Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday 23 February 2013

Cuti semester yang harus dikorbankan :)

Assalamualaikum wbh :)


Selamat pagi korang. Memang sepatutnya pagi lah pasal aku post entri ni pagi. Kalau korang baca malam ke petang ke, kira cincailah selamat petang & selamat malam. Boleh gitu? Kasi cincailah brader.

Aku ada cakap kat korang ada nak kongsi info kan pasal 3p. Taktau? Tula pasalnya tak baca entri awal2. Meh skroll bawah2, baca bagi ingat baru boleh tengok entri yang ni. Baca cepat, BACA CEPAT SKROLL ENTRI BAWAH NI. EHH TERCAPSLOCK PULAK :)

Btw, aku join program 3p by Prestariang ni masa korang student degree semua sedap2 bercuti2 malaysia. Bergomol dengan ketiak mak ayah korang kan. Fyi, dari apa yang aku tau, kalau kita ada extra sijil dari program ni in sha Allah  kerja nanti, gaji kita akan dapat extra 300 - 400. Katanya lah. Takpe, rezeki ada kat mana2 kan yang penting kita dah usaha. Setakat yang aku tau jugaklah kan, ada 6 kursus yang Prestariang ni offer. Aku pilih EPM & ITIL. Berita baiknya, EPM aku boleh score weh. Yang berita buruknya pulak, ITIL aku failed. Homaigot homaigot. Pasal banyak sangat main2, hamek lah kau. Ni makan dia!

Aku join program ni dari 29 Januari sampai 20 Febuari. Wow dekat sebulan lah jugak aku menetap dekat Puncak Perdana. Memang sunyi sepi, seram je. Pasal masa tu, student diploma je yang ada, tu pun berapa keratlah sangat kan. Memang sunyi meremang lah. Kalau malam nak stay up lama2 sikit pun dah terfikir macam2.

Sebenarnya bukan nak promote sangat pun 3p ni, cuma nak share perangai diri sendiri yang entah pape ni. SELCA! Padahal bantai phone member, Samsung Galaxy Note 3 kot. Sape lah yang tak batak nak amek gambar banyak2 tak hingat dunia. Aku lah tu, perempuan jawa toqtoq ni ha. Ni baru sikit, berlambak lagi saja takmau tunjuk. Karang ada yang berbulu bijik mata pulak nengok kan.

Hamboi perangai. Mintak ampunnnn =.="


So lepas ni, kalau kampus korang ada buat program 3p ni jangan lah sayang sangat masa cuti korang. Digalakkan lah sangat untuk korang join sekali. Dapat pengalaman baru, dapat member baru, dapat ilmu baru dan yang paling penting dapat souvenir ok. Kitorang dapat pendrive, 4GB pulak. Memang jimat lah BB1M aku kan. Buat beli benda lain. Gitu.






xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D