Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday 29 December 2011

Kanak-kanak Ribena yang dah makin mem'besar'. Mungkin :)

Assalamualaikum w.b.h:)



Macam biasa lah kan, nak mula kan apa2 kena usap salam dan jugak apa? Apaaa...? Alah, lambat sangat. Pape hal pun, kena baca basmalah dulu. Bismillahhirrohmanirohim. Bagus :)


Memandangkan 2011 dah nak tutup tirai, 2 3 hari lagi kan. Jadik, selamat tahun baru lah nampaknya kan. Tak perlu lah nak list kan berapa banyak azam tahun baru. Pasal azam tahun lepas kau pun tak terbuat kan. Tahu lah weh, pasal I pun sama. Hahaha :)




By the way lah kan, hari ni my birthday. My 21st birthday. 29 December 2011. No offence lah ek, takde pape sambutan. Bagi I tak perlulah nak sambut birthday, sama je kan. Umur makin meningkat, jadik perangai pun kena lah sama dengan umur. Be matured, supposedly. Ye tak. So, dengan ini I nak istiharkan. I dah 21 tahun. Yeay! Ayah I boleh pulak buat joke nak bagi I freedom key. Oh my! I tak nak ok. I masih perlukan my parents untuk buat keputusan bagi I, untuk tentukan apa yang I perlu buat. Maksudnya bukanlah dorang yang 100% tentukan hidup I. Tak boleh macam tu. Terkongkong mungkin. I masih perlukan my parents' opinion, advices, supports, guidance, bla bla bla. Lebih kurang lah cenggitu. Ye tak? :)


Baru nak rasa pegang title Sweet 21, pejam celik bangun tidur taik mata, dah masuk tahun baru 2012. Takpe lah, rasa jugak kan. Ermm, pasal kunci pulak. Kau kunci cintaku di dalam duitmu kocekmu :D 




Selamat tahun 2012. 




p/s - Moga kelasssss pertamaaaaaa I tercapai :)







 Sweet 21;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 20 December 2011

Report

Assalamualaikum.
Entri di pagi hari yang sepatutnya I masih melingkar kat katil.




Ahad semalam I dengan classmates (few of them je. 4 orang.), pergi pasar pagi dekat Seksyen 13 tu. Dekat2 dengan Stadium Malawati tu lah, stadium kerang pun dekat jugak. Taktau kenapa boleh lekat nama kerang tu, mama I yang letak. Hehehe. Oh oh. Kitorang memang saja dah awal plan nak cuci mata tengok pasar yang sangat besar dan penuh dengan barang jualan. Yang paling syok, banyak MAKANAN! Minuman pun ada, cendol :) Wordless Story.

 *tu nampak guard garang belakang artis?







Then, after some of our money being flew, kitorang mendrift pulak pergi PPAS. I'd mentioned about PPAS in the previous entries right? Lupa lah tu. Takpe, mari tengok apa PPAS tu, sinisinisinisiniiiiiiiiiii. Konon nak study untuk test on the next day lah, tapi hati cakap lain, otak suruh lain. Memang tak jadilah. Besides, classmates pun nak carik few references for their assignment. I sebagai drebar yang comel ni, ikut jela apa bos2 besar suruh. Seriously, staf2 kat PPAS sangat kekwat ok. Macam lah dorang takde RFID gate sampai nak kena taruk beg kat luar. Eh, even I langsung takde any experiences handle or work in library, but I stiil have some knowledge lah pasal library management semua. Bukan riak, kecewa dengan servis dorang. 

Picture I love most. Always
 

Sudah, next location. GIANT Seksyen 13 pulak. Saja menyinggah, tapi sempat jugak rembat toiletries yang dah out of stock. 2 hari kot I tak syampu rambut.Nak menahannya, faham2 jela =.=' Merepek pusing roundabouts yang bersepah kat SA ni semata2 nak carik OleOle Mall, nak karok punya pasal. Tak pasal abang kereta sewa dok marah2 suruh pulang kereta cepat2. Adeh.


Apartment mewah I. 



P/s- Ok nak study, test pukul 2 petang ni.



Drebar berjaya;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Monday 19 December 2011

Wordless Story

Assalamualaikum w.b.h. Ahlal wasahlan? Alhamdulillah.





