Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday 11 July 2011

My new baby for this July.

Bismillahhirrohmanirrohim.





Sebelum nak mula membebel, lebih afdal kalau kita mulakan dengan basmalah. Ecewah, hari ni kita jadik ustazah lah. Bahaha. Apesal pulak dengan fullstop punya sign keyboard ni, problem ke? =.="


My baby!


Actually, tadi I bazirkan duit lagi tengok wayang. Tengok dengan colleague McD, Atirah. Omg omg! I tengok cerita Monte Carlo. Tak tau? Alah, cerita ni lah. Tengok trailer dia ek? :D







Macam mana, ada tak rasa-rasa macam nak bazirkan duit jugak macam kita? Hehe, pakai duit sendiri. Jangan nak mintak duit kita pulak Haish, kenapa entah tiba-tiba bahasakan diri jadik kita ni. Gedik! Oh, by the way lets me tell you the synopsis.

Grace (Selena Gomez), baru lepas grad so dia kumpul duit nak pergi jalan makan angin kat Paris KOTA CINTA gitu lah. Cadang nak pergi dengan kawan baik a.k.a member tempat kerja, Meg (Katie Cassidy) tapi last minutes mak dengan bapak tiri dia suruh kakak tiri Grace, Emma (Leigthon Meester) pergi sekali. Dorang semua pergi dengan satu travel agency ni, tapi pasal syok tengok scenery dari atas Eiffel Tower dorang kena tinggal bas. Da tu, dorang gigih punya berjalan sampai kat satu hotel ni. Mula lah satu lagi cerita baru. Kebetulan muka Grace ni sama sebijik dengan muka anak raja ni, Cordilea. Then, there goes the story.


Kalau I kena tinggal bas pun, sanggup lari macam dorang ni.


Sibuk mengemas lepas nampak Cordilea balik.




Nak tau lagi, tengok lah cerita ni. Sumpah berbaloi. Tengok tau, da tengok kang komen-komen dengan kita ek. Kita? Urghh! =.="





p/s - Lepas ni nak gigih kumpul duit pergi Paris jugak lah.
p/s/s - Konon kat sana senang dapat cinta. Agagaga *tsk*







Mercy,

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 10 July 2011

Palsu ke tak asli mana yang lagi elok. Pirate pun boleh kan?

Senyum dulu, lepas tu jawab salam ni. Assalamualaikum semua! :D



Bukan lah nak cerita pasal cerita Pirate of the Carribean ke apa kejadah tu. Yeah, I mengaku lah kan. Sampai sekarang tak tengok lagi cerita tu. Kenapa? Oh, I busy sangatlah. Ehem, walhal tadi baru tengok cerita Transformer. Tapi tak tengok sampai habis pasal parents I da sampai KLCC, suruh I turun sekarang! Ops, konon lah yang sekarang tu tadi. Faham? Ok, whatever lah fara!




Apa yang I nak share kali ni, kes "PALSU". Macam-macam benda yang palsu sekarang kan? Contoh. Cinta palsu, rambut palsu, duit palsu, kad pengenalan palsu, cerita palsu, dvd palsu. Ops! Kalau yang tu, I hands-off ok? Ehem ehem. Kenapa cinta palsu yang I sebut dulu ke? Oppsie. Oh, btw apa yang I nak cakap kan kali ni, DUIT PALSU. Pernah terima duit palsu? Pernah bagi orang duit palsu? Pernah beli barang pakai duit palsu then u dapat balance duit yang original punya. Yang kalau u tengok duit kertas tu kat tempat terang, nampak kepala sultan? Ok, tu semua orang tau kan.


Actually, kelmarin benda ni jadik sendiri kat I. As i've told u. Dalam entri sebelum ni, I diarahkan manager untuk jadik order taker. Dan dengan senang hati I terima lah arahan. Ecewah, konon macam pekerja yang paling innocence gitu konon. Bahaha, walhal curi makan sundae cone yang tak jadik. Ok, diam jangan bagi tau manager tau. =.=" Tau kan, kat McD kan ada bagi harga istimewa dari pukul 12 tengahari sampai 3 petang kan. Hah, dalam masa tu lah jadik. Of course lah kan, kat Suria KLCC tu, waktu lunch break je mesti ramai gila customer yang beratur. So, kami ni order taker kena pastikan yang customer tak kan tunggu lama untuk di ambil order mereka. Faham setakat ni? Bagus. Teruskan membaca.




Tengah I dok kalut ambil order customer, layan customer yang nak makan burger ni tapi order burger yang tu. Dengan nak kira duit bagi change kat depa. Dengan nak tahan sabar layan macam-macam fe'el customer yang nak cepat, service nak tiptop. Of course lah kan, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. I tanpa sedar ni, eleh konon macam kena pukau walhal I yang tak beware. Careless sangat ni. Hamboi dia, babab karang! I terima duit palsu. Bukan 5 ringgit bukan 10 ringgit. 50 ringgit beb! 50 ringgit. Meh sini I tunjuk bagi besar. RM50! Omg omg! So, nak tunggu apa lagi? I kena ganti lah weh. Aduhai. Bullshit punya olang ar. Saja lu buat taik sama wa. Lepas je jadik macam tu, aduh. Terus kusut otak. Order pun asyik void void void void. Serabut.





