Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday 30 April 2010

Terima kasih la sangat-sangat!

kenapa ta reply mesej?kenapa ta angkat kol?kenapa diamkan diri macam batu belah terpecah-pecah?kenapa kalau u buka mulut tu,jatuh semua u punya harta karun emas berlian intan payung dalam mulut u tu?


terima kasih banyak-banyak.i hargai segala yang u dah buat kat i.teruskan la diamkan diri macam tu.teruskan usaha.apa u ingat kalau u teruskan diamkan diri macam tu,i pun akan teruskan usaha i untuk diamkan diri macam u.jangan harap la syg..jangan terlalu mengharap sesuatu yang ta pasti.jangan..i akan terus cari u,i akan terus mesej u walaupun sampai satu hari nanti u akan rasa i sangat annoying.i akan cari u.apa u ingat sabak tu besar sangat ke?watsoevah la kan.u ingat i ni apa?kura-kura?lembab..?ok u ta cakap macam tu.memang i fikir bukan-bukan.sebab??!u ta cakap apa salah i.tu pun kalau i ada buat salah.apa salah i?i tersalah cakap?i sibuk nak tau pasal u dengan perempuan tu?heh.MUHAJA la sangat.wateva la!


u marah?i pun tau nak marah-marah ni.i tau u memang sangat la terlebih overdose peramah u tu.ok i tau u sedar u ada i sorang la untuk berkasih sayang la apa kejadah tu kan.u yang cakap ok.ok i memang ta kisah sangat u nak berkawan dengan gadis-gadis mana entah.ta kisah.berkawan la sampai penuh u punya friend list dalam facebook tu..dan sekarang ni?kenapa masih nak diamkan diri.seronok ye kalau buat macam ni.sengaja nak uji hati i.hati i kebal macam kereta kebal?ke jatuh pecah hancur macam kapal terbang nuri tu?eh.ni bukan test atau exam la syg.nak uji-uji otak i.nak uji mental fizikal i.n i bukan kereta alza yang baru tu yang u nak pandu uji atau pun kereta celica yang u nak beli sangat tu.


terima kasih sebab datang dalam hidup i hampir setahun ni.terima kasih sebab u pernah bahagiakan i.terima kasih sebab u layan perangai bengong i,perangai gila i.terima kasih sebab bagi i harapan untuk rasa i ni comel *tibe tibe* (-__-") terima kasih sebab sudi terima kasih dan sayang i.terima kasih sebab tunaikan apa yang i nak.terima kasih sebab pernah dating dengan i.terima kasih sebab buat i sayang sangat kat u.terima kasih banyak-banyak.thanks for everything..


kalau la u terbaca entry i.heh untung la sangat kan u nak baca..i harap u boleh consider la sikit hati dan perasaan kita sama-sama.i ta harap u tunaikan janji-janji u.i cuma harapkan EXPLANATION dari mulut emas u tu SAHAJA!


i ta pernah terlintas nak bencikan u.sikit pon ta pernah terfikir macam tu..boleh ta kalau u pula yang cuba faham i?pleasee.. :'(


i cinta dan sayangkan u sangat.serius!









bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Sunday 25 April 2010

Failed tu ta seronok kan?

sudah selesai lagi satu paper.paper information technology in information agencies.tapi macam ha***!aku salah jawab soalan.lain jawapan nak.lain jawapan aku bagi.haish!watthefake betul.memang dah sure-sure la aku hilang 20 markah.terang lagi bersuluh memang ta gelap langsung la.tinggal 40 markah.dan persoalannya kini ye tuan-tuan dan puan-puan.very the sure ke 40 markah tu aku boleh score? :'( aku rasa memang sangat down sekarang.sangat jatuh.sangat rendah.dah la memang rendah.