Kalau korang sihat, jawablah macam ni. Alhamdulillah, ana bi khoir. Ececeh. Jadik ustazah pulak ajar bahasa arab kan. Dulu I kan sekolah agama, sekarang ni pulak ambil third language pun Arab jugak. Takpe, ayah I cakap bagus balajar bahasa Al-Quran ni.Tapi takpe lah, belajar bahasa lain pun elok jugak kan. Tambah ilmu. Hah sudah2, melalut meraban pulak =.="


Yeeeeee, hari ni I mau kongsi satu cerita yang kurang perkataan. Wordless story. Macam mana? Macam trademak Yuna tu 'Setiap gambar ada lagu'. Trademark I pulak, 'Setiap gambar ada cerita'. Cerita yang akan menyebabkan ada LAPAR! Mehh tengok apa kejadah sebenarnya yang pompuan jawa ni dok merepek?












 Kalau lah PTPTN I masih berlamabak, memang dah rembat 6 7 ni =.="






BigFood;


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 8 December 2011

Tolong eja tiap ayat dalam entri baik-baik, boleh?

Assalamualaikum :)



Sebelum mula nak mengeja ayat dalam entri ni seketul-ketul, tolong bagi crystal clear otak anda dulu. Tolong faham setiap ayat yang bakal anda baca. Boleh kan? Sangat senang permintaan I ni.

Shes written bout me in her blog (Anda, 2011). Tak sangka anda baca blog I. Hahaha, Terharu ni, walaweh. 


Firstly, sila faham baik-baik ok. I tak pernah terlintas untuk sesekali benci anda, like you thought. Faham? Macam kat dalam wall post anda; ....she hates me, she mad, damn bout me (Anda, 2011). Eh, I tak benci anda lah. Tapi marah tu memang lah ada. Impossible sangat lah kan kalau kita tak ada rasa marah, tak normal lah. Anda pernah cakap macam ni kan? Lupa? Oh, anda kan ada penyakit Short-term memory loss, tak gitu? Lagi sekali I ingatkan, I tak pernah benci anda. Hating you, will not, ever.


Lagi satu, apa maksud kau dengan ....shes truly drowning? (Anda, 2011). Tak lemas aih. Tercungap-cungap je. Semputttt. Hahaha. Anda ni lawak lah, like like. Seriously I rasa sangat down bila anda reject I tu hari. Tiap hari I cuba untuk fikir positif, anda tak ada niat pun nak sakit kan hati I kan. I try untuk menidakkan kebenaran, kebenaran tu pahit kan? Ye, sangat pahit. Peria tu kalau dah rendam dalam air garam pun, tak lah sepahit kebenaran.


Yeah, I'm done in following your requested. Pretending not knowing you. DONE. Settled! Nampak kan, I dah berjaya buat macam yang anda nak. Yes. You do nothing to me, you just want me to forget you. I tengah try lah ni, in progress. Jangan risau lah, tak lama lagi hilang lah semua memori dalam kepala otak ni pasal you. Ok?



Jangan lah hopeless sangat. I yang kena dumped, anda pulak yang rasa macam tu. Rilek derr. Lepas ni, tak kan ada satu pun yang tinggal pasal anda. Bagi masa, sebulan ke setahun ke seumur hidup ke. Boleh? Kan I senior you, and you are my junior. Anda yang buat jurang ni, I just follow the flow. Get it?


Allah tu yang lagi tahu semua kan. Anda ingat lagi ni; Kita ni kata sama kampus, sama fakulti, sama kos tapi tak pernah terserempak kan ? (Fara, 2011) Bila dah jadik semua benda ni, baru DIA nak terr serempakkan kita. Wah ayat terr serempak kan aku tak boleh blah =.="




p/s - Anda. Sila lah betul kan your sentences and grammar. Terabur lah. Ayat omputih I pun terabur, tapi I still try to work on it. Maaf, tapi ini untuk kebaikan. Mana tau anda nak buat MUET lagi sekali kan. Teguran membina ok? :)




Death ayu;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Wednesday 7 December 2011

Close date untuk giveaway MissJawa

Assalamualaikum peeps! :D



Hye dear. I, dear kan korang yang lelaki? Pun boleh. Ni nak habaq mai, tarikh tutup untuk giveaway yang I dok ceciter kat entri My First Giveaway. Tarikh untuk promotion ni sampai 25 Disember 2011. Merry Chrismast! Hohoho! Ingat tau. Tarikh tutup GIVEAWAY MissJawa :


25 Disember 2011


Joinlah ek. Insyaallah yang bertuah akan dapat something yang comel & sweet. Mari jenguk FF Closet sekali tau :) Jangan lupa letak header blog I kat entri korang tau.