So, wahai manusia yang beriman semua. Jangan lah tipu ek. Agak-agak lah, makan kot. Tak halal makanan yang kau makan dengan duit macam tu. Mau berak cirit lah kau lepas ni. Bahaha =.="Siapa yang susah, aku jugak. 50 ringgit boleh tengok wayang 3 -4 kali kot. Jom tengok wayang dengan I. U belanja. Hahaha :D








p/s - Rasa menyesal pulak perabih RM13 untuk cerita Transformer tadi.
p/s/s - Dah la tak logik, tengok tak habis pulak. =.="
p/s/s/s - Tengok cerita Sekali lagi... gerenti tak menyesal. Jom! :)







Rambut palsu Marlyn Monroe;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 7 July 2011

Customer is always right. Buat satu karangan yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Ecewah, da macam soalan SPM lah sangat kan. :D



Oh, sebelum nak mula membebel, kena bagi salam dulu. Assalamualaikum dear readers! :D



Hah. baru boleh start membebel. Baiklah, lepas dapat berita gembira minggu lepas yang buat I senyum sampai kebas pipi. Minggu ni I nak bagi tau lagi satu berita gembira. Tanak tau ke? Tape lah, sila klik "X", thanks! :D


Macam biasa lah kan, pasal larikan diri sampai jauh cenggini dan hari-hari kena lah kerja. Tiap hari I akan serve customers yang pelbagai karenah fe'el yang macam tungkik tettt gitu. Bukan nak racism ke, state-ism ke, apa ke kan. Tapi dari apa yang I perhati hari-hari, customer darinegara arab yang paling banyak karenah. Lain yang dia nak, lain yang dia mintak. Bila salah bagi produk kan, mula lah nak tak puas hati ke nak carik gaduh dengan order taker. Ok, kau memang berhak kan pasal CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT *lah sangat kan*. Walhal semalam aku beli Rotiboy kat Suria KLCC tu, roti da la sejuk, hangus pulak. Tu macam mana pulak kesnya? =.="


Hah ni nak cerita sikit, semalam I order taker lah kan. Kebetulan kaunter sebelah I ni kena serve satu pak arab. I tak tau apa jadik dan tiba-tiba pak arab ni sound setepek order taker kaunter sebelah I "u stupid!" Ok, kalau I mestilah nak control ayu gitu, boleh lah senyum walaupun plastikkkk. Tapi si order taker ni melawan balik. Boleh pulak dia baling duit customer tu. Apa lagi, serangggg! Sampai manager ikut join bertekak. I pun konon macam nak buat-buat tatau lah. Walaupun time tu pun i kena served customer yang macam tettt. Ok, nak control ayu gitu kan. So, sekali lagi senyum plastikkkkk gitu. =.=" sekali lagi.


Yelah kan, bila kita berkerja dekat Fast food restaurant, especially macam Mc Donald, KFC, Pizza Hut, Sushi King, Subway dan seantero dengannya. Mesti lah kita kena bagi service yang baikkk punya. Tapi awak, awak, awak dan awak semua. Nak service baik kan, kena lah baik-baik jugak dengan kami. Nak order tu, sila lah cakap baik-baik. Kalau produk lambat sampai, jangan lah nak tarik muncung panjang sampai boleh kopek kelapa. Apa kata, awak pulak yang ganti tepat kami, serve kami yang paling terbaikkk yang macam awak nak. Boleh??


*image from mr. google






p/s - Eh, jom lah tengok SEKALI LAGI... dengan I.
p/s/s - Mari datang Suria KLCC, kita tengok together-gether. Roger-roger je ek :)


*image from mr. google




Berkali-kali lagi..

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday 2 July 2011

Berita gembita patut dikongsi bersama, tak gitu?

Assalamualaikum w.b.h


Ohohoh. Tersangat happy gila punya babun ni. Adoi keypad ni macam tettt lah pulak. Bengong betul. Spoil tiba-tiba nak sharing is caring good news. Whatever lah kan tapi yang penting sekarang, I nak bagi tau yang results kemasukan DEGREE lepasan DIPLOMA dah keluar. Dan I've got it!


Homaigot homaigot. I dapat sambung degree untuk kos Resources Center kat UITM Puncak Perdana. Shah Alam bebeh! Tak percaya. Kau tunggu lah. Awal bulan 9 kang I daftar masuk sana, tercongok depan mata u. Ok?


Dan tak lupa jugak, congrates lah kat semua member yang dapat sambung degree. Tak kisah lah kat Merbuk ke, Kelantan ke, Sarawak ke, Johor ke. Tahniah lah, kau orang semua memang the best. Ops! The lectures are the best! Tapi yang paling the best-best gitu, mama ayah I lah. Eh, adik-adik jugak. Jiran sebelah rumah. Erm, ayam kampung belaan mama. Oh, kucing ternakan. Orang-orang kampung semua lah. Pakej, senang cerita. :D


Ok lah, nak sambung senyum lagi. Kalau boleh nak bagi gigi emas ni sampai terkeluar gitu. Bye, till next time! Muahmuah! KL, peace yo!




Peluk cium hingus;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |