Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday 7 October 2011

Kalau gedik tu macam ni

Assalamualaikum :)

Oh tuhan, banyak hari sangat sibuk. Sampai nak on laptop pun tak sempat. Ada je kerja yang nak dibuat. Tapi dalam sibuk-sibuk ni pun makan tak pernah missed. Hah gitu, haruslah kan. :)

Ermm, alhamdulillah dalam masa promosikan bisnes baru-baru menggalakkan. Setakat dah ada 5 tempahan. Nanti dah siap, I upload gambar ek. Kongsi dengan korang semua :D

Semalam dengan kelmarin, depan pejabat Fakulti Pengurusan Maklumat ada buat jualan lah sikit. Yang buat I obses sangat ni dorang jual shawl dengan aksesori yang boleh buat I gila bayang. Hapa lagi, rembat lah jugak. Konon dah set kat kepala jangan bazir duit, tapi syaiton dah dok hasut ja memang tak boleh tunggu lama. Serbu!! Dalam nak menjimat ni, hentam je. Kebetulan pulak ATM memang sebelah je, cucuk! Sempat jugak I rembat 3 helai shawl. Tudia sekali 3 aku rembat. Mak aihh! I bukan pakai duit tapi makan duit. Ni lah manusia, pantang ada duit lebih sikit mula lah nak menbaziaq =.=" Mak aku tau, masak lah. Jangan bagi tau mak I tau. :D



Dalam sibuk buat itu ini, semalam kitorang ; student IM227, classmate akulah tu gamaknya. Kitorang pergi serbu mandi swimming pool dekat Apartment Resak sebelah kolej ni. Swimming swimming. Dah macam adik-adik dorang ni. I tak mandi ok, malu. Bahaha :)

Kebetulan lah pulak nak dijadik kan cerita, time tu ada pemandangan yang sangat lah indah kat mata I. Kat sebelah swimming pool besar tu ada yang kecik untuk baby-baby punya kan. Ada lah sorang bapak ni, dengan baby dia. I tengok bapak baby tu sweet sangat. Muda pulak tu. Siap ada lesung pipit, hah samapi ke situ perhatikan bapak tu. Tengok dia layan baby tu, main tepuk-tepuk air, main selam-selam. Huish, indahnya pemandangan. I dok usha dia, dia perasan jugak kot. Kalau lah bukan bapak orang, memang I dah ngorat =.=" Istighfar fara! Laki orang kot. *tsk*


Ok, lupakan niat nak ngorat laki orang. Teruskan niat belajar kau!



p/s - kahwin muda pun syok jugak. Nak kena pelangkung dengan lori, buat lah!





Pencinta lelaki;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D