Love;



| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Tuesday 6 December 2011

Nikmat berpuasa bulan Muharam

Assalamualaikum warga blogger semua :)


Sihat anda semua kan. Bagus lah. Badan kita ni nak pakai lama kan, so pandai-pandai lah jaga diri masing-masing. Gila caring I hari ni. Tiba-tiba macam take care sangat dengan keadaan semua orang. Hahaha, bukan selalu kan. Ohh, I pun baik-baik sahaja hari ni. Biasa lah kalau tiba-tiba emosi tak menentu, tiba-tiba nak elmo emo, nak sentap. You all pun sama jugak kan. Lumrah lah manusia.


Alhamdulillah I berjaya jugak tunaikan puasa sunat dalam bulam Muharam ni. Semalam & hari ni. Syukur sangat. Alhamdulillah. Persoalannya, kenapa kita sunat berpuasa 9 dan 10 Muharam. Kenapa kena 2 hari, tak boleh ke kalau puasa 9 ATAU 10 Muharam sahaja? Kenapa kena puasa? Kenapa kenapa kenapa? Banyak sangat kenapa dalam kepala kan? Meh I nak kongsi sikit ilmu yang I tau. Ni pun hasil dari Google lah. Mr Google memang sayang I lebih.


Cuba kita fikir logik, kenapa kena puasa 2 hari. Sunat lah sayang oii. Nabi pun buat 2 hari. Kita yang cuma umat Nabi pun, tak kan tak boleh buat. Memang Islam tak paksa, tapi bukan ke lagi baik kalau kita buat?

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Disunatkan kita puasa 3 hari dalam setiap bulan Islam, dari Ramadan ke Ramadan seterusnya. Fadhilat yang kita dapat insyaallah, ada ganjaran. Jangan lah buat sebab nak balasan, memang tak ke mana lah. Allah je yang boleh bagi semua ganjaran tu, yang penting hati.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya


Mesti ada yang terfikir kan macam ni kan. Alah, yang wajib pun tak buat, nak buat yang sunat. Kan? Yes, I admit that. I pun memang lah bukan maksum sangat tak pernah buat dosa tinggal solat, tinggal puasa wajib. Jadi, kita ni cuba lah untuk berubah. Dah masuk tahun baru kan, apa salahnya kalau kita pun berubah jadik manusia yang baru. Berubah kepada yang positif dan lebih baik. Tak salah kan?



 
Sedapnya lah. Nyumnyum.
Terima kasih Mr. Google untuk gambar yang sedap ni.
p/s - Teringat zaman sekolah menengah dulu. Sekolah ada buat aktiviti masak bubur A'syura. Walaupun sikit tapi tetap rasa sedap pasal buat ramai-ramai. *rindu*
p/s/s - Dah lama tak puasa sunat. Nasib lah puasa ganti dah settled.




Credit to Fadhilat Puasa Sunat 9 dan 10 Muharram


Love;




| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

First GIVEAWAY. Yihaaa :D

Assalamualaikum kawan kawan, sahabat handai sekalian.



Jawab salam, wajib tuuu. Bagus anak emak :D

Hah, untuk entri kali ni. I akan ceciter dengan korang apa syarat-syarat untuk join MY FIRST GIVEAWAY ni. Like I'd mentioned on my previous entry. Tak tau? Takpe, meh baca entri It's December plus GIVEAWAY yang ni. Dah baca, so tak mau lah nak taip panjang-panjang.



TERMA & SYARAT

1) Buat satu entri simple dan menarik bertajuk "Fara 1st Giveaway". Contoh : komen tentang blog MissJawa, etc lah.
2) Follow blog MissJawa & FF Closet
3) Letak Header MissJawa dalam entri anda
4) Tag 3 kawan anda (blogger sahaja)
5) Paling penting, copy this "TERMA & SYARAT"
6) Bagi link entri anda kat bahagian komen entri ni. Faham kan? :)



p/s - Untuk follower yang ke-111, I akan bagi special present untuk anda. Dear ElidaJackson, anda memang bertuah. Emelkan nama & alamat kat pez_youth@yahoo.com. Something special for you!
 
Ikhsan dari Mr. Google


Till then;


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Monday 5 December 2011

It's December, peeps!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.


Kena jawab salam ni, wajib jawab. Senyum sikit. Hah, cenggitu lah :D


I baru je lepas update FF Closet. Baru jugak semalam siap menjahit-jahit item untuk classmate. Alhamdulillah.






