Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday 17 February 2011

Exposed yourself!

Salam peeps! :)


Entry ni saja copy dari blog Cik Shazie. Eh, Fara da mintak izin nak copy tau. Tade lah mengamalkan unsur COPYCAT ni. Pasal tade siapa yang nak TAG Fara, so dengan rela hati lah nak tag diri sendiri. Tape kan..?


Nama korang yang comel-comel yang handsome-handsome.

Nama, ayah mama bagi Fara Farhana. Kat rumah adik-adik panggil kakak. Bukan kaka ok! Semua sedara mara panggil Are-are a.k.a A'A. Kawan-kawan sekolah panggil Fara. Kawan-kawan kat UiTM ni panggil Far, kadang-kadang Fafa. Ada jugak member panggil Ana. Tapi sikit lah yang panggil Farhana, panggil Fahana pun ada. Tapi kalau panggil sayang, lagi lah suka :D


Asal orang mana?

Asal memang asli kat Sabak Bernam. Bukan orang asli. Boleh cakap bahasa jawa tau. Jangan main-main. Sekali keluar jawa, tung tang tung tang alexander. Ta ramai pun yang tau Sabak Bernam tu kat mana kan? Yang kat hujung Selangor tu, sempadan dengan Perak. Dulu duduk kat Puchong sampai umur 4 tahun. Sekarang memang da melekat kat Sabak Bernam, Sungai Air Tawar. Alamat rumah? Nanti-nanti lah Fara cerita ek? :)


Sekarang korang semua study or dah kerja?

Masih lagi study. Tahun & sem akhir kat UiTM Kedah. Ambil jurusan Pengurusan Maklumat. Bukan Teknologi Maklumat. Harap maklum.


Kerja apa?

Belum kerja lagi. Study la kan? Tapi sebelum sambung belajar ni, pernah jugak kerja kat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), kat foodcourt. PSIS tu dekat ja dengan rumah Fara. Selain tu, ta pernah ada experience kerja yang lain.


Korang suka nombor berapa?

Erm, selalu dok sebut 14, 14, 14. Nah ambik 14 batang cungkil gigi. Nah ni dia 14 bijik gula. Ni 14 kali da keluar masuk toilet. So, suka nombor 14 kot.


Warna kegemaran korang, warna apa?

Dulu zaman sekolah suka warna pink. Maklum je lah kan, budak sekolah baru nak up. Zaman sekolah menengah, suka warna merah. Sampai tali kasut pun warna merah. Masuk UiTM, gila addicted kat warna oren & coklat. Lama sikit suka warna ungu pulak. Sampai sekarang, oren & ungu jadik pujaan hatiku. :)


Sekarang korang dekat mana?

Specifically kat Kolej Mahsuri UiTM Kedah. Bilik nombor F3-02-**.


Adakah korang yang comel-comel yang hensem-hensem ni baik hati?

Baik hati kot. Hehehe :) Kenapa ye?


Kalau baik hati, tagkan 2 orang rakan.

Oh, suruh tag member? Boleh sahaja. Ermm, nak tag siapa ya? Mari kita lihat siapa yang kena!
1) Amalina Rahim
2) Lavender Harum Wangi
3) Mr. Swift


Senyum setelah menjawab soalan.


:D








| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

6 comments:

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D