MISS YANA..tolonglah.kesian la kat student mu ini.miss kan comel,baik hati,putih.bukan nak kipas miss sampai sejuk menggigil-gigil.ish.tade la saya nak buat macam tu miss.ta elok.tapi miss tolonglah jangan bagi saya FAIL!hah kan dah besar pulak.macam betul je nak fail ni.haish tercakap fail lagi.oh lagi sekali..perkataan yang sangat puaka tu.gila seram.macam ada hantu pulak yang tengah pegang banner penuh perkataan "FAIL" (-__-")


apa fara ni.tu la,jawab main-main.berlari sana-sini dalam exam hall tu.haish.mana ada.saya budak baik tau,sopan santun,lemah lembut.sedih ni weh sedih!sedih sangat.hai la uitm,kenapa la awak punya lecture kos pengurusan maklumat ni buat soalan yang macam $^$@)*%^*.dah paper warna pink.senior kata paper pink soalan memang macam %&))*#%() pulak.omar.eh.omak!tolong la eden...


kawan-kawan,doakan aku ta repeat sem depan.isk.isk.alahai sayang... (-__-")




saya ta nak repeat paper INFORMATION TECHNOLOGY IN INFORMATION AGENCIES sem depan!






bye!


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Saturday 24 April 2010

Gatal dah sekarang! ♥

heh.i've got a love letter.ngeh ngeh :)




oh tapi dalam mesej jela.sweet ♥..urgh gatal-gatal!apa isi kandungan love letter a.k.a love message ? :) ada la...poyo habis la.amboi dia ni..almaklumlah dulu-dula masa zaman muda-muda *aiseh macam la tua sangat kan (-__-") mana la ada nak bagi.dulu aku ta cantik.ta comel.ta gemuk.ta gatal.haish tapi sekarang extravaganza gatal!


syg..kalau u terajin nak baca blog ni.thanks :) thanks for the love letter.i do love you too.ok aku tau dah ada yang menyampah dan kejap lagi nak click kat sign pangkah atas tu kan..eh2.tengok la daisy path sebelah tu.sudah berapa lama kita together-gether?bulan depan anak kita dah setahun la (-__-") ish anak kucing kat rumah u tu la.ta boleh ada anak-anak ni.belum nikah.haram...



dan tiba-tiba aku sangat teruja sebab nama aku FARA FARHANA.sangat teruja dan excited gila babeh ni!terima kasih mama dan ayah memerah keringat dan jus otak pilih nama anakandamu.nama yang sangat best.untuk aku la der..kau orang mesti la nak cakap nama sendiri yang terbest pulak kan..



haish si fara ni..gatal merla hang sekarang naa..ish mak aku tau aku gatal macam ni memang nak kena dia la.







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 23 April 2010

Boleh potong tangan mr pencoriks?

semalam aku dapat cerita.hot story.tengah panas macam baru keluar dari kuali yang tengah berasap-asap tu.hanna,aimi dengan tiqah bagitau rumah sewa adii aqmal,ili fahmi dan housemate kena pecah masuk.dan almaklumlah kan,dah pecah dan masuk ta kan nak tengok je segala aset dalam rumah tu.of course la pencorik tu semua mengambil segala barang yang mereka sukai tanpa segan silu.amboi pencorik ni.jahat ye.tangan potong kang!



dengar-dengar cerita 3 laptop plus 2 desktop kena tibai.heh.gatal tangan punya pencorik.dengar cerita lagi charger phone pun pencorik-pencorik tu kebas.aiseh mr pencorik,tade duit dah ke nak beli charger phone?heh.kesian la kawan-kawan saya.pencorik tu pecah masuk time kitorang semua tengah sibuk-sibuk exam paper PUAN HAZIAH pulak.haish.ni yang nak marah ni.marah betul ni.grrr!jahat korang ye.



bila fikir-fikir balik,seram pulak aku rasa.sem depan memang la wajib harus jadik non-resident.tade dah penempatan dalam kolej ni.selamat tinggal masria sayang.selamat tinggal bilik kesayangan (m3-01-17).bye baby.. :'( takut seh.perempuan pulak.duduk rumah sewa.kang kalau jadik pape yang ta diingini macam mana weh?huahuahua!



kepada kawan-kawan saya,jangan sedih-sedih.aku tau perasaan kau orang semua.nanti lepas polis dapat detect siapa ahli-ahli geng pencorik tu, kita semua pakat tibai dengan batu laut yang besar gedabak tu ramai-ramai ye.ish!aku geram ni.amboi dia pencorik ni.nak kena dia..!







bye!