Eh, seriously cepat gila kan dah masuk disember. Macam, ohh dah bulan 12. Hujung bulan ni aku dah 21 tahun. Dulu kecik comel je kan. Dah tua besar lah. Walhal orang lain dah boring pegang title "Oh yeah, I'm 21 years old". I pulak? Takpe, masih beruntung dan bersyukur. Tak kiralah lahir bila pun asalkan diberi kesempatan untuk bangun dan tidur dalam keadaan yang indah. Wah wah, Fara bertazkirah gitu.


Dan jangan lupa ok, this 29th december. I dah ingatkan banyak kali. Tapi kalau dah lupa nak buat  macam mana kan. Ehehe. Saja nak bermesra dengan readers even tak kenal muka tak kenal fizikal. Hati yang penting, kan kan? Tapi ada readers ke ni? *tsktsk*


Ok memandangkan blog SiJawa ni tak lah banyak sangat yang follow up pasal owner pun sombong kan. So, dengan rasminya, I nak buat Giveaway. My first GIVEAWAY sempena dengan birthday I akan datang ni. Randomly choose, only for followers. Sahaja! Next entry, I'll update the terms and conditions. Try lah, mana tau rezeki anda ke  :)

The GIVEAWAY-to-be (100% handmade)




Birthday girl-to-be;



| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

Thursday 1 December 2011

Luahan hati yang tak terluah (Part 2)

Assalamualaikum w.b.h

Jawab jangan tak jawab. Pahala ni :)
***



When the things exposed, you are totally changed! Bila dah terkantoi yang tak lah kantoi mana pun kan. Kau terus dengan perangai bangang kau tu. Perangai bajet yang konon nak terus hidup sendiri. Sampai bila? Kiamat? Tolonglah, kalau Allah da kunfayakun, bila-bila masa je semua yang kau dah set dalam palotak akan automatically changed. Believe me. Kau suka dengar Ustaz Azhar Idrus punya talk kan? Apa salahnya kau ambil ilmu dari dia. Kau pandai cakap aku tengok video untuk suka-suka gelak kan? Heyy, excuse me. Ingat aku punya mental ni macam budak sekolah ke? I'm the liar? Kau pun lebih kurang je. Tak berterus terang tu bukan part of a liar ke?


Betul lah falsafah kau tu, I want an answer, not excuses (Anda, 2011). Tapi kau pun keep give me such idiot excuses yang memang tak masuk akal. Jadah betul. Yela, kau kan student degree. Yang educated. Yang tahu citation. Yang tahu bibliografi. Yang tahu cataloging. Yeah, I admit that. Kau manusia yang boleh berfikiran jauh, kau manusia yang simple, kau manusia yang santai, kau manusia yang otak boleh combine dengan aku. Pasal tu aku nak kenal kau. But, please lah. Jangan pasal orang tu dah dumped kau or whatever the things lah (aku pun taktau whole story kan), kau terus assumed that I am the same type with her. Ohh. Sangat immatured lah. Kata dah besar, umur 21 tahun kan. I lain lah. Hujung bulan ni baru nak sweet 21 kan. Hehehe.


Ye lagi sekali. Aku dah ikut permintaan kau. Lepas je kau bangun jalan tu hari, aku terus delete semua mesej kau pakej sekali dengan incoming called dari kau. Nombor kau, memang sekali lah, dah nama pun pakej. Bukan pakej bulan madu macam entri ok. So, macam mana kalau sekarang ni aku nak kau pulak ikut permintaan kau. Ada bran ke Matwe weyy? Tapi apa-apa pun, percayalah. Sekarang ni cuma kau je yang selalu mengengsot dalam palotak aku. Scary pulak mengengsot, macam Ju-on. Merangkak lah, macam baby. Setiap masa, walaupun aku dah cuba ketuk kepala kat dinding bagi hilang semua benda yang berkaitan dengan kau. Sampai bila pun aku taktau. Sebulan, setahun, seumur hidup. Teruskan dengan Manchester City kau tu. Dan aku terus dengan Arsenal aku. Muslim Ahmad tetap pilihan hati. Tiba-tiba *tsktsk*


Aku harap, someday City mesti kalah teruk kena bantai dengan Arsenal. Time tu, aku boleh bayangkan macam mana kau maki kau punya hero ni.
*Mr. Google yang hensem



p/s - Belemuih! When I hate everything about you (3 days grace), apa salahnya kalau Talking to the moon (Bruno Mars) je.





Ayu;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |