Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday 18 April 2011

Maaf yang sangat berharga

Assalamualaikum :)




Ye i sedar memang banyak salah yang i da buat. Tapi bukan sengaja lah. Masa ta bagi izin untuk semua ni. Hoh! Lama sangat kan tade update blog ni. Ok sekarang da tade istilah blog bersawang berhabuk semua. Menipu je semua tu. Ok lah, i admit yang i memang sangat malas nak update blog ni. Sangat! Even i on laptop, sign in facebook. Tapi sumpah memang malas nak menaip blog.


Baru-baru ni, phone i accident. Hoh hampeh. I nampak dengan mata kepala lutut sendiri fon kena langgar bas lori kereta basikal motor. =.=" Terkedu terkesima sampai langsung tade rasa nak menangis. Makin gelak ada lah. Stupid me. Dengan banyak gila gambar & lagu tade transfer dalam laptop lagi. Oh sumpah menyesal. Sigh.


Ni pagi tadi keluar bilik nak mandi, tengok kat rak kasut. Oh kasut crocs oren pirate aku hilang! Damn suck. I beli 20 ringgit kot. Letak tidbits Ben10 harga seringgit. Crocs yang da buruk kotor macam tu pun ada jugak yang nak menciloknya. Tinggi jugak nilai estetika kasut aku tu. Ok, tape lah. I halalkan.


10hb lepas, fakulti i ada buat malam dinner. Konon sempena sambutan 10 tahun Fakulti Pengurusan Maklumat. Siang pulak ada program apa entah, bertemu pelanggan ke apa. Nak tengok gambar, mari klik sini dan sini. Tapi dengan syarat, add facebook i dulu ok. Tu lah nak tunjuk i mekap melaram gila tapi gambar dalam fon. Yang ada ni gambar ihksan dari DSLR member gua. Bila entah aku nak ada DSLR ni? Mama! :'(


Lupa nak bagi tau, naib canselor UITM ada datang kampus i. Konon macam luahan dari hati ke hati. I agak mau beribu riban uitm kedah salurkan duit semata-mata nak sambut Dato' Sahol ni. Gambar? =.="


Paling yang tak tersangka ni ha, tu hari ada lah manusia ni. Sampai sanggup merayu mintak maaf dari i. Ye, i memang bukan lah manusia mulia. Ye memang betul sedangkan nabi pun ampunkan umat. Tapi entah lah, maybe belum sampai waktu lagi i nak bukak hati untuk maafkan dia. Someday, hopefully. Doa kan jelah hati i terbukak ye :)


Dan lagi satu, lepas penat lelah semput asma kurang lebih sem ni. Semalam akhirnya VIVA untuk subjek ETR settled! U know what is butterfly? U know what the feel of the butterfly when it fly fly over on your stomach? Ayat macam haram kan. Tunggang langgang. Nak tunjuk gambar, tade pulak. Faham-faham jelah manusia yang pakai fon cikai macam i ni. Menumpang kasih sayang fon orang yang berkamera je lah gamaknya. Btw, millions thanks to my group members. Yang bagi full cooperations, even there's someone between us gave some of her efforts. Urgh!


Ye i tau, nak habis da ni. Tolong lah doa kan i lulus untuk exam ye. Lusa da start exam. Dengan gap sehari dua hari je. Memang kena pulunlah. Dan insyaallah i maybe tade update blog ni, sampai betul-betul i free. Huh! Banyak nak kena study ni. Ok, till then. See ya! :D





p/s - Banyak sangat lah pulak benda jadik kan. Tulah lain kali peram lagi lama ye.
p/s/s - Punya lah lama nak tunggu gambar upload. Nanti karang ada masa, i edit balik post ni. Taruk gambar banyak-banyak.








Lots of love;


| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

2 comments:

  1. banyak mulut la kau , da gosok gigi belom ?
    kalau belom pegy gosok gigi guna colgate perisa kayu sugi .

    ReplyDelete
  2. @sukaandduka !

    diam lah! kau yang pergi sental gigi kuning kau tu.

    ReplyDelete

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D