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Akim-Inilah Cinta Official Music Video [HQ]

hoh.syok ah!betul-betul ho liau :)
sangat comel.bear besar punya!!



| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 21 April 2010

Kenangan silam aku dan dirimu

tengah duduk-duduk mengadap laptop satu hari.maklumlah kan,exam sudah langsai :) ku google-google segala gambar dalam laptop ni.dan ku jumpa gambar zaman dahulukala.tersebutlah kisah...ngeh ngeh.



ohoh.ala comel-comel.budak gemuk timbang sampai tercabut segala nombor ta larat nak menampung keberatan aku dulu.ta malu.sampai sekarang timbang jem kalau aku naik.dulu kini dan selamanya :(



petua kenapa saya sangat GEMUK?mama bagi saya makan satu hari 14 ratus kali.sepanjang hari aku baring terkebil-kebil.nangis mama sumbat susu.nangis lagi mama bagi punting.nangis lagi sekali mama peluk pujuk-pujuk dan tertidur.ish!macam mana badan ta mengembang extravaganza?sampai sekarang.sudah sangat termanja dengan belaian kasih mesra.eceh macam lagu pulak. :)



*tengok ah budak yang gemuk macam tayar machelin.berketul-ketul.sangat tough (-__-")


*heh.ada lagi?tsks.tsks.


*aish.kakak lagi comel ni.apa citer der..?


*oh kawan-kawan lama.. :)








sekarang?heh.ta sanggup nak tengok lama-lama.dah macam gajah beranak sulung.eceh.adik manis sudah ada handphone.no good.ta mau macam ni.mengarut! (-__-")



have a very nice day.







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Calon-calon hebat

heh.sudah selesai satu paper exam.dan agak sedikit lega ye.ada tiga lagi paper yang sedang menunggu ku.ohho.aku pun tidak sabar mau ketemuan dengan paper-paper exam yang lagi 3 tu.mana?hah.cepat la datang sini.macam berani (-__-")



ohoh.terima kasih la kepada lecture saya yang kecil molek,sudah bersusah payah mengajar saya dan kawan-kawan yang sama-sama otak bebal degil,diajar tapi buat muka hampeh.oh.saya ta ye.saya sangat baik :). oh siapa gerangan lecture saya yang sangat comel molek manis-manis.eh.bukan nak kipas ye minta markah lebih untuk carry mark dan 4 flat untuk paper OI ni.ngee~PUAN HAZIAH,the most sporting and friendly lecture ever!yeah!!million claps to her..thanks banyak-banyak puan,bersengkang otak menahan marah sebab kitorang semua ni sangat la bebal ya amat.mm..markah carrymark tu bagi lebih sikit puan :)



eh.bukan bermakna aku suka-suka kipas puan sampai menggigil sejuk ye.bukan.no good..lecture-lecture yang lain pun baik dan sangat memahami kitorang jugak.MISS HAZILA,MISS YANA,ENCIK HAFIZ dan yang tengah bujang-bujang ni;ENCK SUFI!heh.gatal fara.diam!ta dinafikan lecture-lecture saya semua baik-baik belaka.bagi assignment pun ta susah sangat.sangat menggembirakan :).walaupun kami terpaksa bertahan la tahi mata dari diternak sebab nak bagi siap semua yang yang sangat berduyun tiba.eceh.walhal tiap kali on laptop,tiap kali tu jugak la on facebook.ceit podah tambi maniappa!



err..sebab agak gembira hari ni sudah habis satu paper exam ; ORGANIZATION OF INFORMATION.heh.dengar nama subjek pun macam sangat sadis je.gila la seram kejam extravaganza.agak-agak berapa point boleh dapat?no komen (-__-") paper yang assignment individual sangat sempoi.wehho.handwritten je de..rock de :)



dan untuk paper yang seterusnya,calon-calonnya..jeng3...

25 APRIL 2010 - INFORMATION TECHNOLOGY IN INFORMATION AGENCY. (MIZZ NORYANA)
heh.apa benda yang technology sangat tu.computer ke?agency tu pulak pasal apa entah.agensi cari jodoh kot.ta pun agensi yang buat pakej pergi umrah.tsks.tsks.apa-apa jela sayang oi :)


29 APRIL 2010 - FOUNDATION OF RECORDS MANAGEMENT. (ENCIK HAFIZ)
ceit.nama subjek favorite pun lupa ke?ceh2.tiba-tiba terfavorite la sangat kan.walhal kat kelas bukan main ternganga-nganga airliur menitis-nitis ta berapa nak faham kan.ngee~ohho.apa rekod-rekod ni?entah (-__-")


6 MAY 2010 - DIGITAL RESOURCES CENTER. (MIZZ HAZILA)
digital?oh kamera digital tu ke?ohoh.pandai la sangat kan.adik-adik semua,maksudnya tu pusat sumber digital.heh.ni kalau MISS HAZILA baca ni memang nak kena senapang pakej pelempang serampang dua mata ni.punya la miss ajar sampai terkeluar nak tekak.ish!maniappa!!


dan selamat maju jaya kepada fara farhana dan rakan-rakan yang lain.selamat la dekan sem ni ye..amin :)







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 7 April 2010

Selamat berjumpa kembali sayang

lulalalulili :)



2 minggu lagi kita akan ketemuan.oh kertas-kertas exam yang sangat ku rindui.memandangkan kita sudah hampir setengah tahun ta jumpa,akhirnya akan terlepas rindu di dada.watsoevah!mengarut pulak. (-__-")


oh tapi sebelum kita bertemuan,i nak jumpa darling i dulu ye.di sabak :) wah2!i like~siapkan assignment yang setiap hari aku mentionkan kepada semua orang yang bertanya.yang setiap hari aku mengadap microsoft word ni sampai mata lebam-lebam.ohoi..minggu yang paling sakit.*sakit pon sempat jugak on9 facebook,post blog. presentation?3 presentation ahad akan datang ni dan 1 presentation esok harinya.wah2!sangat meriah.berbaju kurung macam nak pergi kenduri kahwin.


oh2 btw.cakap pasal kenduri kahwin,tema dinner part 5 sem depan "1 malaysia di kampung kita".nama macam ta best kan?tape2,nanti kejap lagi kitorang pakat ramai-ramai tukar nama tema bagi gempak habis la.jemput-jemput datang kampung dalam hotel ye :)


7 hari lagi aku balik.7 hari lagi jumpa family,jumpa darling saya;epy.tu berita gembira.berita ta gembira?14 hari lagi untuk exam.oh!sangat rindu exam.bau kertas yang semulajadi.bau dakwat pen yang wangi.bau exam hall yang mendebarkan.jengjengjeng...dan jari yang akan bersiap sedia untuk kematu menulis jawapan exam yang panjang berjela bahagian essay.get ready babe!


oh2.teringat zaman sekolah.ececeh.macam la dah tua sangat kan.tiap kali nak exam,baru terhegeh-hegeh buat study group.buat exercise maths.buat essey untuk soalan bahasa inggeris.baca satu kamus bahasa arab yang tebal tu.berat pon iye gak.ha..time exam je mesti ada bahasa isyarat yang kitorang semua guna.dah pakat-pakat sebelum exam ni.


get ready calculator yang boleh taip alphabetic tu.dan..bermula lah sesi mempassing jawapan kat satu kelas.oh.cikgu ta tau ye.kitorang licik dan professional.hee~ trick lain?time exam cikgu ta nampak or buat-buat ta nampak je,mula lah kitorang menjalankan propaganda yang terbaik.psst!soalan no 3a apa weh?soalan esei yang bahagian b tu apa point?aha!sangat hebat zaman sekolah.ta pun,before exam start,kitorang dah plan awal-awal.sebab ada soalan yang kena pilih A,B,C,D kan..A tunjuk kat dahi.B tunjuk kat pipi kanan.C tunjuk kat pipi kiri.D tunjuk kat dagu.zaman muda-muda :) sangat rindukan kawan sekolah.gaduhbalingkerusilempangpipigigittangan.muahaha!sangat rindukan kawan-kawan sekolah.sangat rindu teramat.




hah!mana aku dapat gambar nostalgia ni?terima kasih la hakim nasnan sahabat lama saudara mas cotek.tengok-tengok aku tu.beza memang berbeza.dengan muka innocent ta pernah buat salah.ala-ala putih berseri suci murni.dengan baju kuning tudung labuh.ala comel-comel anda sekalian.alahai.gadis sopan.hakikat sebenar?


*urgh!muka perempuan paling selebetselekehserabai!dislike!



perempuan joget.lalala :)


sudah-sudah.siapkan assignment berlambak bergunung-ganang ni.








bye!


