Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday, 13 February 2011

Contest Kempen Tak Nak Buang Bayi

Salam readers! :)


This is a special entry ok! :) kena perhati betul-betul apa yang I nak share kat semua readers.entry ni pakej sekali dengan contest yang Mr. Syah anjurkan.nama contest ni Contest Kempen Tak Nak Buang Bayi.


Macam biasa lah kan, kalau da nama pun contest mestilah ada syarat-syarat.so, syarat-syarat untuk contest kali ni :


Syaratnya :

1. Letakkan header blog Syah dalam entry anda dan linkkan ke blog Syah.

pembuangan bayi, contest kempen kesedaran, qurratuaini, langkah mengatasi
2. Meletakkan dalam entry dan di siderbar blog anda banner contest di bawah ni dengan link contest.
3. Diharuskan menjadi followers untuk mengetahui perkembangan contest ni.
4. Jemput rakan-rakan blog anda sekurang-kurangnya 5 orang (harap mereka taulah).
5. Diwajibkan menjawab 1 soalan mudah.
Cadangkan 3 langkah terbaik untuk mengatasi masalah pembuangan bayi.
6. Pemenang dinilai berdasarkan jawapan terbaik dan kreativiti dalam penulisan entry.
7. Tarikh tutup pada 28 Februari 2011.
8. Hanya 2 blogger akan dinobatkan sebagai pemenang dan hadiah yang ditawarkan berbentuk buku.





Ok, this is it!

Soalan : Cadangkan 3 langkah terbaik untuk mengatasi masalah pembuangan bayi.


Sekarang ni banyak kes buang bayi kan.ada yang bayi kena tinggal dalam semak, ada yang flush bayi dalam toilet, ada yang bayi dimakan binatang liar, ada yang bakar, ada yang buang dalam tong sampah.ada jugak yang buat cara macam ni.cakap je macam mana cara, semua ada.ta rasa kesian ke kat bayi yang dorang da kandung tu?9 bulan pulak..manusia kan.


So, I nak kongsikan pendapat sikit.cara terbaik nak mengatasi ataupun kurangkan masalah pembuangan bayi.


Firstly, jangan terlalu ikutkan nafsu.memang lah kan, kalau bercinta tu atas dasar suka sama suka.kalau da suka sama suka, lepas tu berdua pulak kat tempat sunyi mestilah akan terjadik something.kalau da nama pun bercinta, paling koman pun akan pegang tangan kan?ok.mula-mula pegang tangan, lama-lama pegang apa ye?then, masa tu da ta ingat apapun dan nafsu pun mula la nak membuak.syaitan berpesta, 2 manusia da bergelumang maksiat.nauzibillah.so, nak elak kan daripada berjumpa atau "dating" dekat tempat yang sunyi , dan kalau nak berjumpa lepaskan rindu, jumpalah dekat tempat yang ramai orang.dekat public.ta pun, bawa sekali orang tua.selagi pasangan ni belun shake hand @ berjabat tangan sah nikah, janganlah nak berjumpa sakan bagai.pastikan ada yang di'limit'kan.


Secondly, kawal hubungan dengan jantina yang berlainan jenis.faham kan apa yang I cuba nak diterangkan kat sini?maksudnya, jangan lah terlalu melayan.terutama kaum hawa.biarlah orang cakap jual mahal.abaikan je apa orang nak cakap.kalau awak tu berkawan dengan lelaki jangan lah senang hati melayan dorang.bahaya sangat.lagi lah kalau ada yang sampai bagi harapan.dibuatnya dia ambil serius dengan apa yang awak harapkan tu, naya cik kak oi.lagi satu, kalau baru kenal seseorang tu, kenal lah dengan sebaik-baiknya.jangan lah sebab sayang kan dia, sanggup buat apa sahaja.walaupun baru kenal 2 -3 bulan.apa yang dia mintak, senang hati bagi.maklumlah kan, kalau da sayang tu sanggup buat apa sahaja.jadi, pastikan kalau berkawan tu tolonglah kawal hubungan awak.jangan terlalu sangat atau bahasa kasarnya "over".so, dengan cara ni kita dapat elak kan hubungan yang ta sihat.dan sekali gus dapat kurang masalah hamil luar nikah dan jugak pembuangan bayi.nampak kaitannya kan?kalau ta nampak, tanyalah ye, nanti I terangkan.


Thirdly, jangan sesekali buang bayi yang awak kandungkan.kalau awak (kaum hawa) mengandung anak luar nikah, tolonglah jangan buang dan simpanlah anak tu.tau kan anak yang dikandungkan tu walaupun luar nikah, tetap ta bersalah dan berdosa.lahirkan bayi itu dengan sebaiknya.kalau tamau terus jaga, jangan dibuang atau dibunuh.bagilah bayi tu kepada orang yang nak menjaganya.kan banyak rumah kebajikan kat luar sana.I bukanlah menggalakkan awak mengandung anak luar nikah dan bagi bayi tu kat orang.bukan sama sekali.mencegah lebih baik dari mengubati kan?jadik, sebelum lagi banyak kes buang bayi ni.jangan lah mengamalkan seks sebelum nikah.sebab apa?paling utama, berdosa besar.berzina tu.tengok apa yang jadik kat luar, sikit sangat bilangan pasangan yang berzina ni tidak mengandung.kalau nafsu tu da ta terkawal, kahwinlah lah.halalkan hubungan.bincang sebaiknya dengan keluarga.fikir semasak-masaknya.janganlah terlalu ikutkan sangat kata hati tu.takan ke mana pun.


Tag :
Nina
Naim
Chuck
Ainie
Miena



p/s- Sambil-sambil join contest, sekali pakej bagi tazkirah sikit.





| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

7 comments:

  1. @SiLabiLabi

    kau tengoklah kat page owner contest ni.ta silap aku, buku kot.

    ReplyDelete
  2. awak salah letak banner..hehe..letak banner yg ada gambar bayi n kempen tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Nanti chuck usahakan k. :)
    thanks tag me.

    ReplyDelete
  4. @Chuck

    kena join jugak tau.bagi pendapat banyak-banyak :)

    ReplyDelete

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D