalkan kedah.balik selangor.doakan jela perjalanan bas yang aku naik selamat pergi dan balik.mau raya dengan family.ok :D


dan mungkin lepas ni ta blogging kot.lepas balik kedah baru sambung balik.kat rumah tade line internet.mahal!argh!tension.so,ini blog sebelum balik raya dan selepas balik raya.sekali pakej pergi balik aku bagi.enjoy yah!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN.kalau aku ada termaki terhamun terngata tersasul sepanjang aku berblogging ni.biasa la kan.manusia.minta mak kuih sepotong saya mahu makan kerana perut kosong.nak bagi pantun sikit..



dua tiga ringgit duit raya,
selamat hari raya.hahaha!





eh2.baju raya aku tahun ni kaler pink dengan purple tau.saje gedik nak bagitau.nak bagi kau orang jeles.hahaha!wek :p







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |