Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday 9 January 2013

2012 Part 2

Assalamualaikum korang :)

Hoore hooree hip2 hoore. Ohh dengar2 cerita drama Duri dah habis ek? Lahai, tak sempat nak tengok. Kat Puncak ni ha, mana ada tv dengan channel Astro. Kalau ada pun, tak boleh pakai dah. Nape lah entahnye pun hadoi. Nak tau nape aku minat pulak cerita tu? Haruslah pasal ada Izzue Islam. Eceh mustahil lah kalau korang tak kenal mamat ni kan. Nak laki sorang macam Izzue ni lah. Bukan nak Izzue, faham tak? Nak macam. Nampak tak perkataan "MACAM"? Hah bagus. Ada member kat Puncak ni, kawan baik a.k.a classmate si Izzue ni. Budak FFTA. Katanya Izzue dah tukar phone number, dah tak pakai number zaman belum femes tu. Tak tau lah guane ceritanye.
Ni Izzue kita. Awak ciptaan Allah yang terindah :D *Google
Eh bukan nak cerita sangat pun mamat ni, saja nak naikkan trafik. Hahaha :) Btw, moh sini aku nak sambung cerita 2012 yang tak habis ritu.

September
Yeayy kereta dah balik rumah. Cantik berkilat macam baru keluar plastik. Walhal masa eksiden ritu penyek depan belakang. Dah macam ayam penyet pulak. Ehh sedapnya ayam penyet kat seksyen 7. Teringin pulak kita. Ohh bulan baru, sem baru untuk sem 5 ni. Tak sangka cepat je masa, dah final year kat Puncak ni. Walaupun hakikatnya macam tempat jin bertendang, orang kata bukan aku yang kata tau. Boleh tahan lah subjek semua, lingkup. Masa awal2 sem, aku dah rasa macam down gila. Rasa macam nak extend pulak. Yela, banyak gila benda nak kena uruskan itu ini. Adoyaiii.

Oktober
Ohh ye. Jumpa abang AA tau. Bukan azwan ali lah. Hadoi. AARON AZIZ ok! Kat Anugerah Blockbuster. Gambar, haruslah ada. Tapi dia dah naik kereta nak cepat pergi mana entah. Tak caya? Ok jap baca habis dulu tau. Ohh nora yang bagi tiket free, last minutes plan. Tak sangka pulak kan, siap dapat offer untuk buat shoutout plak. Kan ada keluar kat Astro Citra ritu. Aku yang tagline "ISNIN". Hampeh suara budak2 sangat. Huhuhu.

Ni dia bukti kejadian, walaupun gambar tak best =,="


November
Kan aku dah cakap, shoutout Aaron Aziz keluar kat Astro Citra tu ha. Video? Kat Youtube ada. Member aku yang "JUMAAT" siap menjerit2 pukul 4 pagi lepas jumpa video tu. 4 pagi kot, nasib lah felo kolej ni tak mengamuk. Mama cakap muka aku penuh jerawat, memang hakikatnye pun. So, percaya dah kan? :) Ohh sekarang tengah heaven lagi, tak banyak sangat kerja untuk sem ni. So, boleh bersukaria lagi lah nampaknya kita. Lalala. Yang paling best, kena saman dengan MBSA. Kitorang pergi buat research sikit kat MSU, park dekat deretan kedai sebelah Les Copaque', tak perasan lah pulak nak kena ada parking ticket. Sekali tengok, hambek kau saman RM30. Nasib kitorang terus pergi bayar, dapat lah diskaun samapi RM9 je. Lega :)


Disember
Finally, end of the year. End of this month, my belated birthday. Jenuh menunggu setahun kan :) Ohh, bulan yang sangat busy mencekik urat. Tidur 4 5 pagi siapkan projek. Kelas pulak tiap hari pukul 8. Hamek kau hamek kau! Tapi naseb lah jugak, aku dengan suksesnya dapat siapkan semua kerja yang lecturer2 bagi. Alhamdulillah. Tahun depan pulak exam. Biase bro! Ohh aku dapat offer jdk MUA member aku ni ha. Tema, color block. Aku lah jadik fashion advisor, aku lah jugak MUA. Venue : Taman Tasik Perdana. Alah belakang Bukit Aman tu ha. Jap gambar :)

Nampak mata dia tu? Nampak kan nampak kan :)
Dan dan dan, 29 disember is my birthday. Siap suruh ayah belikan kek lagi ha. Mama dengan baik hatinya bawak aku pilih kek. Yeayy! Tapi aku lagi prefer gingerbread ni, nyum nyum. Sedap baq hang! Silakan2 :)

Happy birthday 22nd to me. Finally :D


So, ni je sebahagian cerita aku sepanjang 2012. Alhamdulillah, 2012 sangat baik pada aku. Harapnya, 2013 pun akan jadik tahun terbaik dalam hidup aku. In shaa Allah :) 




xoxo;

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D