Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday 6 December 2011

Nikmat berpuasa bulan Muharam

Assalamualaikum warga blogger semua :)


Sihat anda semua kan. Bagus lah. Badan kita ni nak pakai lama kan, so pandai-pandai lah jaga diri masing-masing. Gila caring I hari ni. Tiba-tiba macam take care sangat dengan keadaan semua orang. Hahaha, bukan selalu kan. Ohh, I pun baik-baik sahaja hari ni. Biasa lah kalau tiba-tiba emosi tak menentu, tiba-tiba nak elmo emo, nak sentap. You all pun sama jugak kan. Lumrah lah manusia.


Alhamdulillah I berjaya jugak tunaikan puasa sunat dalam bulam Muharam ni. Semalam & hari ni. Syukur sangat. Alhamdulillah. Persoalannya, kenapa kita sunat berpuasa 9 dan 10 Muharam. Kenapa kena 2 hari, tak boleh ke kalau puasa 9 ATAU 10 Muharam sahaja? Kenapa kena puasa? Kenapa kenapa kenapa? Banyak sangat kenapa dalam kepala kan? Meh I nak kongsi sikit ilmu yang I tau. Ni pun hasil dari Google lah. Mr Google memang sayang I lebih.


Cuba kita fikir logik, kenapa kena puasa 2 hari. Sunat lah sayang oii. Nabi pun buat 2 hari. Kita yang cuma umat Nabi pun, tak kan tak boleh buat. Memang Islam tak paksa, tapi bukan ke lagi baik kalau kita buat?

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ

Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Disunatkan kita puasa 3 hari dalam setiap bulan Islam, dari Ramadan ke Ramadan seterusnya. Fadhilat yang kita dapat insyaallah, ada ganjaran. Jangan lah buat sebab nak balasan, memang tak ke mana lah. Allah je yang boleh bagi semua ganjaran tu, yang penting hati.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم

Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya


Mesti ada yang terfikir kan macam ni kan. Alah, yang wajib pun tak buat, nak buat yang sunat. Kan? Yes, I admit that. I pun memang lah bukan maksum sangat tak pernah buat dosa tinggal solat, tinggal puasa wajib. Jadi, kita ni cuba lah untuk berubah. Dah masuk tahun baru kan, apa salahnya kalau kita pun berubah jadik manusia yang baru. Berubah kepada yang positif dan lebih baik. Tak salah kan?



 
Sedapnya lah. Nyumnyum.
Terima kasih Mr. Google untuk gambar yang sedap ni.
p/s - Teringat zaman sekolah menengah dulu. Sekolah ada buat aktiviti masak bubur A'syura. Walaupun sikit tapi tetap rasa sedap pasal buat ramai-ramai. *rindu*
p/s/s - Dah lama tak puasa sunat. Nasib lah puasa ganti dah settled.




Credit to Fadhilat Puasa Sunat 9 dan 10 Muharram


Love;




| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D