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Friday 2 April 2010

Homesick

2minggu lagi.tapi rasa macam lama sangat.tiket dah beli.nak balik.nak balik.nak balik!kenapa rumah aku jauh sangat ni?kenapa rasa macam susah sangat nak balik rumah ni?kenapa?!

saya mau pulang ke rumah saya yang dah berpuluh ratus hari ta balik. (-__-")

baru jauh kat kedah dah kecoh merengek-rengek kat mama ayah nak balik.baru kedah tu.konon-konon nak belajar sampai oversea.podah.kalau belajar kat oversea entah macam mana la kan.entah aku dah mati kejang sakit "homesickbia" a.k.a sakit fobia lama ta balik rumah.adoyai..


kenapa aku mengada-ngada nak balik rumah sangat?



1. RINDU
--> dah nak dekat 2 bulan aku ta balik rumah ni.macam mustahil pulak la kan kalau tade perasaan rindu gila babeh ni.ta pernah dalam sejarah selama aku study kat kedah ta balik selama yang macam ni.rindu kat siapa?family la very the of course dan sayang ku; epy.rumah aku lagi la rindu.rindu dengan katil yang dah penuh dengan bau aku.rindu dengan bantal selimut yang dah penuh peta kepulauan maldives tu.rindu dengan kampung ku yang sangat la hangatpanasmeletup.


2. PENAT

--> hari-hari aku mengadap katil,bantal,selimut yang sama dalam kolej masria yang sangat tercinta ni.sudah penat sudah bosan.bilik ni pun tengok aku hari-hari pun dah menyampah sampai muntah hijau kentut berdarah.watsoevah.penat sangat tiap pagi bangun awal kena pergi kelas yang memaksa aku naik bukit berjalan langkah tangga yang bertangga-tangga.aku dah penat tiap pagi,lepas hujan mesti bau benda yang sama.perfume yang paling laris kat kedah.bau getah sekerap.adoi.sangat "segar" (-__-")


3. STRESS
--> ni lagi satu sebab surat menyurat yang paksa aku nak sangat balik rumah.tension dengan keadaan sekeliling.sejak banyak hari ni macam-macam benda jadi.fe'el manusia yang sepatutnya dipanggil "kawan" yang makin lama makin buat aku menyampah.malas nak cakap banyak.tambah dosa,tambah sakit hati.


4. ASSIGNMENT

--> memang la ta dinafikan standard la student bergomol dengan assignment tapi aku rasa macam assignment sem ni macam terlalu banyak dan ta siap-siap.ke aku yang malas nak siapkan assignment ni?aku kot (-__-").nasib la assignment individual semua sudah complete.tinggal yang group je.tapi berapa banyak?5 assignment dan 4 presentation..lalala :) senyum cik oi.senyum lebar-lebar :)))) dengan presentation lagi.test kuiz.uikss.lebam mata aku tiap hari menyiapkan assignment ni.*oh,sambil on facebook.mama!help me..tape fara,sikit lagi..sikit je lagi..


5. NAFSU
--> satu lagi sebab yang buat aku makin meronta-ronta.aiceh.meronta la sangat kan.nafsu serakah kebinatangan ni yang buat aku nak balik sangat,syaitonnirojim ni la yang hari-hari dok menghasut aku suruh balik.ish.syuh syuh..wahai syaiton-syaiton sekalian,minta la tolong sangat-sangat.pergi-pergi.main jauh-jauh sana..jauh la jauh..kurang asam jawa kau syaiton-syaiton..



dan berakhirlah segala isi surat menyurat saya.nak balik!!sudah sangat homesick ni.ta boleh tahan terpaksa tunggu 2 minggu lagi.saya tahu mama ayah adik-adik saya lagi berdouble dacker rindu gila ketat-ketat sama saya.. :'(


tape uitm.2 minggu oh ta,12 hari lagi akan kau ku tinggalkan,berpisah la kita.kau cari la pasangan yang setia bersamamu.selamat jalan romeo..







bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 1 April 2010

Oh tidak!

tadi aku belek-belek la facebook sebab da dapat internet access.tekan punya tekan la kan,aku terjumpa satu website ni.sila tekan dengan bangganya.bila ku klik-klik dengan teruja sampai lebam,banyak gila benda yang buat aku meremang.sila tekan.sila-sila tambah lauk.. (-__-")

jangan lupa klik web oh! tidak.com ni.enjoy!








bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |