Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Sunday 4 July 2010

Kami memang sangat bujang dan indah.

dengan ini diisytiharkan..!fara farhana dan kawan-kawan sudah sampai di kedah.or more specifically..taman lembah bujang indah fasa 2,merbok.kedah.walaweh.aku non-resident la pulak sem ni.heh.duduk rumah sewa.dan dengan bangganya..ok.anda menyampah.dengan segera klik-klik pangkah yang kat atas sebelah kanan anda.ha.yang itu la anda.klik sekarang!


dengan barang penuh satu bilik.nak letak 1 tilam dengan 2 toto pon berebut tempat.haish.gemuk la kau fara!kipas dua bijik.meja dua bijik.almari thailand 3 bijik.tupperware baju saya?sumbat la mana anda suka.ok.plug n play yang berselirat dengan segala kejadah wayar+charger fon-laptop+soket triple action active power+selipar baru+bantal yang bertompok-tompok dan segala mala yang macam-macam ada :)


siapa housemates bertuah saya?main room - TIQAH,AIMI ,2nd room - SHAKILA ,NAZIRAH ,3rd room - TINAH,HANA dan yang paling menyemak sekali FARA FARHANA adol razzak.haish.tu pasal la bilik saya jadi sempit.fara yang barang banyak tu yang menyemak. (-__-")


saya minta maaf roomates.saya ta pandai nak mengemas.saya ta pandai nak menyapu.saya suka tidur dan bangun lambat.saya suka menguler menghasilkan tahi mata.saya suka sendawa kuat-kuat.saya ta pandai MENYAPU.saya suka online sampai larut malam.saya mungkin mengigau masa tidur.saya terkentut merata.saya saya tidur ganas dan ta mustahil bangun pagi kaki aku kat kepala kau orang.minta maaf awal-awal ok. ;)


tapi housematas saya,saya akan mengenyangkan anda.saya akan buat anda semua naik berat berkilo-kilo extravaganza sem ni.percaya lah.saya pandai masak tau.awak nak makan apa?telur dadar mari-mari makan telur dadar dengan mayonis ladies choices sheila rosli.ikan apa jenis sekalipun masak macam-macam rasa sampai hilang deria rasa kau orang semua sebab memang aku masak special untuk kau orang.ayam masak kicap pedas dengan lada yang aku blend sampai hancur lumat dengan kentang dan bawang yang dijamin lembut walaupun kau orang makan ta guna gigi.nasi putih yang lembut dan gebu enak dimakan begitu sahaja.ayam/ikan/daging/itik masak merah yang pedas tapi manis dihias dengan cili merah yang segar harum di taman idaman.sardin berkuah dengan kentang yang dipotong 4 mahligai syahdu impiana.sambal bilis+kentang yang digoreng memang pekat-lazat-melekat-padat.dan apa jenis masakan kampung yang kau orang mengidam,aku gerenti boleh masakkan untuk kau orang semua.sebab aku sayang housemates aku!wallah!!aku jamin confirm housemates aku memang akan gemuk mendadak dengan jayanya.


eh.kawan yang duduk rumah berjiran,kalau nak berparty dengan ta ingat dunia kepala goyang-goyang karok.hah.aku lah yang perlu didahulukan ok.ingat aku dalam doa mu.mimpi aku dalam tidurmu.kenang aku dalam memori mu.hutang aku kau ta bayar lagi.terima kasih.


dan berita gembira lagi.saya bawa binatang yang kecik2-comel2-merah-bombastik-sopan-bontot besar-ego.eh.bukan aku la.oh mentang-mentang yang bontot dan besar tu,memang mesti aku la kan..?haish.bukan!nanti aku kenalkan kau orang dengan binatang aku tu ye.kita panggil dia.. "intan payong". :)


family saya tidur 1 malam kat rumah sewa ni.ayah+mama+boy+baby+ujang.temankan aku.kang malam aku nangis nak minta peluk mama. ;] terima kasih family saya.sudah berjalan jauh hantar ke kedah.sudah bawak beli barang rumah.sudah tolong kemas rumah.sudah pasangkan penyangkut tuala+telekung.sudah bersusah payah terpaksa tahan lapar tunggu makanan order sampai 1 jam.sebab kedai makan tu macam hampeh.lembab-lambat-menyampah-sakit hati aku.kesian adik-adik muka dah toya ngantuk+lapar.haish!dan sudah buat macam-macam untuk saya.i love my family.


kenapa mesti bujang dan indah?haish.suka hati saya lah mahu letak apa tajuk sekalipun.kenapa awak nak tanya-tanya ni..?


sebab aku tinggal kat perumahan yang lokasi kat taman lembah bujang indah.kan bujang dan indah tu.sangat indah..ok.selamat bayar sewa rumah dengan duit ptptn yang dah mula nak menyurut.


dan selamat pulang ke negara sendiri argentina.bye!awak sudah hampakan saya,messi!dan portugal pon.jangan cari saya lagi,ronaldo! :'(








bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D