Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday 8 January 2013

2012 Part 1

Assalamualaikum :)


Eh ada entri baru lah. Kan aku dah kata ritu, tahun ni nak selalu update blog. Janji ditepati kan. Kita 1 Malaysia maaaa. Eh ritu aku ada kata nak share cerita sepanjang 2012 kan. Nak tau, teruskan baca. Takmau baca, takpe lah. Sila skimming je entri. Ehh aku tak suruh pun korang tekan ctrl f4 tu. Ehh jangan!! Ye takde da bebel banyak, nak letak gambar je ni ha.

Januari
Exam. Tak sangka pulak belajar 2011, periksa 2012. Pengalaman ni pengalaman katanya. Sebab aku sambung degree kos yang sama masa diploma dulu, so aku terus lah masuk part 3. Takde dah nak part 1 part2 semua ni, takde dah koko semua. Tak layan. Hahaha. Cukuplah dulu diploma. Berapa paper? Tak ingat lah pulak. Malas nak ingat pun. Ok, habis exam cuti panjang 2 bulan. Duduk rumah goyang perut. Oh btw mama ada jaga baby. Babysitter kononnya. Mak baby ni lecturer kat Poli belakang rumah. Tak tau PSIS, hah tu yang kita carik. Nama baby ni, Ammar Hamzah. Hamboi comel bukan main. Memang tak main2 punya lah. Jap2  letak gambar.

Kan betul aku tak tipu. Comel :)

Februari
Cuti sem lagi lah dek nonnn. Membela badan. Masih jaga budak gemuk Ammar. Aktiviti harian? Buat tempahan felt. Ehh kan aku ada buat bisnes tu lah. Tak tau ek? Patutlah pun. Sekarang, da kureng sikit. Jap2 gambar lagi. Alhamdulillah tempahan boleh tahan banyak lah jugak. Income pun niceee. Untuk yang pernah jadik customer aku, terima kasih tau. Awak memang superb! Most of the orders, aku amek dari member2 sekolah adik aku. Biasa lah budak sekolah kan. Tapi yang tak bestnya, ada yang amek produk tapi buat2 lupa nak bayar. Adehhh. Bukan budak sekolah je, orang yang dah patut pangkat mak budak pun ada yang perangai gitu. Nak mintak? Uishh malu lah pulak. 
Hah tu tengok ada company sendiri tau. FF Closet gitu

March
Semester kedua aku kat UiTM Puncak Perdana. Kat mana Puncak Perdana? Tak pernah dengar. Silalah google ye. Malas aku nak cerita panjang lebar. Awal bulan dah start sem baru. Sem 4. Boleh tahan lah result aku dapat ritu. Terima kasih Allah. Sebab kurniakan aku pensyarah2 yang baik hati murah ilmu, keluarga yang sangat awesome & kawan2 yang selalu ada susah senang. Gituuuu. Ok teruskan belajar sampai tua.

April
Parents belikan aku kereta sebijik. Satria. Alhamdulillah, rezeki keluarga. Bukan pakai sendiri. Pakai sama2. Ayah kata senang nak balik kampung. Tak payah dah susah2 tunggu bas yang tentu lagi cepat le lambatnya tu. Seronok lah derr dapat kereta kot. Hah bila dah dapat, berjalan pun tak hingat lah. Berdesup je tak nampak kiri kanan. Last2... Hamek kau! 
Yeay boipreng baru :)
Mei
Kereta eksiden. Berlanggar keceper dengan Honda. Kat trafic light Parit 1, Tanjung Karang. Depan sekolah agama. Hah hamek kau. Aku langgar honda, belakang aku kancil kena langgar lagi dengan kelisa. 4 kereta sekali. Menangis aku kat tepi parit tu ha. Kecut perut makk. Jadik kes polis lah, itu ini urusan blablabla. Siap kena saman lagi. Hampagas punya jammed. Tak memasal =.=" Bulan 9 baru kereta siap operate semua. Ohh, kelas aku ada organize satu program ni, siap masuk surat khabar. Kelas kau jahhh. Surat khabar kosmo je pun. Jap gambar


Jun
Dah start bulan busy. Dengan assignment test kuiz itu ini. Almaklum jela kan, kalau dah hujung2 sem memang semua tak menyempat. Nasib lah sem ni semua assignment, lecturer bagi awal2. Kurang lah sikit kesibukan. Housemate punya bersengkang urat buat final projek, aku bersengkang mata tidur. Hahaha. Gila kentang. Dah hujung2 bulan, sibuk jadik pelakon plak. Aku amek third language Bahasa Arab, so assessment kena buat satu video. Alah, tak kan nak explain jugak. Korang mesti tau lah kan. Cukup masa, tercabarlah Maya Karin kan. Pelakon gagap terbaru. Kitorang! :)


Julai
Bulan bersengkang mata. Kerja harian, bergomol dengan notes. Nasib lah paper ada 3 je. Tapi azabnya, kita2 je yang tahu. Hah. Takpe, jap lagi cuti sem datang. Soooo, tora datang lagi :) Ohh ye lupa nak bagi tau, mama dah tak jaga Ammar. Mak dia mintak transfer kat KPTM kot lebih kurang gitu lah. Menangis aku dengar mama bagitau berita ni. Ammar kot, rindu lew kittew tat awok. Yeayyy, cuti sem! Selamat berpuasa di rumah untuk diri sendiri. Bulan depan raya!!!

Ogos
Bulan raya! Hah gembira lah kita di hari raya. Walaupun dah tua, duit raya still dapat collect lagi wehh. Kureng lah jugak nak dibandingkan dengan zaman budak dulu. Macam biasa, sebab ayah orang Johor kan. Haruslah balik kampung ayah menginap kat sana 3 hari gitu. Walaupun suasana kat sana tak semeriah kat rumah kan. Tapi takpe la, kena ikut cakap ayah :) Pastu, pergi beraya dengan kawan sekolah menengah. Dah besar2 dorang. Hahaha. Aku pun makin membesar. 

Muka semua sepesen je. Acuan sama, siap ada cop SIRIM
Ni kawan besar sama2. Semua masih belajar lagi. Bagusss :)

September
Bersambung...



xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D