Enthusiasm yang sangat tinggi untuk semester 6

Meh ikut nenek, meh!

Glossary




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday 21 January 2011

Tindik.

apa hukum bertindik?


kalau bapuk tu da sure lah haram kan.dan memang sure jugak lah kan kalau lelaki memang haram terang tang tang tang.macam mana pulak hukumnya bagi perempuan ye?macam ni lah.biar aku explain sikit-sikit.bagi kita sama-sama faham ye.adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang.. :)


erm..macam mana nak start ye?dari apa yang aku tahu la kan.pasal dulu aku sekolah menengah agama.so, ta banyak sikit pun ada la jugak ilmu kalau bab-bab yang macam ni.bukan aku nak show-off ke apa ke.tade niat sikit pun.saja nak share apa yang tau dengan kau.


hukum bertindik HARAM bagi LELAKI.kenapa?pasal bertindik ni cuma dibenarkan untuk kaum HAWA sahaja.lelaki yang transformer Bumblebee jadik perempuan, bahasa pasar marketnya ; BAPUK.memang sah-sah wajibul'ngunnah idgham bila'ngunnah la HARAM.sesuatu kaum itu tidak boleh meniru perbuatan kaum sebaliknya.haram kerana jika lelaki bertindik dikatakan menyerupai perempuan.ok.faham kat sini?


bagi lelaki.
lelaki ni kalau bertindik memang semua orang tau kan.ta boleh jadik wali untuk menikahkan.maksudnya, kalau anak perempuan kahwin karang, memang ta boleh lah kau nikahkan dia.ta sah.FULLSTOP!satu faktornya, mengaibkan.kan ta manis kalau lelaki bertindik.manis? (-__-") tindik lidah, tindik hidung, tindik kening, tindik pusat.style ke?ta manis la bang..abang, kakak-kakak kita ni sebenarnya ta suka lelaki yang bertindik la bagai ni.ta macho.sorry je bang..betulkan kak? :)kalau lelaki ni memang da tau yang bertindik haram tapi dia buat jugak, so faham-faham jelah.tanggung la dosa awak.

"Haram bagi lelaki bertindik dan memakai subang kerana tindik dan subang itu sinonim dgn perhiasan wanita. Nas hadis jelas melarang perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya (Prof Syurbasyi, Yas-aluunak) WaLlahu a'alam" (sources)

"Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah." (sources)


tapi, dia ni boleh jadik imam solat.cuma tidak digalakkan.bukti?
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”. (sources)

gila style lelaki ni.lepas minum, boleh sangkut kat telinga.

bagi perempuan.
boleh kerana perempuan kan diharuskan berhias.tetapi.untuk yang halal dan mahram sahaja.dulu masa sekolah, ustazah aku pernah cakap.perempuan ni sebenarnya ta boleh bertindik berlebih-lebihan.maksudnya.lebih dari dua ; kanan dengan kiri tu lah.faham kan.aku ta pandai lah nak explain ni.kang terbalik pulak ayat aku.


actually aku ni bukanlah bagus sangat hukum-hakam ni.aku tau hukum tapi ta praktik kan.erm..masing-masing besar da.boleh fikir mana baik mana buruk kan.so, lu pikirlah sendiri! :)

ni namanya kilang subang :D

p/s - perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.
p/s/s - aku ni perempuan yang ta berapa nak baik.agak-agak ada ke lelaki yang baik untuk aku? (-__-")






aku harap kau suka :)
bye!

| Terima kasih jenguk-jenguk sini! |

0 mulut:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Komen lah banyak-banyak! Lepas dah komen, refresh dan tunggu sekejap. Mesti ada notes untuk U :D